Cara melatih anak buang air kecil/besar seawal 3 tahun

7/11/2017 12:58:00 PG Fara Lumière 0 Comments

Assalamualaikum.. hai

Nak share pengalamam diri sendiri latih anak berusia 3 tahun buang air kecil/besar ke tandas. Walaupon dah banyak share tips kat google, fara tetap nak share cara fara latih anak. Hehe

Masa aimi usia 2 tahun setengah fara ade melatihnya buang air ke toilet tapi fara tidak dapat meneruskan kerana faktor "tidak kental"  dan kekangan masa untuk melatih aimi.

Bila aimi masuk 3 tahun dan fara pula sedang mengandung, masa untuk bersama aimi lebih banyak dan fara amik peluang ini untuk melatihnya ke toilet. Fara plan sebelum adik aimi lahir, aimi dah bebas dan mengerti untuk ke toilet apabila perlu. Disini, fara dapat menjimatkan kos pampers dan beri tumpuan pada kos barangan adik aimi pula.


Hari pertama 

Sebelum hari fara melatih aimi buang air kecil/besar, fara mandikan dia dan menyuruh ambil pakaian dan pampers sendiri. Aimi terkejot sebab pampers tinggal sekeping sahaja. Fara pon kata pada aimi " macam mana ni aimi? Pampers dah habis, esok aimi boleh tak kencing kat toilet? " Aimi hanya angguk faham dan berkata "okay mommy" . Padahal pampers dia awal-awal fara dah sorokkan dalam almari sebab memang dah tekad nak ajar juga buang air di toilet. Hahaha mommy jahat!

Plan berjaya bila keesokan harinya selepas mandi aimi hanya ambil baju dan seluar sahaja. Fara buat-buat tanya pampers mana aimi? Dia cuma jawap "habis mommy" dalam hati fara tidak sangka dia ingat apa yang fara pesan malam tu. Fara layan dia 24 jam dan selalu bertanya "nak kencing tak aimi?" Dan tiap kali bermain dengan aimi fara akan tanya "nak kencing bagitahu ye, nanti mommy bawa ke toilet".

Tipulah kalau terus berjaya kan? Aimi ade terkucil dalam seluar kemudian baru die ajak ke toilet. Dan selepas perkara terkucil dalam seluar berlaku, bila mahu buang air aimi terus ajak fara ke toilet. Kalau die lupa fara akan ingatkan dan ajak ketoilet untuk buang air walapon aimi kata tak mahu kencing. Sampai waktu malam sebelum tidur, aimi sentiasa ingat dan akan ketoilet untuk buang air. Alhamdulillah, Cuma waktu tidur malam fara akan pakaikan aimi pampers.


Hari kedua

Aimi seakan lupa apa yang dilatih semalam dan terkucil dalam seluar tanpa berkata apa-apa. Bila fara perasan, fara ajak ke toilet untuk cuci dan ingatkan kembali untuk kencing di toilet.

Seperti biasa, ada kalanya aimi akan terkucil di seluar dan ada masa dia akan mengajak fara ke toilet. Hati memang kena tabah sebab bila kita tanya "nak kencing x?" Die jawab "x" dan kemudian die kencing dalam seluar. Jangan sesekali marah dan muka wajib senyum melayan. Waktu malam untuk tidur tetap fara pakaikan pampers.



Hari ketiga

Hari ketiga agak mencabar sebab masih musim Raya. Ikutkan hati nak pakaikan pampers takut aimi terkucil rumah orang susah pulak. Teruskan juga seperti hari sebelumnya. Tiap sejam fara bawa aimi ke toilet paksa buang air. Alhamdulillah, aimi berjaya buang air di toilet tanpa terkucil dalam seluar.

Bila aimi minum susu kemudian tidur siang, waktu ni agak sukar sebab dia akan berontak bila dikacau tidur. Nak tak nak kene kejutkan juga ajak buang air. Aimi lulus dengan cemerlang pada hari ke3 tanpa terkucil dalam seluar sepanjang hari. Keeseokan hari dan seterusnya pula, aimi dah mengerti untuk ketoilet.

Tiap kali keluar berjalan dah tak risau sebab aimi akan minta ke toilet sendiri dan kadang kala fara akan ajak aimi ketoilet.


Cara melatih anak bebas pampers

➡ Jangan marah
➡ Sentiasa ingatkan ketoilet setiap 15 minit, kemudian 30 minit dan seterusnya
➡ Bila anak kencing dalam seluar, suruh anak kencing lagi sekali walapon tiada apa yang keluar dan cuci seperti biasa.
➡ Puji setiap kali anak ke toilet.
➡ Mommy perlu fokus melatih anak (hp sila letak ketepi)
➡ Buat aktiviti bersama anak seperti mewarna, bermain bola, main puzzle dan etc, perkara ni boleh melatih anak bermain sambil ingat dia perlu ketoilet bila perlu.

Fara banyak habiskan masa buat aktiviti dengan aimi dan tiap kali habis 1 aktiviti, fara akan mengajak aimi untuk ketoilet. Sebagai reward, fara akan puji dan sambung bermain mainan kesukaan dia bersama.

Alhamdulillah, syukur sebab aimi sangat memahami dan cepat belajar sesuatu perkara. U did a good job sayang.

With love,
Mommy aimi.







You Might Also Like

0 KOmen: