Cara Naikkan HB ketika hamil bersama Minyak Kelapa Dara

7/31/2017 12:45:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

Assalamualaikum.. hi!

Perkara yang paling melemahkan semasa hamil adalah HB rendah. Kebanyakan ibu-ibu akan mengalami masalah macam ni kan?

Ada sesetengah ibu-ibu bila mengamalkan makanan yang tinggi protien seperti sayuran, ikan bilis, daging, ikan, dan sebagainya dapat menaikkan HB sehingga 14, tapi tidak semua berjaya menaikkan HB bila mengikuti tips tersebut.

Bergantung pada badan ibu-ibu juga ada yang hanya mengamalkan makan bayam, ada yang makan supplement, jambu batu, dan lain-lain lagi untuk menaikkan HB. Macam fara, paling tinggi HB adalah 11 dan paling rendah 9.9. HB yang rendah ketika hamil mengundang risiko bukan sahaja pada ibu tapi pada bayi juga!

Apakah HB Rendah / Anemia?

Anemia adalah satu situasi di mana kepekatan darah merah adalah kurang daripada biasa. Dalam istilah perubatan, ianya dikatakan sebagai kurang dari paras normal 9mg peratus hemoglobin (HB)

Punca HB Rendah

🔹Ibu kurang mengambil sumber zat besi seperti kerang dan daging
🔸Ibu yang kerap hamil
🔹 pendarahan dari faraj atau buasir
lain-lain penyakit seperti pendarahan, barah atau jangkitan kuman

Tanda-tanda Pesakit Menghidapi HB Rendah

🔹Kulitnya kelihatan pucat
🔸 Rasa mahu pitam apabila mahu bangun
🔹Rasa cepat letih dan lesu
🔸Cepat mengah
🔹Jantung cepat berdebar-debar

Akibat daripada HB Rendah

🔹Mungkin mengalami keguguran
🔸 Anak yang dilahirkan tidak cukup bulan/berat
🔹Mengalami tumpah darah ketika bersalin (paling bahaya) - boleh bawa maut
🔸Mudah mendapat penyakit lemah jantung
🔹Anak mati dalam perut


Setiap ibu pasti akan membuat apa sahaja untuk bagi yang terbaik pada anak-anak. Bila mengetahui keburukan yang akan dihadapi apabila HB terlalu rendah, sudah pasti si ibu akan mencari jalan lain untuk mencantikkan kembali HB.

Begitu juga fara, bila masuk trimester ketiga kehamilan, HB semakin menurun dan hati mula risau akan keadaan bayi dalam kandungan. Kakak ipar mastura bagi fara mencuba minyak kelapa dara untuk menaikkan HB kerana dia juga pernah mengalami masalah HB rendah dan apabila mencuba minyak kelapa dara, alhamdulillah HB kakak ipar tinggi dari biasa.

Apa khasiat Minyak Kelapa Dara nie untuk ibu hamil amalkan? Baca info dibawah :

UNTUK IBU HAMIL 

⏺ PERUT anda akan BEBAS dari STRETCH MARKS yang HODOH!
⏺ Anda akan BERSALIN dengan MUDAH & CEPAT tanpa KESAKITAN yang TERUK
⏺ Kurang risiko melahirkan bayi TAK CUKUP BULAN (pramatang)
⏺ TEKANAN DARAH & PARAS GULA anda sentiasa NORMAL
⏺ Mengelakkan bayi anda dari DEMAM KUNING
⏺ KULIT bayi anda akan CANTIK & PUTIH BERSIH
⏺ Mengurangkan MORNING SICKNESS atau ALAHAN yang teruk!
⏺ Mengurangkan SEMBELIT/ BUASIR ketika hamil
⏺ Badan akan lebih rasa BERTENAGA & RINGAN tanpa rasa lesu
⏺ Menggalakkan TUMBESARAN janin dalam kandungan
⏺Menaikkan SERI wajah ibu sepanjang kehamilan

UNTUK IBU SELEPAS BERSALIN

◽Memperbanyakkan SUSU BADAN anda!
◽ Menghilangkan STRETCH MARKS yang LAMA
◽ Menurunkan BERAT BADAN dengan meningkatkan METABOLISMA anda
◽Mengurangkan RAMBUT GUGUR selepas bersalin!
◽Mencantik dan melembapkan KULIT anda!

UNTUK BAYI ANDA

🔹Disapu pada rambut bayi anda untuk CEPAT TUMBUH & LEBAT
🔸 Menyelesaikan masalah kulit KEPALA BERKERAK
🔹Sebagai minyak URUT untuk memberi keselesaan & melembutkan kulit bayi anda
🔸Melegakan ruam-ruam seperti RUAM SUSU & RUAM LAMPIN dan juga ECZEMA


Masa kali pertama cuba minyak kelapa dara ni, rasanya agak pelik dan sedikit berbau! Memang fara tak boleh telan. Tapi paksakan diri juga minum minyak kelapa dara gara-gara nak naikkan HB kembali. Apa yang penting, kita haruslah berusaha untuk mencuba naikkan HB tidak kira apa sahaja cara.







You Might Also Like

0 KOmen: