PROF HARIZ INTERNET MARKETING BY POLICYSTREET

11/07/2017 01:26:00 PTG Fara Lumière 0 Comments


Prof Hariz Internet Marketing Malaysia

Individu biasa dengan kejayaan dan pencapaian luar biasa bukanlah satu teori khayalan tingkat tinggi mahupun satu cerita dongeng yang direka-reka. Bagi sebahagian orang di luar sana yang membaca kisah kejayaan golongan ini, pasti menyangka mereka bermula dengan mudah. Hakikatnya, kisah hidup yang dilalui hampir kebanyakan daripada kita semua alami. 


Ridhauddin Hariz atau lebih dikenali sebagai Prof Hariz nama yang tidak asing lagi dengan dunia Internet Marketing Malaysia yang kini berkhidmat di sebuah syarikat Insurans PolicyStreet. Anak sulung dari tiga orang adik beradik yang berasal dari Permatang Pauh Pulau Pinang ini sangat tabah mengharungi kehidupan sejak kehilangan kasih sayang dari seorang ayah ketika umur beliau 3 bulan. Justeru, semangat dan dorongan dari ahli keluarga terutama isteri yang tercinta menjadi penguat beliau dalam mengharungi kehidupan yang mencabar. 


Latar Belakang Prof Hariz Internet Marketing Malaysia



Prof Hariz merupakan pemegang Diploma Sistem Komputer dari Kolej ADTEC Melaka dan semenjak itulah beliau menceburkan diri dalam bidang komputer dan Internet. Prof Hariz seterusnya melangkah ke alam pekerjaan di dalam bidang online marketing dan pemasaran secara atas talian.

Bermula daripada tahun 2014, Prof Hariz menubuhkan syarikat sendiri iaitu PH ProjectBase Resources dan dari situ beliau berkecimpung dengan kaedah pemasaran secara atas talian menggunakan media sosial, strategi pemasaran menggunakan email, Google Analytics, Search Engine Optimization atau SEO, rekabentuk laman web dan juga pemasaran melalui konsep funnel marketing.


Sejak dari itu, beliau telah membantu ramai peniaga serta syarikat-syarikat dalam menambahbaik strategi pemasaran diatas talian. Prof hariz sudah lama bergelumang dalam dunia bisnes, sudah pasti ilmu-ilmunya menjadi satu jalan pintas untuk mencapai kejayaan dan mampu mengemudi bahtera daripada zero menjadi hero.


Apa itu Internet Marketing/Pemasaran Internet?

Di Malaysia, kita lihat fenomena ini sudah mula berkembang. Individu yang sudah berjaya membina perniagaan daripada RM 1 menjadi jutaan ringgit sanggup turun padang berkongsi ilmu, strategi, tip dan teknik yang perlu dipraktiskan oleh usahawan baru. Semua ini memerlukan pemasaran internet yang betul bagi mengembangkan produk anda.

Internet marketing telah muncul sebagai salah satu media yang paling inovatif bagi organisasi untuk mempromosikan produk. Internet menjadi pilihan kerana elemen kepantasan merentasi seantero dunia dalam menghebahkan maklumat terutamanya di media sosial seperti facebook, instagram, twitter, blog dan laman web. Walaubagaimana pun, semua ini memerlukan skill yang hebat jika tidak pemasaran yang dilakukan hanya sia-sia. Oleh itu, tidak hairanlah jika Prof Hariz dikenali sebagai Pakar Pemasaran Internet di Malaysia kerana kemampuannya meningkatkan jualan bukan calang-calang orang boleh melakukannya. 

Kelebihan Internet Marketing Untuk Bisnes Anda

Internet marketing juga memiliki banyak kelebihan yang tentunya memberikan pelbagai kemudahan dalam hal mengakses produk yang akan ditawarkan, dengan menggunakan internet marketing maka dari itu anda sebagai seorang pengusaha yang memiliki bisnis juga akan dengan mudah memasarkan produk dengan cara melalui blog atau website yang sudah diolah melalui sistem internet marketing.


Antara kelebihannya :

  • Iklan di internet boleh dilihat oleh semua orang termasuk dalam dan luar negara
  • Mempromosikan bisnes di internet adalah lebih murah daripada media pasaran lain. hal ini memudahkan usahawan kecil mengiklankan produk mereka
  • Memudahkan urusan pembelian antara pembeli dan penjual

Prof Hariz Pakar SEO dalam Pemasaran Internet

Adakah anda sering mendengar perkataan SEO di seminar-seminar perniagaan internet? SEO adalah singkatan bagi satu terma teknologi maklumat iaitu Search Engine Optimization. SEO sering dibincangkan dalam seminar perniagaan internet kerana ia merupakan salah satu strategi pemasaran yang berkesan di internet.

SEO adalah satu cara yang digunakan untuk penarafan senarai carian sesebuah laman web bagi carian tertentu dalam laman-laman web enjin carian dengan menggunakan teknik-teknik tertentu yang bersesuaian dengan tata cara sesebuah laman web enjin carian tersebut.

Dengan mendapat kedudukan senarai carian laman web yang tertinggi di sesebuah laman web enjin carian bagi kategori tertentu, ia akan meningkatkan capaian oleh pengunjung sasaran di internet. Jadi, ini akan meningkatkan promosi dan pemasaran bagi sesebuah perkhidmatan atau produk di internet menerusi laman web organisasi.



Pengalaman beliau yang mendalam dalam SEO membuatkan Prof Hariz dilamar oleh syarikat Exabytes Group Sendirian Berhad pada dua tahun lalu dan dipertanggungjawab untuk menjana idea-idea baru serta menerokai strategi-strategi pemasaran yang inovatif menggunakan teknologi internet yang terkini, seperti penghasilan laman web, blog, komuniti media sosial dan juga kaedah-kaedah komunikasi yang lain. 


Selepas berhempas pulas bersama Exabytes, tahun ini pada tahun 2017 beliau sekali lagi dimurahkan rezeki beliau untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi di syarikat As White Global Sdn Bhd sebagai Penasihat SEO. Prof Hariz kali ini memegang jawatan dan tanggngjawab yang besar hinggalah melibatkan diri dengan klien-klien dari Australia, US , UK , Singapore dan Germany. Sebagai Penasihat SEO yang terkemuka di Malaysia, beliau dipertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan SEO kepada klien-klien tidak kira di Malaysia mahupun di luar negara.

Pakar pemasaran internet dan guru bisnes ini sanggup berkongsi ilmu dan pengalaman mereka demi membangunkan ekonomi ummah melalui jalan perniagaan dan pencapaian beliau kini telah mencapai ke tahap yang sangat membanggakan.


Pencapaian Terbesar Prof Hariz

Berikut adalah pencapaian beliau sepanjang beliau berada di dalam bidang Internet Marketing.


  • Menganjurkan program diet bersama Utusan Malaysia pada bulan Ogos 2014 dengan program “Prof Hariz Kongsi Tips Kurus” yang melibatkan seramai 500 peserta di seluruh Malaysia secara online.
  • Mendapat pengiktirafan sebagai Top 3 Affiliate Malaysia oleh Infokerjaya pada bulan Disember 2014 kerana beliau telah berjaya menjana jualan sehingga RM100,000 dalam masa 5 bulan melalui penjualan ebook kerjaya, serta membantu calon-calon menduduki peperiksaan online dan temuduga SPA
  • Menganjurkan seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog di Karangkraf pada Disember 2014 di mana beliau berkongsi pengalaman beliau menjejaki dunia perniagaan secara affiliate di mana beliau dapat menjana puluhan ribu ringgit dalam tempoh masa yang singkat
  • Menganjukan pelbagai bengkel-bengkel dan seminar-seminar, antaranya:
         - Bengkel / Seminar bertajuk: Buat Duit Dengan Blog di Politeknik Seberang Perai, pada Mac 2015
         - Bengkel Affiliate Ninja pada April 2015
         - Bengkel Email Marketing pada Jun 2015
         - Private group coaching bersama Shaklee Malaysia pada Disember 2015, untuk membuat                     strategi penjualan sebanyak RM10 juta pada tahun 2016



  • Bekerjasama dengan Irfan Khairi pada Februari 2016 dalam seminar khusus bagi peniaga-peniaga dalam membuat penjualan dengan blog
  • Menganjurkan Private Coaching Group 365 - Bagaimana Jana Pendapatan 4 Angka Dengan Blog pada Ogos 2016 bersama 40 orang suri rumah, hasil daripada itu program ini berjaya membantu 10 orang suri rumah untuk menjana pendapatan sekitar RM10,000 sebulan secara konsisten
  • Ditemuramah oleh Astro Awani pada Disember 2016 dengan memberikan pandangan beliau berkenaan dengan Potensi Digital Ekonomi untuk negara Malaysia pada masa yang sama Jack Ma (pengasas dan tuan punya syarikat gergasi Alibaba Group of Companies) telah dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Digital Kerajaan Malaysia.

Prof Hariz Internet Marketing Malaysia by PolicyStreet

Kini beliau berkerja di salah sebuah syarikat Insurans , PolicyStreet . Prof Hariz dilantik dan dipertanggungjawabkan untuk menjadi Pengurus Internet Marketing disyarikat itu.


Mengenai PolicyStreet

PolicyStreet adalah insurans yang mudah, senang dan mampu bayar. PolicyStreet lebih menumpukan kepada mereka yang memerlukan insurans seperti syarikat , universiti, usahawan , kelab kesihatan, dan macam-macam lagi kumpulan.

PolicyStreet merupakan syarikat insurans yang menawarkan pelbagai jenis insurans mengikut keperluan seperti berikut :
  • Insurans Perubatan
  • Diabetes
  • Kanser
  • Kehidupan yang mampu
  • Tulang belakang
  • Bantuan jalan raya jangka pendek
  • Peralatan musik
Perbehentian kerjaApa yang lebih membanggakan adalah, PolicyStreet menawarkan servis insurans untuk produk-produk yang lebih kecil antaranya ialah :
  • Keracunan makanan
  • Kerosakan rambut
  • Sewaan
  • Berbasikal
  • Keracunan alkohol
  • Menonton
  • Mendaki
  • Penyewa
  • Perlawanan bolasepak
  • Cinta
  • Peralatan musik
  • Perkahwinan
  • Majlis pengebumian

Sesiapa yang inginkan insurans, boleh hubungi PolicyStreet , syarikat insurans yang mengambil berat tentang keperluan anda. Bersama-samalah mencipta masa depan bersama PolicyStreet.

Mengapa Prof Hariz Target Online Marketing?

Trend sekarang, kita akan fokus terus ke prospek yang TEPAT. Betul, agak sukar jika kita masih menggunakan kaedah tidak menapis lebih awal prospek yang kita nak. Tapis dan tapis itulah akan jadikan prospek yang kita perolehi adalah benar-benar yang sedang mencari atau berminat dengan produk atau servis yang ditawarkan.

Ramai yang fokus kepada bentuk perniagaan online ini, dan persaingan semakin sengit dalam internet. Namum bila anda tahu sebenarnya 'Strategi & Teknik' yang diberikan oleh Prof Hariz, adalah mudah bagi perniagaan anda bersaing secara sihat. Antara teknik yang dibicarakan lebih kepada:

  • Platfom TEPAT semasa melakukan promosi online
  • Teknik dan Strategi berkesan dalam menarik prospek
  • Menentukan prospek TEPAT dengan NICHE market yang dikenalpasti
  • 'Zero Cost Marketing' - Hot

Pemasaran Produk Yang Lebih Efektif di Internet

Prof Hariz menjalankan perniagaan berasaskan Internet secara Online sehingga kini. Kini sudah tidak asing lagi dengan penjualan dan pembelian secara 'online' dalam talian internet telah diterima ramai dalam dan luar negara. Pelbagai produk dan perkhidmatan telah beliau memasar dan mempromosikan dengan hanya menggunakan internet dalam pelbagai platform online ini.



Dari menerima tempahan membina laman web, membantu mengadakan kempen pemasaran dalam internet, membuat perkongsian ilmu pemasaran internet dan kini menumpukan kepada memberikan latihan khusus kepada usahawan dan bakal usahawan dalam mengembangkan perniagaan mereka dalam menggunakan media internet. Apa sahaja yang berkaitan dengan internet dan online adalah menjadi rutin harian beliau.


Semua ilmu teknik dan strategi perniagaan internet dan online yang dilakukan akan dikongsikan kepada anda dengan bahasa dan gaya yang mudah untuk fahami, walaupun anda masih baru dalam bidang ini. Apa yang perlu anda lakukan adalah ikut apa yang beliau tawarkan. Itu sahaja! Prof Hariz akan membantu dalam menyelongkarkan rahsia dan teknik dalam menghasilkan penjualan produk atau perkhidmatan yang anda jalankan sebagai perniagaan.


Servis Yang Ditawarkan Oleh Prof Hariz Sebagai Internet Markting Malaysia

Prof Hariz menawarkan servis SEO yang mana membantu para usahawan dalam dunia perniagaan terutama membuat servis SEO untuk perniagaan secara atas talian.

Bukan itu sahaja, Prof Hariz menawarkan servis review di blog beliau www.profhariz.com kepada usahawan yang ingin memperkenalkan produk mereka kepada orang ramai. Artikel review itu adalah artikel yang mempunyai unsur-unsur SEO yang mana dapat meningkatkan jualan anda kepada double dan triplle daripada biasa.
  • Marketing di Google
  • Personal coaching Zero Marketing to Hero
  • Funnel Marketing
  • Review

Prof Hariz Servis Terbaik di Malaysia dalam dunia Internet Marketing


Pemasaran internet kini menjadi salah satu cabang yang penting dalam perniagaan anda. Kekuatan pemasaran internet dalam perniagaan anda mampu membuatkan perniagaan anda untung berlipat kali ganda berbanding anda bergantung sepenuhnya dengan pemasaran offline.

Jangan ketinggalan! hubungi Prof Hariz sekarang!!

Whatsapp : +6012-5336713


You Might Also Like

0 KOmen: