Botaneco Garden Baby | 3 Produk TERBAIK KHAS untuk Bayi

12/01/2017 06:24:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

GUARDIAN, gedung farmasi juga peruncit barangan kesihatan dan kecantikan terbesar Malaysia, memperkenalkan rangkaian produk Botaneco Garden Baby bagi memperluaskan rangkaian Botaneco Garden. Produk terbaru tersebut menggunakan kandungan dari sumber alam semulajadi, demi perlindungan yang terbaik untuk si manja

Botaneco Garden Baby


SET Penjagaan Lengkap Dari Kepala Hingga Kaki si Manja


MENYEDARI hakikat kulit bayi yang sensitif, sesetengah ibu bapa begitu cerewet dalam pemilihan produk penjagaan kulit untuk bayi mereka. Ini bagi mengelak kesan sampingan yang tidak diingini seperti alahan terhadap kandungan bahan-bahan kimia yang mungkin tidak sesuai dengan kulit bayi

Memahami kebimbangan itu, Botaneco Garden Baby menampilkan rangkaian produk penjagaan untuk si comel yang dirumus daripada bahan-bahan semula jadi terpilih. Ia juga melalui ujian pediatrik bagi memastikan selamat untuk kulit bayi yang sememangnya begitu halus dan sensitif.

Memberi Perlindungan Optimum kepada Si Manja

Bukan sahaja selamat dan memberi perlindungan optimum buat fizikal si manja, rangakaian Botaneco Garden Baby ini mengandungi seleksi pati tumbuhan istimewa seperti Kamomil organik dan Oatmeal Kolodial dengan tambahan seperti kebaikan minyak zaitun yang lembut membelai kulit serta rambut bayi.

Setiap ramuan dalam produk ini telah lulus ujian klinikal malah terbukti berkesan menurut dermatologi. Formulasi Botaneco Garden Baby adalah bebas paraben, silikon, SLS, SLES, pewarna, linolin dan dari segala bahan yang boleh mengancam kesihatan bayi.

Botaneco Garden adalah produk yang diyakini ramai, ianya berkualiti kerana dihasilkan menggunakan teknologi terkini yang diasaskan di Australia.

BODY LOTION

HAND & BODY CREAM
HYPOALLERGENIC

HEAD TO TOE WASH

Bahan Semulajadi yang Berkualiti Tinggi

Setiap rangkaian produk Botaneco Garden Baby menggunakan bahan-bahan terpilih seperti Estrak Kamomil organik serta Oatmeal Kolodial organik dan juga minyak zaitun yang disahkan eko atau “eco-certified” yang sesuai untuk kulit bayi. Keseluruhan rangkaian produk ini diformulasi dan dihasilkan di Australia.

Ekstrak Kamomil merupakan satu bahan popular dalam aromaterapi dan penjagaan kulit, yang juga boleh melegakan kulit. Oatmeal koloidal memiliki kandungan kanji dan beta-glucan yang menjadikannya bersifat pelindung kulit dan menyimpan air. Ia juga mengandungi anti-oksidan dan kewujudan saponin di dalam oat menjadikannya satu agen pembersih, pelembab, penampan, selain memberi kelegaan.

Produk Terbaik Untuk Bayi Anda

Semua ibu inginkan yang terbaik untuk anak. Jadi, buatlah pilihan yang tepat dalam pemilihan produk agar si manja berasa selesa sepanjang hari.


Kesemua rangkaian Botaneco Garden termasuklah Botaneco Garden Baby boleh dibeli dari cawangan Guardian seluruh Malaysia pada harga RM22.90 hingga RM31.90.

You Might Also Like

0 KOmen: