Foundation Drugstore Terbaik dan Ciri-ciri foundation yang sesuai dengan kulit

1/02/2018 09:19:00 PTG Fara Lumière 0 Comments


Adakah anda mengenakan foundation yang sesuai dalam makeup seharian? Jika ya, syabas diucapkan kerana anda telah memilih foundation yang sesuai dengan kulit. Bagaimana pula jika anda yang baru sahaja hendak berjinak-jinak dalam dunia "makeup"? Sudah pasti pemilihan foundation menjadi tanda tanya yang mana lebih sesuai dengan keadaan jenis kulit bukan?

Image result for foundation

Kenapa pemilihan foundation ni sangat penting? Sebab paling utama ialah penggunaan warna foundation yang salah akan buatkan muka kita akan nampak tersangat berbeza dan tak natural. Bayangkan kalau kulit wajah kita jenis sawo matang, kita pakai shade yang cerah atau untuk kulit jenis kuning langsat, bukan ke nanti wajah kita nampak macam tersimbah cat?

Secara basic, ramai yang tahu kulit terbahagi kepada beberapa jenis iaitu berminyak atau kering atau kombinasi. Sesetengah daripada kita turut memiliki kulit jenis sensitif atau normal. Jenis kulit tak membantu untuk pemilihan warna foundation, akan tetapi maklumat ini sangat diperlukan untuk tentukan jenis foundation yang boleh atau paling sesuai untuk dipakai.

Di bawah merupakan 8 jenis foundation yang rata-ratanya adalah pilihan ramai.

1) BOURJOIS HEALTHY MIX FOUNDATION



Bourjois Healthy Mix Merupakan brand dari Paris. Warna foundation ni lebih sesuai untuk mereka yang berkulit cerah sahaja. Texture yang tidak berat dan tidak ringan sesuai untuk anda yang fokus pada moisture atau tidak mahu nampak kering. Foundation ni buatkan muka nampak dewy atau glossy seperti muka orang korean. Jika anda berkulit berminyak, nak pakai boleh sahaja tapi kena pakai oil control powder. Foundation ini hanya bertahan selama 6 jam sahaja.

Sesuai untuk normal skin to dry skin dan sensitif skin
Coverage : medium to full (masih boleh cover redness, jerawat kecil, parut yang tak hitam)

Harga RM59.90


2) BOURJOIS HEALTHY MIX SERUM




Foundation Healthy Mix Serum ni mempunyai fungsi yang sama seperti Bourjois Health Mix tapi texture dia lebih ringan. Sesuai untuk anda yang tak suka makeup tebal. Untuk anda yang berjerawat pula tidak disarankan memakainya kerana ianya tak dapat tutup jerawat atau parut sepenuhnya.Foundation ni untuk effect nampak healthy dan radiance

Sesuai untuk kulit normal to dry dan sensitive skin
Coverage : medium

RM61.35

3) MAYBELLINE FIT ME


Maybelline FIT ME adalah foundation yang cukup popular di luar negara. Dan kini, ianya telah ada di pasaran Malaysia. Foundation FIT ME mempunyai 12 warna mengikut jenis kulit anda. Sesuai untuk anda yang tak suka makeup nampak shining or glossy kerana foundation ini bagi effect matte (kering) Foundation ini juga boleh menutup pori dan sesuai untuk kulit berminyak

Sesuai untuk normal to oily skin
Coverage : medium to full

Rm49.90

4) MAYBELLINE DREAM SATIN SKIN


Foundation ini akan menjadikan kulit nampak satin effect. Ianya menutup segala pori dan senang diblend masuk ke dalam kulit tanpa membuatkan pori anda tersumbat.

Sesuai untuk kulit kering dan normal

RM54.90

5) LOREAL INFALLIBLE STAY FRESH

Related image

Jika inginkan makeup tahan lama selama 24jam boleh cuba foundation Loreal Infallible stay fresh. foundation yang mudah untuk di blend. Foundation ini boleh cover semua jenis jerawat atau parut

Sesuai untuk semua jenis kulit
Coverage : full coverage

RM99.90

6) LOREAL TRUE MATCH




Foundation ni sama seperti Maybelline FIT ME kerana mempunyai pelbagai jenis foundation mengikut jenis kulit. foundation ni agak tebal tapi melembapkan. Kulit tidak akan kering walaupun pakai selama 16 jam.

Sesuai untuk semua jenis kulit
Coverage : medium to full

RM58.90

7) REVLON COLORSTAY




Foundation Revlon Colorstay sesuai untuk kulit yang berminyak dan berjerawat, kusam, dan parut. Foundation ini tahan selama 24jam.

Sesuai untuk combination/oily skin dan normal to oily skin
Coverage : full coverage

RM75.90

8) REVLON PHOTOREADY AIRBRUSH EFFECT

Revlon photoready airbrush effect | Shopee Malaysia

Pada yang suka glitter dan shining effect boleh pakai foundation ni sebab dalam foundation ni ada glitter yang sangat halus. texture juga sangat ringan macam NARS Weightless

Sesuai untukk semua jenis kulit

RM78.90


Kesemua foundation diatas boleh didapati di Watson. Jadi, pilihlah foundation yang sesuai mengikut jenis dan masalah kulit anda. 

Baca lagi : perbezaan foundation Fit me VS superstay

You Might Also Like

0 KOmen: