Barangan Bayi Terbaik Pilihan Ibubapa | Johnson's Baby
Assalamualaikum...
Barangan Johnson's Baby merupakan barangan bayi yang Fara percaya ramai kalangan ibu bapa menggunakannya. Dengan pengalaman sudah ke 125 tahun dalam penjagaan kulit bayi, jenama ini sentiasa mendapat sambutan ramai. Johnson's Baby sangat terkenal untuk menjaga dan membelai kulit bayi dari kulit biasa hingga kulit bayi yang sensitif.
Selamat ulang tahun ke-125 Tahun Johnson's Baby
Fara juga antara salah seorang pengguna tegar barangan Johnson's Baby seperti syampo dan mandiannya. Untuk anak-anak Fara, memang fara pakaikan syampoo dari Johnson's Baby kerana serasi dengan rambut anak yang panjang. Rambut anak menjadi lembut, sihat dan bersinar. Amat mudah untuk merapikan rambut anak yang panjang apabila menggunakan syampo dari produk ini.
Mandian dari Johnson's Baby juga begitu melembutkan kulit anak Fara. Wangiannya membuatkan sesiapa yang menghidu berasa tenang dan selesa. Fara agak menitikberatkan penjagaan kesihatan bukan sahaja untuk diri malah, anak-anak juga dan semestinya untuk anak, Fara akan memberi produk penjagaan kulit yang terbaik seperti Johnsons Baby.
Pelbagai rangkaian penjagaan diri dari Johnson's Baby dari hujung rambut hingga ke hujung kaki seperti mandian, lotion, bedak, syampo, baby oil dan banyak lagi boleh dipilih mengikut kesesuaian si manja anda. Pastinya, kesemua produk ini telah di uji kaji terlebih dahulu dan selamat digunakan oleh anak anda.
Johnson's Baby Di Uji Oleh Pakar
Menggunakan produk kesihatan yang tidak bersesuaian dengan kulit bayi akan menimbulkan masalah kesihatan seperti kegatalan pada bahagian kulit, keradangan dan ruam-ruam pada badan. Semestinya, bayi yang mengalami masalah kesan daripada penggunaan produk yang tidak sesuai akan menjejaskan kualiti hidup dan keselesaan mereka sepanjang hari. Oleh itu, Rangkaian produk Johnson's Baby yang telah diuji oleh pakar adalah pilihan yang bijak.
Nak Vintage Tin Bertulis Nama Sendiri Macam Ni?
Sempena ulang tahun ke-125 Tahun, Johnson's Baby telah mengadakan satu contest iaitu anda berpeluang untuk miliki vintage tin yang boleh tulis nama anda seperti yang fara terima. Caranya amat mudah, anda hanya perlu ke facebook page Johnson's Baby dan ikuti setiap langkah yang diberikan.
Terus ke facebook page untuk miliki vintage tin Tekan sini
Happy Anniversary Johnson's Baby
0 KOmen: