Beli Peralatan Dapur Di Petaling Jaya | SENTAI

9/27/2018 10:57:00 PG Fara Lumière 0 Comments


Bila dah jadi suri rumah ni memang pantang tengok jualan murah lebih-lebih lagi jualan murah barangan dapur. Nak beli hari biasa harga agak mahal jadi memang kena tunggu 'sale'. Haritu Fara jalan-jalan ke Petaling Jaya kemudian singgah ke kedai SENTAI saja nak cuci-cuci mata tengok  barangan dapur kat sana. Masa masuk je dalam kedai dah tertarik dengan segala barangan yang ada. Yang pasti, segala barangan yang ada di SENTAI adalah berkualiti tinggi. Tiada barangan yang 'cepat karat' dijual.


Biasanya kalau kita pergi ke kedai yang menjual pinggan mangkuk keadaan barangan kedai agak serabut dan bersepah kan? Nak cari pun agak susah kena bongkok-bongkok badan nak capai barang. Lagi satu, susunan barang pun berterabur. Mesti ada yang tidak selesa dengan keadaan macam ni kan? Bestnye shopping di SENTAI, disebabkan ianya sebuah kedai di tengah bandar, anda tak perlu serabut nak cari peralatan dapur. Kat sini ibarat anda shopping dalam mall. Mudah sangat nak cari barang yang diperlukan.

Bahagian Tableware :

Dipendekkan cerita, Fara sangat tertarik dengan design dan corak pinggan mangkuk di sana. Dari pinggan mangkuk yang kecil hinggalah bersaiz besar. Pelbagai corak dan saiz ada dengan tawaran harga mampu milik. Apa yang Fara perasan, jenis 'tableware' di sana semuanya adalah kaca tiada plastik. Masa pegang pun rasa takut-takut. Takut pecah nanti kena ganti. hehe











Bahagian Equipment Dan Cookware

Masuk sedikit ke bahagian dalam kedai kelihatan ruangan 'equipments' dan 'cookware'. Bahagian di sini lebih kepada peralatan untuk restoran atau hotel. Ramai rupanya peniaga restorant atau hotel membeli barangan mereka. Bayaran secara cash atau installment diterima di SENTAI untuk pengguna maybank sahaja. Food Processing Machineries di SENTAI banyak dan pelbagai. Sangat recommended untuk peniaga membeli barangan niaga anda disini.






Bahagian Di Atas Tingkat Kedai SENTAI

Masuk ke tingkat atas kedai SENTAI, ada ruangan 'kitchenware', 'knives', 'food storage', 'pastry' dan 'cleaning'. Di tingkat atas ni anda kena berhati-hati sedikit kerana ruang antara partition barang agak terhad. Tapi, barang dorang tak terhad! Semuaaa ada. Mudah untuk anda shopping disini dengan barangan yang tersusun rapi mudah je nak cari.








Serba Sedikit Mengenai SENTAI

SENTAI adalah pembekal aneka kelengkapan dapur dan peralatan memasak yang berkualiti tinggi serta harga yang ditawarkan adalah sangat luar biasa. Banyak restoran terkenal dan juga hotel terkemuka menggunakan perkhidmatan dan servis yang ditawarkan oleh SENTAI.



SENTAI perniagaan yang melibatkan jualan runcit dan borong menumpukan kepada jualan barang-barang kelengkapan rumah dan peralatan restoran yang harus disediakan. Ia merangkumi peralatan dapur yang terdiri dari berbagai jenis dan brands.


Antara Barangan Yang Ada Di SENTAI adalah :

Tableware
Cookware
Kitchenware
Knives
Pastry
Equipments
Food Storage
Cleaning

Beli Set JIDO

Dah ke sana rugi pulak tak beli apa-apa. Gambar di bawah ni set JIDO untuk letak sos, garam, rempah ratus dan sebagainya. JIDO ni made in Malaysia. Specialnya set ni, ianya kedap udara lepastu automatik terbuka if kita terbalikkan botol. Tak perlu susah payah nak bukak penutupnya. Nak bukak penutup atas untuk bersihkan pun mudah sebab ianya direka khas untuk memudahkan proses pembasuhan.


Untuk set JIDO, ada beberapa warna yang ditawarkan seperti merah, oren, pink, hijau dan kuning. Fara amik set bewarna merah. Oh ya, andai kata botol ni terjatuh, bahagian bawah botol ada macam spring so botol xmudah pecah dan tahan lasak. 

Lokasi SENTAI di Petaling Jaya

Bagi yang berminat untuk datang dan lihat sendiri peralatan dapur yang ada di SENTAI bolehlah berkunjung ke alamat mereka yang terletak di :

Alamat : PJ-SS2 : 207, Jalan SS2/24, 47300, Petaling Jaya, Selangor

Lokasi SENTAI

Kuala Lumpur Retail Showroom
207, Jalan SS2/24, 47300 Petaling Jaya, Selangor,
Malaysia.

Johor Bahru Retail Showroom
126, Jalan Kebun Teh, Taman Majidee,
80250 Johor Bahru, Johor, Malaysia.

Warehouse
10 & 12, Jalan Seroja 37, Taman Johor Jaya,
81100 Johor Bahru, Malaysia.


You Might Also Like

0 KOmen: