Cara Nak Lihat Produk Di Pasaran Berdaftar Dan Selamat Diamalkan

9/11/2018 03:19:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

Alasan bahawa lambakan produk terkini di Malaysia sudah diluluskan oleh KKM jadi tentulah SELAMAT dan BERKESAN. Benarkah?

Sebenarnya tanggapan ini adalah Tidak tepat kerana apa yang KKM (Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) lakukan ke atas produk-produk tradisional adalah menguji kehadiran bahan asing ataupun pencemaran oleh bahan-bahan tertentu. Ujian yang dilakukan hanyalah terhadap KUALITI dan KESELAMATAN (“safety”). Ujian yang KKM lakukan BUKAN untuk mengesahkan KEBERKESANAN.

KKM akan menguji sifat fizikal, steriliti dan kehadiran beberapa bahan pencemar di dalam produk yang hendak dipasarkan. Jika bahan-bahan ini tidak dikesan ataupun dikesan pada kuantiti rendah di bawah paras bahaya, maka KKM akan memberi kelulusan kepada pengeluar untuk menjualnya.

Bahan-bahan tersebut adalah:

1. Jumlah keseluruhan bakteria
2. Jumlah keseluruhan kulat
3. Pencemaran bakteria iaitu :
E.coli, Staph aureus, Salmonella dan Pseudomonas
4. Pencemaran logam berat iaitu:
Lead, Cadmium, Arsenic dan Mercury

KKM juga akan menguji kandungan steroid ataupun bahan-bahan campur-palsu. Ujian khas juga akan dilakukan bergantung kepada tuntutan dan indikasi.

Kesimpulannya, lulus KKM bukan bukti produk itu berkesan dan terjamin selamat. Ianya cuma lulus tapisan KKM dan mendapat lesen untuk menjual produk. Semuanya akan kembali kepada kebijaksanaan pengguna. JADILAH PENGGUNA YANG BIJAK.

Cara Nak Lihat Produk Di Pasaran Berdaftar Dan Selamat Diamalkan

Orang awam boleh menyemak status pendaftaran sesuatu produk dengan menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) di talian 03-7883 5400 atau melayari laman sesawang www.bpfk.gov.my. Sekiranya terdapat produk tidak berdaftar dalam pasaran, orang ramai digalakkan untuk membuat laporan kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui talian 03-7841 3200 atau mana-mana Cawangan Penguatkuasa Farmasi yang berdekatan atau e-mel kepada pharmacy1@moh.gov.my.


Nota kecil buat semua :

Apa yang terbukti mencegah penyakit jantung ialah: 

Cegah obesiti, cegah atau kawal penyakit kencing manis, cegah atau kawal tekanan darah tinggi, bersenam dengan kerap dan jangan merokok.  Bukan telan multivitamin supplement

Untuk mencegah kanser ialah :

Jangan minum arak, Jangan merokok, Jangan jadi gemuk, Cegah diabetes, Bersenam dengan kerap, Jangan telan berlebihan supplemen Vit A, dapatkan HPV vaccine dan Pap smear untuk wanita. Bukan telan multivitamin supplement 

Saya pun ambil supplemen, tapi saya hanya ambil bila ada keperluan. Saya tak bagi nasihat sama kepada semua orang sebab keperluan setiap orang tak sama. Jika anda sihat, apakah niat makan supplemen? Kalau kata nak mencegah penyakit, anda sudah bersenam ke tidak hari ini?

Follow Professor Imelda Balchin untuk lebih ilmu.

You Might Also Like

0 KOmen: