Perkhidmatan Kaunter Zakat Bergerak PPZ Kini Lebih Memudahkan

12/19/2018 07:27:00 PG Fara Lumière 0 Comments


Terlalu Busy Sehingga Tak Sempat Nak Keluar Bayar Zakat?

Jangan risau....


Sekarang Dah Ada Kaunter Bergerak Untuk Bayar Zakat Oleh Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP)


Pusat Pungutan Zakat-MAIWP telah menyediakan kaunter bergerak bertujuan membantu proses kutipan dan agihan zakat, khususnya melibatkan kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai seperti di Sekolah, Karnival, Pameran, Konvokesyen IPT dan sebagainya. Antara perkhidmatan yang disediakan di kaunter ini termasuklah pembayaran zakat, permohonan bantuan zakat, pertanyaan, taksiran zakat dan khidmat nasihat. 

Jadi disinilah peluang untuk anda membuat taksiran dan pertanyaan terlebih dulu di mana-mana kaunter cawangan PPZ-MAIWP bagi menentukan sama ada mereka perlu membayar zakat bagi tahun berkenaan atau sebaliknya

Dimana Lokasi Kaunter Zakat Bergerak PPZ?


Sepanjang bulan Januari sehingga April kaunter bergerak ini telah beroperasi di lokasi-lokasi terpilih seluruh selangor melalui program-program, forum perdana, karnival dan banyak lagi. Untuk lokasi seterusnya, anda boleh lihat di portal PPZ atau Facebook PPZ. Mereka akan update lokasi kaunter zakat bergerak melalui platform tersebut.


Anda Boleh Menempah Kaunter Zakat Bergerak Ke Tempat Anda

Menariknya lagi, anda kini boleh memanggil pihak urusan zakat untuk terus ke tempat anda tidak kira di tempat kerja, rumah atau dimana sahaja.  Perkhidmatan Door To Door ini khas Untuk Pembayar Zakat bernilai RM5000 keatas.  Perkhidmatan seperti ini pastinya lebih memudahkan urusan anda dan sekaligus memudahkan urusan pihak PPZ. 

Antara Perkhidmatan Yang Disediakan Di Kaunter Zakat Bergerak Adalah :

Servis apa agaknya ya yang ada di kaunter zakat bergerak ni? Mesti ada tertanya-tanya kan? Di kaunter ini anda boleh dapatkan perkhidmatan seperti :
  • Pertanyaan zakat
  • Taksiran zakat
  • Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir)
  • Salinan penyata/resit zakat

Image result for kaunter zakat bergerak

Macam yang saya katakan sebentar tadi, Kaunter Zakat Bergerak ni membuka peluang orang ramai untuk membayar zakat dengan lebih mudah tanpa perlu ke pejabat zakat. Segala pertanyaan mengenai zakat boleh diajukan di kaunter ini dan inshaAllah pihak PPZ akan melayan anda dengan baik.

Pembayaran Zakat Boleh Dibuat Secara :

Perkhidmatan Kaunter Zakat Bergerak yang disediakan oleh PPZ-MAIWP bukan sahaja memudahkan orang ramai membayar zakat malah mengelak pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan. Dengan adanya perkhidmatan kaunter zakat bergerak ini anda tidak perlu ragu-ragu kerana ianya selamat. Mengenai cara pembayaran pula, ianya boleh dilakukan secara :
  • Tunai & Cek
  • Kad Kredit Islam & Kad Debit

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat tentang lokasi kaunter bergerak ini bolehlah melayari portal PPZ :


Hubungi : 1300 88 5757
Website : Pusat Pungutan Zakat Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP)
Facebook :Pusat Pungutan Zakat Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP)



You Might Also Like

0 KOmen: