Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak (Car Seat) Wajib Menjelang 2020
Sudah banyak kejadian kemalangan melibatkan kecederaan dan kematian bayi dan kanak-kanak yang tercampak keluar dari kereta dan sebagainya. Ngeri dan sedih mendengar dan menyaksikan kejadian tersebut. Sebagai ibu bapa yang ada anak kecil anda perlu jadikan kisah tersebut sebagai pengajaran.
Car Seat Penting Untuk Keselamatan Anak Kita!
Ciri-ciri sesebuah car seat bertindak untuk mengurangkan kecederaan kepada kanak-kanak yang duduk di dalamnya.
Ia direka untuk untuk melakukan 3 perkara, iaitu melindungi dan menjauhi badan dari struktur kenderaan semasa berlaku kemalangan, mengurangkan momentum dalam keadaan yang terkawal, dan menyebarkan daya kearah anggota badan yang lebih kuat dengan kecederaan minimum terhadap tisu dalaman yang lembut.
Pastikan semasa memasang car seat, ia mengikut arahan yang ditetapkan kerana pemasangan yang salah juga boleh menyebabkan kecederaan yang tidak diingini.
Tahukah anda, penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak akan diwajibkan menjelang 2020?
Kepentingan tentang perkara ini diketengahkan bagi meningkatkan keselamatan kanak-kanak serta mengurangkan statistik kemalangan maut di negara ini.
Jom lihat PANDUAN memilih jenis kerusi keselamatan yang betul untuk anak anda!
Kredit: Malaysia 3C
0 KOmen: