[UPDATED] 10 Destinasi Popular Di LANGKAWI Yang Paling Ramai Pengunjung

10/08/2019 09:00:00 PG Fara Lumière 0 Comments


1. Dataran Helang


Di sini anda berpeluang melihat patung helang merah coklat gergasi sedang bersedia untuk terbang yang dibina sebagai lambang Pulau Langkawi. Angin laut yang menenangkan membuat Dataran Lang sesuai untuk berjalan santai dan bergambar.

Terdapat juga beberapa buah kerusi untuk bersantai yang disediakan dikawasan berhampiran.

Rasanya tidak lengkap percutian anda di Pulau Langkawi jika anda tidak bergambar di sini sebagai tanda kenangan yang anda telah pun sampai ke pulau ini.

2. Temonyong Night Market


Pasar malam ini dibuka pada setiap hari Khamis dari jam 6 petang hingga 11 malam. Kalau anda merancang untuk ke sini, seeloknya, datanglah seawal yang mungkin supaya mudah untuk anda mendapat tempat parking kereta.

3. Langkawi Sky Bridge


Jambatan udara atau Langkawi Sky Bridge yang melengkung ini dibina di atas puncak Gunung Mat Chincang.

Jambatan ini dihubungkan dari stesen puncak dan tergantung 100 meter dari puncak gunung.

Anda perlu menaiki Cable Car jika anda hendak ke Jambatan Udara tersebut.

4. Underwater World Langkawi


Underwater World Langkawi merupakan akuarium yang terbesar di negara ini dan disini anda berpeluang untuk melihat haiwan akuatik yang menakjubkan.

Underwater World ini terletak di hujung pantai cenang bersebelahan dengan Pantai Tengah. Anda boleh menjumpai 200 spesis haiwan marin dan ikan air tawar.

Anda juga boleh melihat Penguin, Ikan Jerung, Singa laut dan Ikan Arapaima yang merupakan ikan air tawar yang terbesar di dunia.

Di sini juga terdapat terowong akuarium yang jika anda lalu, anda boleh melihat jerung dan penyu berenang di atas anda.

5. Langkawi WIldlife Park


Taman burung langkawi, dikenali juga sebagai Langkawi Wildlife Park, dibuka pada tahun 2002

Ia merupakan hutan tropical yang didiami oleh 2500 burung exotic yang terdiri daripada 150 species burung yang berlainan.

Taman burung ini merupakan taman burung yang tertutup dan dikelilingi oleh dinding setinggi 15 meter.

Burung di taman ini berterbangan dengan bebas dan hidup di habitat yang direkacipta untuk menyamai habitat semulajadi burung burung ini. Disamping itu, taman burung ini juga mempunyai air terjun buatan manusia.

6. Muzium 3D Langkawi


Muzium 3D Langkawi adalah salah sebuah tarikan yang terletak di Oriental Village. Muzium ini bertempat di dalam sebuah bangunan 3 tingkat yang mempamerkan bukan sedikit tapi 200 buah lukisan 3D! Ingin lagi sebab kenapa anda perlu melawat muzium ini? Kalau anda nak tahu, muzium ini memiliki koleksi lukisan 3D yang terbesar di negara ini dan antara yang terbesar di dunia

Muzium ini terbahagi kepada 9 zon berbeza iaitu Zon Interaktif 1 dan 2, Zon Malaysia, Zon Akuarium, Zon Klasik, Zon Main Hall, Zon Fantasi, Zon Safari dan Zon Ilusi Optik.

7. Pantai Cenang


Pantai Cenang merupakan lokasi utama di Langkawi. Mungkin Pantai ini tidak sehebat Pantai Maldive tetapi ia adalah pantai paling maju di Malaysia, memiliki pantai dengan campuran pasir putih yang cantik yang cantik, perairan biru kristal dan kawasan yang mendamaikan.

8. Skytrex Adventure Langkawi


Ingin melakukan sesuatu yang lasak? Jom ke Skytrex Adventure Langkawi. Kalau anda pernah dengar tentang Skytrex di Shah Alam, cawangan Skytrex di Langkawi ini pula agak berbeza dan lagi best daripada Shah Alam kerana kawasannya yang lebih luas dan waktu operasinya yang lebih kerap.

Memang puaslah kalau dapat beraktiviti kat sini! Sambil melakukan aktiviti lasak yang ditawarkan, anda boleh menikmati pemandangan yang mengujakan Gunung Mat Chincang.

9. Kota Mahsuri & Makam Mahsuri



Kota Mahsuri ini terletak di mukim Ulu Melaka 12km dari Pekan Kuah berhampiran dengan lapangan terbang Padang Matsirat.

Makam Mahsuri ini telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater traditional dan rumah Kedah yang melambangkan seni bina rumah Langkawi yang popular pada ketika itu.

Tempat ini juga dikatakan dibina di bekas tapak rumah Mahsuri. Di dalam kompleks tersebut juga terdapat sebuah perigi yang digelar perigi Mahsuri .

10. Kereta Kabel Langkawi



Jangan lepaskan peluang untuk menaiki Kereta Kabel Langkawi yang merupakan kereta kabel paling curam di dunia dengan kecuraman 42 darjah.

Disamping itu, kereta kable ini juga merupakan yang terpanjang di dunia dengan kepanjangan 2.2km dan mempunyai tali kabel sepanjang 950 meter.

Perjalanan dari Pekan Kuah ke Kereta Kabel Langkawi mengambil masa 30 minit dan 15 minit jika anda datang dari lapangan terbang Langkawi.

You Might Also Like

0 KOmen: