8 Jenis PRIMER ini Popular Kerana Mampu Membuatkan Solekan Tahan Lama & Kulit Bebas Cela

11/05/2019 11:30:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

Untuk mendapatkan hasil makeup yang terbaik, teknik pemakaian dan produk yang digunakan amat mempengaruhi hasil akhir solekan. Ramai beranggap bahawa primer tidak penting padahal primer lah yang membuatkan solekan nampak lebih tahan lama.



Dah tahu fungsi Primer? Kalau belum, Fungsi Primer membantu meratakan warna kulit, membuatnya tampak lebih halus dengan tekstur yang lebih matte. Kerana ada kandungan bahan dalam primer yang boleh mengawal minyak berlebih pada wajah. Dengan menggunakan primer, makeup juga akan lebih tahan lama


Jom Lihat 8 Jenis PRIMER di Drugstore Yang Mampu Membuatkan Solekan Tahan Lama & Kulit Bebas Cela

1. Pure Beauty Pink So Blur Cream SPF15


Mesti ramai tertanya-tanya fungsi blur cream ni. Blur Cream ni pakai last sekali lepas sunblock ataupun step pertama sebelum apply makeup. Boleh dijadikan makeup base atau pakai dia saja. Fungsi dia untuk tutup pores dan bagi effect muka nampak sihat dan bermaya dan berseri.

Blur Cream bagi effect glowing, muka nampak pinkish sebab warna cream dia pink lembut. Tapi tak berminyak pun, sesuai untuk depa yang keja bawah aircond. Sebab yang ni bagi kulit lembab.

Texture: light cream (tak heavy)
Tahap lasting: 6 jam (bila lebih dari tu kulit mula keluar minyak )
Sesuai untuk all skin types terutamanya dry skin
Tak clogged pores
Dalam masa yang sama boleh merawat kulit untuk tona lebih sekata.
Sesuai untuk mereka yang nak kulit ala-ala kpop walaupun muka tak berapa kpop. Hurmm boleh la tuuu.

2. Luna Pro-Lighting Base SPF30

Image result for Luna Pro-Lighting Base SPF30

Haa yang ni untuk sapa yang suka muka nampak merelit papp papp. Berkilat bagaikan batu permata kat cincin. Bukan untuk tutup pores. Dia lebih kepada lembabkan kulit. Kalau ada pro makeup kat sini boleh perasan texture dia macam becca backlight priming filter. Cepat absorb. Cepat kering bila apply.

Texture: liquid
Boleh clogged pores sebabkan dia punya shimmer, so kena buat deep cleansing
Tahap lasting: 16 jam
Sesuai untuk all skin types terutamanya dry skin

3. Revlon Photoready Pore Reducing


Image result for Revlon Photoready Pore Reducing

Yang ni pun ramai pakai bila nak buat heavy makeup, or simple makeup. Sebab ramai ada big pores and kulit shining-shining. So, sesuai untuk mereka yang nak makeup nampak matte (kering, no kilat-kilat). Boleh cover pores. Boleh buat makeup tahan juga. Setakat ni pakai memang puas hati

Texture: liquid balm (ala macam balm gamat tu, ha macam tu la texture dia cuma dia cair sikit)
Tahap lasting: 16hours (lama-lama pakai mekap buat apa? Bagi jerawat berkampung kat muka ada la)
Boleh clogged pores. So kena buat deep cleanse.
Sesuai untuk normal to oily skin.

4. Revlon Photoready Brightening

Image result for Revlon Photoready Brightening

Sesuai untuk mereka yang suka effect cerah. Sebab lepas pakai muka nampak instant cerah (berseri) buat kulit nampak smooth. Boleh cover pores. Kesemua makeup base brand Revlon ni ada fungsi yang sama.

Texture: light balm
Tahap lasting: 16hours
Boleh clogged pores.
Sesuai untuk all skin types

5. Revlon Colorstay UV Primer SPF40

Related image

Untuk yang suka makeup light-light, sebab dia ringan. Ada SPF40. Makeup lasting 24 hours tapi dia tak boleh tutup pores. Heee.

6. Maybelline Baby Skin Pore Eraser

Image result for Maybelline Baby Skin Pore Eraser

Ni ramai orang tau kan. Famous jugak kat luar negara. Dia tak kering. Boleh cover pores. Buat kulit nampak halus mulus bak kulit bayi. Breathable (kulit masih boleh bernafas), shine-free (tak bagi muka nampak berkilat) and dia ada cherry extracts yang bagus untuk antioxidants (perlindungan dari pencemaran udara)

Texture: liquid balm (light, weightless)
Tahap lasting: 16jam
Tak clogged pores. Sama jugak kalau pakai lama-lama boleh clogged. .
Sesuai untuk all skin types

7. Maybelline Dream One Day Perfect SPF18

Related image

Ni produk baru keluaq ja tahun lepas. Dia serap minyak dgn baik. Boleh cover pores. Tak mengeringkan kulit dan tak membuat makeup nampak cakey. So sesuai la untuk all skin types.

Texture: liquid
Tahap lasting: lama jugak la, dalam 16 jam jugak la. Standard la.
Sesuai untuk semua jenis kulit tambah-tambah kulit yang berminyak

8. Kate Tokyo Makeup Lock Primer

Image result for Kate Tokyo Makeup Lock Primer

Salah satu primer paling hot di drugstore. berkenan pulak yang ni. Sebab dia ada banyak fungsi dalam satu tube kecil ni. Boleh control oil, cover pores, siap boleh serap lebihan minyak kat muka. Patut ramai orang beli. Boleh instant bright lagi. Bagi kulit nampak cerah berseri.

Texture: cream (oil-free)
Tahap lasting: 24 jam
Sesuai untuk all skin types terutamanya oily skin
Tak clogged pores.

Baca lagi : Miceller Water drugstore sesuai untuk semua jenis kulit

You Might Also Like

0 KOmen: