Kedai Jahit Baju Pengantin Murah Dan Terbaik Di Shah Alam & Klang | Safraa Tailor
Anda masih teragak-agak untuk menempah baju pengantin atau menyewa? Takpa, jangan risau sebab topik kita kali ini, Fara nak kongsikan kepada anda yang mencari kedai jahit baju pengantin terbaik dan murah khas untuk anda yang tinggal di sekitar Klang dan Shah Alam. Serius
MURAH dan
BERBALOI!
Kedai Jahit Safraa Tailor
Kedai jahit yang Fara maksudkan adalah di
Safraa Tailor. Safraa Tailor merupakan sebuah kedai Jahit yang berlokasi di
Klang Sentral yang telah lama berkecimpung di dalam dunia jahitan lebih dari 5 tahun. Menariknya lagi, Safraa Tailor juga menerima tempahan dalam
kuantiti yang banyak atau
secara pukal di Selangor. Dalam erti kata lain, Safraa Tailor bukan hanya menerima tempahan secara individu/perseorangan bahkan menerima tempahan secara pukal juga.
7 KELEBIHAN Menempah Baju Pengantin di Safraa Tailor
1) Saiz
Saiz merupakan faktor yang paling besar dalam penempahan sesebuah baju pengantin. Sesetengah individu yang memiliki saiz yang bukan standard seperti biasa, sebagai contoh, terlampau tinggi, terlalu pendek, terlalu kurus atau sebagainya sering kali menghadapi masalah mendapatkan pakaian yang bersesuaian. Kini, saiz bukan lagi punca masalah utama kerana ia dapat diselesaikan dengan membuat tempahan pakaian pengantin berpandukan saiz individu. Bukan sahaja boleh mendapatkan baju yang sepadan dengan saiz anda malah anda juga boleh memilih sendiri ukuran yang anda inginkan dengan hanya membuat permintaan dari tukang jahit tersebut.
2) Jenis kain ( Material)
Setiap baju pengantin mempunyai jenis kain yang berbeza sifatnya. Bagi anda yang mahu menampakkan keanggunan dan dapat membuatkan pakaian itu kelihatan mahal lagi eklusif di hari persandingan anda, menempah baju pengantin adalah pilihan yang tepat. Pemilihan jenis kain pengantin ini sangat penting kerana bagi menampakkan kesesuaian tema majlis perkahwinan anda. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin majlis perkahwinan tema songket, pemilihan fabric/kain jenis perlulah jenis kain songket. Jangan pula lari dari konsep majlis perkahwinan
3) Fesyen/design Ikut Citarasa Anda
Baju pengantin yang ditempah dari tukang jahit/tailor khas oleh anda adalah sangat istimewa kerana anda boleh memilih sendiri fesyen yang anda mahukan. Malah bukan setakat memilih sendiri, anda juga boleh mereka pakaian yang anda mahukan dan tukang jahit menghasilkan pakaian tersebut untuk anda. Samada pakaian jenis simple ataupun pakaian yang sangat rare sudah tentu dapat dihasilkan sekiranya anda menempah dari tukang jahit.
4) Kualiti
Kualiti pakaian yang dihasilkan dari tempahan dari Team Safraa Tailor sudah pastinya adalah lebih baik dan kemas berbanding dengan pakaian yang telah siap yang terdapat dikebanyakan kedai. Pakaian yang jahitannya kemas dan berkualiti sudah tentunya dapat tahan dengan lebih lama berbanding jahitan biasa yang tidak berkualiti.
5) Ekslusif made
Uniknya baju pengantin yang ditempah ini adalah, tidak akan ada individu lain yang akan memiliki koleksi/jenis pakaian yang sama seperti anda. Siapa tak nak menjadi tumpuan betul tak? Jadi, anda tidak lagi perlu risau sekiranya baju anda sama dengan pengantin lain.
6) Sedondon
Kebiasaannya pada berlangsungnya perkahwinan, setiap keluarga akan memilih tema pakaian yang sedondon untuk digayakan bersama. Ini lah masa yang sesuai untuk membuat tema pakaian warna/ fesyen yang sama dengan hanya menempah dari tukang jahit.
7) Rundingan dari tukang jahit
Bagi sesetengah individu yang ingin menempah pakaian tetapi tidak tahu untuk mengenakan fesyen dan saiz yang bersesuaian, anda tidak perlu khuatir dan risau lagi kerana Team Safraa Tailor boleh membantu membuat rundingan dengan anda tentang fesyen yang bersesuaian fizikal anda.
Berpengalaman Menjahit Pakaian Pengantin Dan BridesMaid
Tidak hanya menerima tempahan baju pengantin tetapi juga boleh menjahit pakaian untuk bridesmaid lelaki dan wanita. Untuk baju bridesmaid kalau ada sample kain yang telah disediakan anda hanya menunggu masa untuk di pilih mengikut warna dan jenis yang dikehendaki dan disukai. Mudah bukan?
Pelanggan Safraa Tailor berpuas hati dengan kerja mereka. Lihat Testimoni :
Mahukan Servis Membuat Pakaian Pengantin Upah Berpatutan & Hasil Berbaloi? Tempahlah Sekarang Dengan Safraa Tailor!
Bagi yang masih buntu untuk memilih rekaan baju pengantin, jangan risau jangan khuatir kerana team Safraa Tailor senantiasa bersiap sedia untuk membantu memberikan anda khidmat nasihat atau rundingan terbaik dalam pemilihan design baju pengantin. Mengenai harga pula bergantung pada jenis material dan design yang anda mahu.
Hubungi team Safraa Tailor sekarang di :
0 KOmen: