Cara Buka Akaun ADAM50

12/18/2019 01:49:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

Khas untuk baby yang lahir tahun 2018 sehingga 2022. Amiklah peluang ni. Daftar bawak salinan sijil lahir baby je. Pastu automatik baby dapat RM200 dalam ASNB. Cukup umur 18 boleh bawa keluar


CARA UNTUK BUKA AKAUN ADAM

Permohonan ADAM50 boleh dibuat di mana-mana cawangan ASNB atau ejen rasmi ASNB seperti:

  • Maybank
  • Maybank Islamic
  • CIMB
  • CIMB Islamic
  • RHB
  • RHB Islamic
  • Pos Malaysia
  • Bank Simpanan Nasional
  • Affin Bank
  • Alliance Bank
  • AmBank
  • AmBank Islamic

Pemohon perlu membawa bersama beberapa dokumen yang diperlukan semasa pendaftaran iaitu:

  • Kad pengenalan (MyKad) ibu/bapa/penjaga berdaftar
  • MyKid bayi atau Sijil Kelahiran
  • Sebarang dokumen sokongan seperti Surat Pertalian Darah, perintah mahkamah dan lain-lain jika penjaga berdaftar bukan dalam kalangan ibu atau bapa bayi

Selepas permohonan diluluskan, wang simpanan bernilai RM200 akan dikreditkan ke akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi bayi Bumiputera atau akaun Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) bagi bayi bukan Bumiputera.

Kemudian jika ada duit raya baby, boleh ja masukkan dalam akaun tu. Duit tu akan membiak sbb dalam asb kan. Mestilah ada dividen tahunan. Tup tup bila baby dah 18 tahun, berapa dah duit baby. Nak sambung belajar masuk IPTA, senang! parent tak sakit kepala, sebab duit dah ada. hiks!


You Might Also Like

0 KOmen: