Baju T-Shirt Berkualiti Tinggi Dan Selesa Dipakai | BOXY

2/11/2020 03:31:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

Assalamualaikum... Hai!

Memakai baju yang selesa ketika melakukan aktiviti diluar sangat penting bukan? Fara yakin setiap orang tidak kira lelaki mahupun wanita akan memakai pakaian yang selesa untuk memudahkan pergerakan mereka sepanjang hari.


Zaman sekarang ni juga pemakaian jenis t-shirt memang menjadi trendy dalam kalangan rakyat malaysia kerana ianya lebih nampak kemas dan simple. Jika tiada mood nak pakai dress, baju berkolar atau baju berbutang selepas penat seharian bekerja, baju jenis t-shirt menjadi pilihan utama Fara.

Kalau korang perasan, terdapat banyak design t-shirt yang ada dipasaran sekarang kerana t-shirt ini senang digayakan bersama seluar jeans dan juga seluar biasa. Dipendekkan cerita, sedang seronok Fara survey website untuk membeli baju t-shirt terjumpa pula dengan website https://www.boxy.my/ (BOXY)

Serba Sedikit Mengenai BOXY

Kedai Online Dalam Talian Malaysia iaitu BOXY menjual pelbagai jenis T-Shirt seperti Polo Shirt, T-Shirt Plain, Microfiber & Cotton T-Shirt. Perkara menarik mengenai BOXY adalah material kain yang digunakan untuk kesemua koleksi baju mereka adalah dari bahan berkualiti tinggi.

https://www.boxy.my/

Ketiga-tiga koleksi dari BOXY ini mempunyai pelbagai pilihan warna yang boleh korang pilih. Difahamkan, BOXY mempunyai 24 jenis warna kesemuanya dari warna gelap hinggalah warna seakan pastel. Oh ya, koleksi baju BOXY ini sesuai untuk lelaki dan wanita (unisex)

Jenis-jenis T-shirt BOXY




Microfiber Shirts
  • Microfiber T-Shirt
  • Microfiber T-Shirt Short Sleeves
  • Microfiber T-Shirt Long Sleeves
  • Pro-Series Microfiber
  • Microfiber Youth Series

Cotton Shirts
  • Premium Cotton Casual Tee

Polo Shirts
  • Microfiber Polo Shirts
  • Cotton Polo Shirts


BOXY Menjual Koleksi Pakaian T-Shirt Pada Harga Mampu Milik

Selalunya persoalan utama ketika nak membeli t-shirt ni adalah berkaitan dengan harga. Ramai beranggapan lagi mahal kualiti kain lagi mahal lah t-shirt yang korang nak beli tuu. Sebenarnya, kain t-shirt yang berkualiti ada dijual pada harga mampu milik dan murah. Mungkin korang belum jumpa lagi website yang menawarkan harga t-shirt murah tapi kain berkualiti tinggi.

Harga murah dalam RM9.90 Sahaja

Sebelum membeli sesuatu barang mesti kita tengok review dulu kan? lagi-lagi nak membeli t-shirt di sebuah website yang jarang di kenali macam BOXY ni mestilah timbul perasaan was-was. Fara beranikan diri beli t-shirt jenis microfiber short sleeves 2 helai dahulu. Dalam 2 ke 3 hari Alhamdulillah baju yang dibeli selamat sampai ke tangan.

ni baju Fara beli - Long Sleeves T-Shirts (Microfiber)


jahitan sangat kemas. kain tak panas

Perasaan pertama masa unboxing parcel terus suka dengan kualiti baju BOXY. Apa yang Fara perasan, koleksi baju dari BOXY menggunakan material kain yang berkualiti tinggi bukan sahaja untuk baju t-shirt mircofiber malah semua jenis baju koleksi BOXY yang lain menggunakan material kain yang berkualiti tinggi.

Baju Berkualiti Tinggi Tapi Harga Murah! Semua orang suka beli t-shirt berkualiti tinggi pada harga murah/mampu milik. Boleh dikatakan Fara sangat berpuas hati dengan kualiti dan harga t-shirt dari BOXY.

Kenapa T-Shirt BOXY menjadi Pilihan?



Bahu –  jahitan bahu di tshirt berada dengan sempurna di tepi bahu

Lengan – Tidak terlalu Fit disekitar lengan 

Labuh – Labuhnya cukup panjang untuk diselipkan ke dalam seluar. Tetapi tak terlalu labuh nanti kain berkumpul didalam seluar.

Leher – Leher tidak terlalu luas atau ketat.

Sesuai dipakai ketika Bersukan/Beriadah


T-shirt sepatutnya tidak terlalu ketat untuk pergerakkan selesa, manakala yang ketat sesuai untuk aktiviti bersukan. Fara pilih t-shirt tidak terlalu ketat dan tidak pula terlalu longgar.  Kain jenis microfiber ni amat selesa dipakai dan biasanya digunakan untuk aktiviti sukan atau aktivi luar. Mostly orang akan gunakan jenis ni untuk buat jersi. Kain ni mahal dari kain Tetra Cotton, Lacoste & Cotton 100% sebab bahan digunakan untuk kain ini sangat lah mahal and berkualiti tinggi. Yelaa... jenis kain untuk aktiviti lasak haruslah in best quality. Tapi jangan pelik bila BOXY menjual baju jenis microfiber ni pada harga tak masuk akal! memang murah dan berkualiti tinggi

Kenapa Pilih T-Shirt Microfiber daripada baju cotton biasa?



  • Senang serap peluh untuk aktiviti outdoor.
  • Lebih ringan kalau masuk dalam air. Kalau cotton kena air, berat sikit kalau nak bergerak sebab cotton lebih serap air berbanding microfiber.
  • Cepat kering kalau basah & kena air.
  • Ada sesetengan brand, baju microfiber ni diaorang ada anti odor atau anti peluh. So, tak berbau kalau berpeluh.
  • Lebih elastik & boleh menegang kalau berat badan sedikit naik.
  • Pergerakan lebih ringan.

Kalau korang berminat dengan T-Shirt BOXY boleh terus ke Website Mereka di :






You Might Also Like

0 KOmen: