Amalan doa sebelum masuk ke hutan
Hutan adalah tempat tinggal utama bagi para Jin terutama Jin Kafir & binatang buas.Jangan sesekali lafazkan "Tok, cucu tumpang masuk hutan ye, tolong jangan kacau" & seumpamanya kerana hukumnya syirik
Doa ketika melangka masuk ke hutan. Setiap langkah di baca doa "Salamun a'la sulaiman fil a'lamin" yg bermaksud Salam sejahtera ke atas Nabi Sulaiman. Setiap langkah dibaca 1x sehingga 7 langkah.
Sesungguhnya Jin sangat takut akan Nabi Sulaiman dan gerun mendengar nama Baginda. Amalkan ayat itu. Insyallah dengan izinNya tidak akan ada sebarang gangguan ke atas kita.
Amalan doa sebelum masuk ke hutan
بِسْمِ اللهِ الذِّي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ
bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama'ie wa huas sami'un alim
"Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi)bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
Barangsiapa membaca sebanyak tiga (3) kali, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika waktu subuh sebanyak tiga (3) kali, dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya
(Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan Ahmad)
Doa untuk mengelakkan haiwan buas atau binatang berbisa
"Salamun a'la nuhin fil a'lamin"
-Salam sejahtera ke atas Nabi Nuh-
0 KOmen: