Beli Baju Muslimah Murah Dan Berkualiti di Salma For You
Fesyen berputar mengikut peredaran zaman. Setiap tahun ada saja rekaan serta potongan diketengahkan sehingga mendapat liputan meluas pelanggan. Dan pada hari ini, masyarakat kita semakin terdedah dengan kepelbagian pemikiran, budaya dan ekspresi diri termasuk dalam fesyen. Pelbagai fesyen baru datang bagi mengembangkan cara berpakaian dan industri fesyen wanita muslimah turut menerima tempiasnya.
Siapa kata gadis Muslimah tidak tahu tentang fesyen? Jika diperhati, mereka gemar mengikuti trend fesyen terkini malah fesyen jalanan atau hipster turut menjadi ikutan gadis-gadis sekarang dan menjadi alternatif bagi yang ingin menutup aurat mereka dengan gaya penuh berketerampilan untuk apa sahaja tujuan, masa dan tempat.
Salma For You Menampilkan Koleksi Baju Muslimah Mengikut Syariah Islam
Islam tidak menentukan fesyen atau bentuk pakaian asalkan tidak melanggar hukum syarak yang telah ditetapkan. Salma For You antara butik terkenal di mana mereka senantiasa menampilkan koleksi terbaru yang patuh syariah islam. Bagi mereka, pelbagaian gaya fesyen yang muncul berjaya meledakkan arus fesyen tanah air dan angin ketaksuban gaya tersebut turut terkena tempias kepada koleksi Baju Muslimah mereka yang menitikberatkan penjagaan aurat wanita.
Konsep Kasual Relaks Dalam Rekaan Setiap Rekaan Baju Muslimah Salma For You
Berkonsepkan kasual relaks dan digabungkan dengan elemen trendy terkini untuk golongan berhijab, setiap koleksi yang dihasilkan adalah 100 peratus direka sendiri. Tiada perincian yang berlebihan, manakala material yang digunakan setakat ini adalah dari jenis cotton bagi memastikan pelanggan selesa dengan penampilan yang dibawa. Bukan semua busana dengan potongan tertentu sesuai untuk kita walaupun kelihatan cantik, disebabkan itulah rekaan yang dihasilkan lebih bersifat universal dan sesuai digayakan oleh pelbagai bentuk badan.
Rekaan Ringkas Namun Cantik Mata Memandang
Rekaan moden, tapi minimalis tetap menjadi pilihan untuk wanita muda kerana di samping mahu tampil ringkas, busana sebegini sesuai dijadikan pilihan ke pejabat mahupun santai.
Koleksi sedia dipakai rekaannya ringkas bersesuaian dengan gaya hidup wanita moden, malah rekaan itu berdasarkan matlamatnya iaitu sesuatu yang akan digayakannya sendiri dan diterima ramai dalam jangka masa panjang. Dengan menggunakan pakaian yang selesa dipakai, yang mudah tetapi masih kelihatan anggun dan elegan itu sudah sangat kelihatan dalam koleksi mereka.
Fabrik Tidak Panas Dan Tidak Melekap Pada Badan
Fabrik memainkan peranan penting dalam pemilihan pakaian Muslimah lebih-lebih lagi jika ingin digayakan di negara yang bercuaca panas seperti Malaysia. Fabrik dari cotton menjadi pilihannya dalam kebanyakan rekaan Salma For You kerana selain ringan, ia menyerap peluh dan tidak melekap pada tubuh menjadikannya sesuai digayakan Muslimah. Salma For You juga akan memastikan setiap pemilihan dari segi jenis fabrik, rekaan dan potongan akan menepati kehendak syariat dan terletak cantik pada tubuh si pemakai
Baju Muslimah Labuh Menutup Aurat
Keistimewaan Islam sebagai cara hidup menyediakan panduan umatnya termasuk menggariskan etika berpakaian yang penuh keterampilan. Oleh itu, dalam memperkatakan mengenai fesyen sesuai untuk Muslimah, kita tidak sepatutnya mengongkong fikiran dengan menggambarkan pilihan yang terhad kerana sudah jelas Islam tidak menentukan fesyen atau bentuk pakaian.
Oleh itu, sama ada berhijab atau tidak, potongan yang direka oleh Salma For You dipastikan supaya longgar, tidak melekap dan mempunyai ciri khas seperti mesra wuduk dan mesra penyusuan bayi. Setiap rekaan akan dilonggarkan di sesetengah bahagian seperti ketiak, punggung, dada, pinggang dan melabuhkan sedikit di bahagian lengan, tetapi dalam masa yang mempunyai flow supaya mereka yang menutup aurat masih dapat berfesyen.
Rekaan Saiz Baju Dari Saiz XS Hingga 3XL Dan Pelbagai Pilihan Warna
Selain itu, rekaan baju dari Salma For You akan memastikan semua wanita bertubuh kecil hingga besar dapat menggayakan pakaian ini dengan menawarkan saiz dari S hingga XL. Didatangi dengan pelbagai warna pilihan menarik seperti merah, biru, ungu, hijau, hitam, kelabu dan banyak lagi membuatkan pelanggan tidak perlu rungsing dengan pemilihan warna kegemaran mereka
Salma For You Memastikan Koleksi Busana Mereka Menepati Syariah Islam
Perkembangan fesyen memang mempengaruhi cara wanita berpakaian dalam apa jua lapangan. Aspek yang penting dalam berpakaian ialah memilih fesyen yang kita suka dan memastikan ia tidak berlawanan dengan hukum syarak. Dalam membicarakan soal pakaian wanita kontemporari, Islam tidak menetapkan fesyen pakaian atau warna tertentu yang boleh dipakai wanita Muslim. Hanya yang ditetapkan ialah aurat wanita adalah keseluruhan tubuh badannya, kecuali bahagian muka dan telapak tangan. Pakaian wanita Islam perlu mengikut garis panduan syarak antaranya:
- Pakaian itu hendaklah menutup aurat
- Pakaian hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan
- Pakaian itu diperbuat daripada kain yang tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan.
- Pakaian mereka dibuat daripada kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya.
- Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang yang melihatnya serta mendatangkan fitnah
- Pakaian tidak menyerupai lelaki
- Memakai pakaian menutup aurat, menunjukkan harga diri sebenar seorang wanita yang penuh ----keterampilan
Salma For You Menjadi Pilihan Baju Muslimah Berfesyen Mengikut Syariah Islam Terbaik Masa Kini
Dalam konteks di Malaysia, kemunculan dan perkembangan fesyen yang cukup pesat dengan pelbagai jenama busana Muslimah memang boleh dibanggakan. Perkembangan ini adalah suatu trend fesyen yang menjadi alternatif terbaik wanita Islam yang ingin menutup aurat mereka dengan gaya yang penuh berketerampilan untuk pelbagai tujuan, masa dan tempat. Bentuk rekaan koleksi Salma For You begitu kontemporari tetapi labuh, longgar dan tidak jarang. Idea yang terkehadapan tetapi masih menutup badan, kreatif, praktikal, komersial dan sesuai dipakai oleh semua muslimah..
Pakaian yang begitu cantik, elegant serta menutup aurat dengan begitu sempurna sekali. Berminat dengan koleksi Salma For You? Hubungi mereka segera di talian di bawah :
Hubungi : 019 950 1877
0 KOmen: