Penapis Air Cuckoo atau Coway? Ini pengalaman saya

5/29/2020 11:58:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

“Alhamdulillah sudah 4 bulan lebih kami sekeluarga menggunakan penapis air. Dah lama saya mengidamkan penapis air di rumah. Saya masih ingat betapa teruknya keadaan kami dulu apabila menggunakan cara tradisional untuk masak air. Cara tradisional maksudnya bukanlah saya masak air guna kayu api tau... jangan salah faham. Tetapi tradisional yang saya maksudkan, kami pernah menggunakan cerek eletrik dan masak air guna periuk atas dapur. Dengan penapis air yang ada sekarang, masalah-masalah yang memeningkan kepala selesai!”


Semuanya berlaku apabila saya balik ke kampung suami. Tengok mak mertua pakai penapis air baru. Tekan-tekan air terus keluar. Nak bancuh susu anak pun mudah. Siap boleh pilih nak air panas atau sejuk. Terus saya beritahu suami nak satu penapis air macam rumah mak mertua. Nasib baik suami memahami. Tapi pening juga nak pilih penapis air mana yang sesuai. Masing-masing ada baik dan buruknya

Antara Penapis Air Cuckoo Dan Coway Mana Paling Bagus?
Tak tahu nak pilih Cuckoo atau Coway? Tidak dinafikan kedua-dua jenama penapis air popular iaitu cuckoo dan Coway ada kelebihan dan pasti ada kekurangannya bukan,jadi lebih elok saya perincikan lagi perbandingan antara 2 jenama ini. Diharap dapat membantu anda dalam proses perbandingan untuk memiliki penapis air pertama anda.

1. JENIS TAPISAN



Cuckoo: Nano Positive
Teknologi Nano Positive satu teknologi tapisan air yang menapis hampir keseluruhan kekotoran dan benda asing berbahaya didalam air dengan meninggalkan hanya bakteria berguna dan garam mineral yang diperlukan oleh tubuh.

Coway: Reverse Osmosis
Melalui sistem tapisan Reverse Osmosis,ia akan menapis sehingga 99.99% bakteria dan juga benda asing didalam air.Namun kekurangan sistem Reverse Osmosis adalah tapisan ini turut menyingkirkan mineral dan bakteria yang baik diperlukan oleh tubuh.

2.KUALITI AIR DAN PH AIR

Cuckoo :Air Mineral Beralkali
Dengan teknologi Nano Positive Filter,penapis air Cuckoo menghasilkan air bermineral dan beralkali ringan,dimana dengan teknologi ini,mineral yang baik untuk tubuh akan dikekalkan.Air yang ditapis oleh penapis air Cuckoo adalah selamat dan sihat kerana kandungan alkali ringan serta kandungan mineralnya.Kadar pH air yang ditapis oleh penapis air Cuckoo adalah sekitar 7.0 (Natural) hingga 8.0 (alkali ringan).Tahap pH air yang ditapis oleh penapis air Cuckoo juga bergantung pada kualiti sumber air di rumah anda.Sebagai contoh sekiranya pH air di rumah anda adalah sekitar pH7.4 sebelum ditapis oleh penapis air Cuckoo, maka selepas proses penapisan pH juga adalah sekitar pH7.4 (7.3, 7.4, 7.5)

Coway: Air Reverse Osmosis (RO)
Coway menggunakan sistem tapisan Reverse Osmosi dimana ia menapis hampir semua benda asing juga mineral dan zat galian didalam air tersebut.Jadi sistem tapisan Coway terdapat kekurangannya berbanding penapis air Cuckoo.Membran RO adalah sekitar 0.0001 micron, sangat halus.pH air yang ditapis oleh penapis air Coway adalah sekitar pH 6.0 hingga pH 6.9.

3. TEMPOH ISIAN SEMULA AIR DALAM TANGKI


Cuckoo: Tempoh isian semula air ke dalam tangki penapis air Cuckoo adalah sangat pantas. Sekitar 300ml ke 500ml seminit.Ini antara sebab Cuckoo tidak memerlukan tangki air yang besar kerana tempoh untuk refill/isian semula ke dalam tangki adalah sangat pantas.Walaupun tangki tidak besar, namun ia sangat efektif dan memudahkan.Tak perlu tunggu tempoh lama untuk refill semula air ke dalam tangki.

Coway: Menggunakan sistem Reverse Osmosis (RO) yang mana ia agak mengambil masa untuk isian semula ke dalam tangki air.Kelebihannya yang memiliki tangki air yang besar, namun tempoh isian semula yang agak lambat menyebabkan tempoh menunggu untuk tangki air penuh, proses penyejukan dan pemanasan air juga terkesan.Namun ia tidak menjadi masalah sekiranya tangki sudah penuh.

4. PEMBUANGAN AIR


Cuckoo: Teknologi Nano Positive Filtration System (rujuk poin no 1) tidak memerlukan penapis air jenama Cuckoo untuk ‘membuang’ air ke dalam sinki. Tiada tiub khas pembuangan air dipasang pada penapis air.Cuckoo TIADA pembuangan air.

Coway: Sistem reverse osmosis kebiasaannya memerlukan air untuk dikeluarkan daripada mesin penapis air. Satu tiub khas akan dipasang pada penapis air untuk dikeluarkan semula ke dalam sinki.

5. Kualiti Air

Sebab utama kenapa orang memilih untuk mempunyai penapis air di rumah mereka adalah kerana kualiti tapisan. Mereka tidak mahu bendasing masuk ke dalam air mereka yang boleh menyebabkan buah pinggan mereka menderita dengan bekerja sepanjang masa. Cukuplah dengan kandungan gula yang anda telan setiap hari, rehatkan buah pinggang anda dengan meminum air suling.

Tapisan Coway sehalus 0.0001 micron
Penapisan RO akan menapis kesemua bahan didalam air termasuk mineral dan heavy metal yang sangat berbahaya kepada tubuh manusia.

Tapisan Cuckoo 0.01 micron. (tidak sehalus RO)
Penapisan ini tidak akan menapis sebarang mineral atau heavy metal/negative ion yang berbahaya kepada tubuh badan manusia. 

Antara faktor paling besar kenapa harga Cuckoo lebih mahal daripada Coway adalah kerana sistem penapisan yang digunakan,iaitu kos penapis RO sangat tinggi & Coway menghasilkan penapisan RO melalui kilang mereka di Korea Selatan.

Begitulah perbandingan antara penapis air Cuckoo dan Coway. Seperti saya katakan, masing-masing ada kelebihan tersendiri. Buatlah perbandingan mengikut citarasa dan bajet anda sendiri.

You Might Also Like

0 KOmen: