Beli Rak Pokok Bunga Murah Di Shah Alam

6/27/2020 03:47:00 PTG Fara Lumière 0 Comments


Tanaman indoor yang segar sentiasa mencipta suasana istimewa di dalam rumah. Interior rumah dapat terlihat semakin hijau dan menyegarkan jika kita dapat menambahkan tanaman-tanaman hias di dalamnya. Bila pokok indoor telah banyak akan ada pula masalah lain iaitu 'ruang' meletakkan pokok indoor menjadi terhad. Oleh itu, Rak bunga adalah salah satu perabot yang boleh digunakan untuk meletakkan pot-pot bunga tersebut.


Beli Rak Pokok Murah Di Shah Alam

Saban hari semakin ramai peminat pokok indoor bertambah. Masing-masing akan berkongsikan hasil tanaman mereka di sosial media seperti facebook, instagram dan sebagainya. Ada juga yang bertanyakan masalah serta mencari penyelesaian mengenai tanaman mereka yang layu, dimakan serangga perosak dan lain-lain. Selain menambah koleksi indoor plants, ada juga beberapa peminat pokok mencari rak pokok bunga murah.


Ingin Fara maklumkan di sini bahawa Fara dan suami telah membuka tempahan rak bunga yang diberi nama RAK BUNGA PALMA murah di Shah Alam. Ini adalah contoh rak pokok bunga yang kami buat. Rak ini boleh memuatkan sebanyak 6 jenis pokok. Berat yang mampu di tanggung pada setiap para adalah 1-4 kg. Rak ini dibuat sepenuhnya oleh Suami Fara. 

Tempahan Siap Dalam Masa 3 ke 4 Hari 


Buat masa sekarang pelanggan perlu menempah dahulu rak bunga ini. Anggaran masa siap rak adalah dalam tempoh 3 ke 4 hari. Jika dapat siap awal, kami akan memberitahu pelanggan melalui aplikasi Whatsapp. InshaAllah kami akan buat yang ready stock jika semakin banyak permintaan. 

Kami Hantar Rak Bunga Ke Lokasi Terpilih


Mengenai penghantaran pula, pelanggan boleh pilih sama ada nak self pickup atau kami hantar ke lokasi anda. TETAPI bukanlah terus ke pintu rumah anda. Pelanggan perlu memberitahu lokasi yang paling mudah untuk berjumpa. Ianya bertujuan untuk memudahkan proses penghantaran. Setiap caj delivery kami caj RM10 sahaja. Lokasi penghantaran rak bunga seperti di Puncak Alam, Meru, Setia Alam, Klang, Shah Alam, Bukit Kapar, Bukit Raja, dan sekitar Lembah Klang. Untuk lokasi yang tidak dinyatakan boleh buat rundingan dengan kami ya. InshaAllah kami boleh berunding tentang lokasi penghantaran. 

Harga Rak Bunga Palma


Kenapa kami jual murah? Sebab kami tahu pencinta pokok indoor telah banyak berhabis duit beli pelbagai jenis pokok dan juga pasu bunga. Jadi harga yang kami tawarkan kepada pelanggan untuk rak bunga ini hanyalah RM110 Sahaja. Kos delivery pula RM10. 

Kualiti Rak Pokok Bunga Adalah Yang Terbaik Kami Tawarkan


Rak pokok bunga ini sesuai diletakkan di dalam rumah. Kalau letak di luar rumah kami cadangkan letak di kawasan redup seperti di bawah bumbung porch kereta. Elakkan terkena hujan panas untuk mengekalkan kualiti rak ini.

Ukuran Rak Bunga Adalah Seperti Berikut :


Jom Tempah Rak Bunga Sekarang!

Sila whatsapp Fara untuk sebarang pertanyaan atau tempahan ya. Klik je link whatsapp di bawah :

Harga : RM120+RM10-RM40 Delivery





You Might Also Like

0 KOmen: