25 koleksi Resepi Menu Makanan Berpantang Yang Mudah Dimasak Untuk Ibu Selepas Bersalin

9/12/2020 01:46:00 PTG Fara Lumière 1 Comments

Makanan orang berpantang boleh jadi menarik dan sedap kalau kena gaya resepi dan masakannya. Takdelah mengeluh kebosanan terpaksa bersabar menghabiskan 44 hari berpantang kan?Ada ibu-ibu yang seronok berpantang sebab dapat berehat dan dapat menu makan makanan yang sedap, siap pakej kurus sekali.

Penting untuk ibu-ibu selepas bersalin untuk amalkan makan makanan yang berkhasiat. Biasanya kita gelar makanan orang berpantanglah kan. Ini adalah untuk memastikan para ibu akan dapat zat daripada makanan setelah bertarung nyawa selepas bersalin. Banyak darah dan vitamin dalam badan ibu yang keluar setelah melahirkan anak. Resepi makanan berpantang ini boleh dimakan oleh ibu-ibu yang bersalin normal atau ceaser.

Jom lihat 25 koleksi Resepi Menu Makanan Berpantang Yang Mudah Dimasak Untuk Ibu Selepas Bersalin

1. Resepi Ayam Panggang Selera Pantang

17 Resepi Berpantang Selepas Bersalin Yang Mudah Dan Sedap. Suami Pun Boleh  Masak - Pamapedia

Kali ini ialah resepi ayam panggang yang sesuai dengan selera berpantang pula. Macam mana agak-agaknya resepi ayam panggang selera berpantang ini? Mari tengok resepinya di bawah ini.

Bahan-bahan :

500 gm ayam,
½ cawan air,
1 batang serai (diketuk),
1 sudu kecil jintan manis,
1 ½ sudu kecil jintan putih,
Air asam jawa secukupnya,
Garam secukup rasa,
Minyak masak.
Bahan-bahan Kisar :
20 gm halia,
10 gm kunyit hidup,
10 gm lengkuas,
4 biji bawang merah,
2 ulas bawang putih.

Cara-cara :
  • Perap ayam dengan garam bersama setengah bahagian bahan yang dikisar selama 1 jam.
  • Panggang sehingga masak.
  • Panaskan sedikit minyak.
  • Tumis bahan kisar selebihnya hingga naik bau.
  • Masukkan serai, jintan manis, jintan putih, air asam jawa dan garam.
  • Tambah air dan biarkan mendidih. Curahkan ke atas ayam tadi.

2. IKAN TENGGIRI MASAK SINGGANG


Image may contain: food

Bahan-bahan :

1-2 ulas bawang putih
½ cm kunyit hidup
½ cm lengkuas muda
1 keping isi ikan tenggiri
1 sudu besar air asam jawa atau 1 keping asam gelugur
1 batang serai

Penyediaan :
  • Mayang halus bawang putih, halia dan lengkuas muda.
  • Ketuk serai.
  • Di dalam periuk, panaskan 1 cawan air dan masukkan kesemua bahan.
  • Setelah mendidih, masukkan isi ikan dan perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
Nota:
Pantang Bersalin dilarang letak Lada
Pantang Diet, lada dibenarkan.


3. SUP LOBAK PUTIH


Image may contain: food

Bahan-bahan :

½ ekor ayam
1 batang lobak putih
2-3 ulas bawang putih
2-3 ulas bawang merah
½ inci halia
1 paket perencah sup sayur
1 kiub pati ayam

Penyediaan :
  • Hiris nipis bawang putih, bawang merah dan halia. Tumis dengan sedikit minyak.
  • Isi 3 cawan air, isi ayam dan perencah sup.
  • Setelah mendidih, masukkan kiub ayam dan perasakan dengan serbuk lada hitam dan garam.
  • Masukkan lobak putih yang dihiris bulat.
  • Boleh hias dengan bawang goreng atau daun sup untuk dihidang,

Nota kaki :Lobak putih sesuai dihidang sebagai menu berpantang kerana membantu menambahkan kuantiti susu badan. Ia juga mampu merawat masalah penghadaman, kencing tidak lawas dan darah tinggi.

4. IKAN TENGGIRI GRILL


Image may contain: food

Bahan-bahan :

1 keping isi ikan tenggiri
½ inci kunyit hidup
1 sudu kecil lada hitam
Sedikit garam

Penyediaan :
  • Tumbuk kunyit hidup bersama lada hitam dan garam.
  • Lumur pada isi ikan. Perap selama 1-2 jam.
  • Grill isi ikan sehingga masak.

Nota kaki :Ibu-ibu amat digalakkan untuk mencampurkan lada hitam dalam penyediaan menu berpantang mereka untuk memanas dan menyegarkan badan. Malah ia juga membantu mengelakkan kembung perut pada bayi.

5. SUP IKAN


Image may contain: food

Bahan-bahan :

Isi ikan (jenahak/merah/siakap/tenggiri)
2 biji bawang putih
2 biji bawang merah
1 cm halia
Kayu manis, bunga lawang dan pelaga
Sup bunjut ikan
Lada hitam
500 ml air
Lobak merah/lobak putih/sawi/bunga kubis)

Penyediaan :
  • Lumur isi ikan dengan garam. Boleh goreng ikan terlebih dahulu jika suka.
  • Kisar bawang putih, bawang merah dan halia dan tumis sebentar dengan sedikit minyak.
  • Masukkan kayu manis, bunga lawang dan pelaga. Kemudian masukkan air dan sup bunjut ikan.
  • Masukkan isi ikan dan sayur.
  • Perasakan dengan garam dan letak sedikit lada hitam serta daun sup.


6. SERUNDING HALIA


Image may contain: food

Bahan-bahan :

Halia
Lada hitam – ditumbuk halus
Ikan bilis segenggam – digoreng
Bawang putih – digoreng
Garam

Penyediaan :
  • Halia disagat halus, diperah dan ditapis airnya.
  • Goreng halia dengan api sederhana sehingga garing. Toskan minyak.
  • Setelah itu, gaul sekali dengan ikan bilis goreng, bawang goreng, lada hitam dan perasakan dengan garam.
  • Serunding halia boleh dihasilkan dengan banyak dan disimpan dalam bekas kedap udara.

7. DAGING MASAK HALIA BERSAWI


Image may contain: food


Bahan-bahan

1 mangkuk daging batang pinang
Sawi , carrot
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cm halia muda

cara penyediaan

Daging perap dengan minyak bijan sikit .Tumis bawang besar, putih & halia dengan sedikit minyak. Dah naik bau masukkan daging. Biar masak kejap. Letak air sikit utk jadikan kuah, kemudia masukkan sawi & carrot. Perasakan dgn garam dan lada hitam tumbuk


8. IKAN SENANGIN BAKAR


Image may contain: food


Bahan-bahan :

Olive oil
Sekeping ikan senangin
Bawang putih ( hiris2)
Halia ( hiris2)
Serbuk lada hitam ( kasar )
Serbuk kunyit
Garam halus

Cara penyediaan : 
  • Bersihkan ikan dgn air asam jawa. Perap dgn bahan2 diatas kecuali bawang putih Dan halia.boleh balut pakai daun pisang atau daun kunyit.
  • Panas kan olive oil dlm non stick pan / pemanggang ajaib.Grill ikan tadi smp garing. Utk ikan mcm ni wife suka garing2. Dah masak ketepikan.
  • Goreng halia Dan bawang putih sehingga garing. Siap!! Hidangkan dgn nasi panas Dan sup sayur sawi.

9. IKAN BAWAL / SIAKAP KUKUS HALIA


Resipi Mudah Siakap Stim Limau Pedas Gaya Kak Lina Pompom

BAHAN-BAHAN

1 ekor ikan siakap (disiang dan dibersihkan)
6 ulas bawang putih (dihiris halus)
2 inci halia (dihiris halus)
2-3 biji limau nipis (ambil jusnya)
1 sudu makan sos ikan
sedikit air
garam
hirisan daun sup
3-4 biji cili api (dihiris/diketuk)

CARA-CARA

Sediakan pengukus. Jerangkan airnya.
Lumurkan ikan dengan garam secukupnya dan letak di dalam bekas tahan panas.
Kemudian taburkan bawang dan halia yang sudah dihiris tadi di atasnya. Kukus sehingga 1/2 masak.
Setelah itu, masukkan sos ikan, sedikit air, cili padi dan jus limau nipis. Kukus lagi hingga masak.
Setelah masak, taburkan daun sup dan biarkan ia merenih sebentar.
Hidangkan bersama nasi putih

10. SUP AYAM BEREMPAH / SUP DAGING BEREMPAH


Resepi Sup Ayam Pekat Rempah Sendiri

BAHAN-BAHAN

2 ketul ayam
Sekeping halia dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
2 ulas bawang kecil dihiris
Sebatang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
Sekuntum bunga lawang
Sesudu teh lada hitam ditumbuk
Sesudu teh biji ketumbar
Sedikit lobak merah didadu
Hirisan daun bawang dan daun sup
Sesudu besar rempah kurma dicampur sedikit air
Air
Garam
Sup bunjut Adabi

CARA-CARA

Didihkan air di dalam periuk bersama sup bunjut adabi. Masukkan halia, bawang kecil, bawang putih dan kesemua rempah. Masukkan rempah kurma dan kacau seketika. Masukkan ayam dan kacau seketika sehingga rempah sebati dengan isi ayam. Biarkan air mendidih. Masukkan lobak merah dan biarkan merenih sehingga lobak empuk. Perasakan dengan lada hitam dan garam. Masukkan daun sup dan daun bawang. Biarkan merenih seketika dan hidangkan

11. DAGING GORENG KUNYIT


Resepi Daging Goreng Kunyit

BAHAN-BAHAN

250gm daging lembu (Dihiris nipis)
1 biji bawang besar (Dipotong bulat)
1 inci kunyit (Ditumbuk halus)
2 sudu besar minyak jagung
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak

BAHAN DIPOTONG SERONG

1/2 biji cili merah
1/2 biji cili hijau

CARA PENYEDIAAN

1) Perap daging bersama kunyit dan garam selama 20 minit.
2) Masukkan daging dalam kuali bersama sedikit minyak dan air.
3) Rebus daging hingga empuk.
4) Masukkan bawang besar,cili merah dan cili hijau.
5) Kacau sekata sebelum diangkat.

Info
Selain serat yang tinggi pada daging lembu,ia juga membekalkan pelbagai mineral penting untuk tubuh

12. PAIS IKAN TENGGIRI


Resipi Pais Ikan Yang Mudah & Sedap. Masak Guna Kuali Je.

BAHAN-BAHAN

2 ketul ikan tenggiri
3 biji bawang merah
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil asam jawa (campurkan 3 sudu besar air)
3 helai daun pisang (dilayur)
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN YANG DITUMBUK

3 biji bawang merah
1 biji cili merah
1 ulas bawang putih

CARA PENYEDIAAN

1) Satukan bahan-bahan yang ditumbuk dengan air asam jawa,serbuk kunyit dan garam.
2) Lumurkan pada ikan hingga rata.
3) Perapkan selama 30 minit.
4) Bungkus ikan dengan daun pisang.
5) Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah Celcius sehingga masak.

Info
Resepi ini membekalkan protein untuk tenaga,berupaya untuk mencantikkan kulit dan meningkatkan suhu badan.

13. IKAN BILIS BERKUNYIT


Resepi Sambal Ikan Bilis Berkunyit – DianeSera.com

BAHAN-BAHAN

50 gm ikan bilis (digoreng)
20 gm ibu kunyit
2 sudu kecil lada hitam
Pucuk pegaga atau daun selom secukupnya

CARA PENYEDIAAN

1. Tumbuk kasar ikan bilis bersama ibu kunyit dan lada hitam.
2. Siap untuk dimakan bersama ulam ulaman.


14. KARI IKAN (TANPA SANTAN) 

Resepi Kari Ikan Merah Mamak

Bahan-bahan :

Ikan
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Halba campur
Daun kari
Air asam jawa
Kari ikan
Tomato
Air

Cara-cara :

1) Tumis bawang putih, bawang merah, halia, halba campur dengan sedikit minyak.
2) Masukkan tomato dan daun kari, masak sehingga layu.
3) Masukkan kari ikan.masak sehingga pecah minyak.
4) Masukkan air,ikan dan air asam jawa
5) Bile ikan dh masak..masukkan garam..tunggu sehingga mendidih..siap


15. SUP KURMA MERAH

Resepi Mudah: Sup Ayam Dengan Kurma Merah | ctfand.com

Bahan-bahan :

500ml air
100gm dada ayam (dipotong kiub)
50gm ikan bilis
20gm kacang hitam
20gm kurma merah
Garam secukup rasa

Bahan-bahan dihiris halus :

10gm halia
10gm bawang putih

Cara Penyediaan :

1) Panaskan air dan masukkan bahan-bahan yang dihiris halus.
2) Rebus kesemua bahan hingga mendidih.
3) Tunggu sehingga ayam empuk sebelum dihidangkan.


16. SAWI TUMIS AIR

Resepi Lauk Untuk Orang Berpantang

Bahan-bahan :

Seikat sawi
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit ikan bilis yang sudah dikopek dan dibersihkan
Sedikit minyak untuk menumis

Cara Penyediaan :

1. Panaskan kuali dengan api sederhana.
2. Tumiskan sekejap bawang putih,bawang merah dan ikan bilis.
3. Masukkan air ke dalam kuali.
4. Kemudian letakkan sayur sawi dan serbuk lada hitam.
5. Kacau sebentar dan tutup selama 2 – 3 minit.
6. Tumis sehingga sayur separuh layu.
7. Siap untuk dihidangkan.

17. Kerabu pegaga

Dapur Kecil Norul: Kerabu Pegaga

Bahan-bahan :

Ikan bilis (ditumbuk - tapi x perlu hancur sangat)
Bawang besar (ditumbuk)
Sedikit halia (ditumbuk)
sedikit garam
Sedikit lada hitam (ditumbuk)
lobak merah dipotong halus (x nak letak pun x pe...saya letak sebagai penyeri )
pegaga ( dipotong - tp jgn potong terlalu halus)

Cara-Cara :

1. Sangai (goreng tanpa minyak ) semua bahan2 diatas (kecuali lobak)
2. Bila bahan yg disangai tadi masak..tambah sedikit garam (kl x nk letak garam pun x pe...sebab ikan bilis tu kan dah masin...terpulang lah ye)...then angkat dari dapur..
3. Di dalam bekas yg lain..masukkan pegaga dan lobaknmerah..then campurkan bersama bahan yg disangai tadi....
4. Gaul pegaga, lobak dan bahan yg disangai tadi sehingga sekata semuanye..siap

18. Ayam stim daun kari

Ringkas Tapi Cukup Menyelerakan, Resipi Ayam Kukus Halia Sesuai Untuk Satu  Keluarga

Bahan-bahan :

Bawang besar, bawang putih, halia, kunyit, serai dan lada hitam (tumbuk semua bahan)
Sedikit daun kari
Sedikit garam
Sedikit air
Seketul Ayam

Cara-cara :

1. Gaulkan ayam dgn bahan yg ditumbuk tadi.
2. Letak daun kari, tambah garam dan sedikit air.
3. Kukus sehigga masak.

19. Sambal Lada Hitam Tok Tok

No photo description available.

Bahan-bahan :

Ikan bilis
Bawang merah
Bawang putih
Bawang holland besar
Lada hitam

Cara-cara 

1. Layurkan kesemua bahan tu.
2. Kemudian tumbuk dgn sedikit garam.


20. NASI GORENG CINA

Resepi Asia - Resepi Nasi Goreng Cina (Patuh Syariah) Untuk Kes Emergency

Bahan-bahan :

Nasi putih
Carrot potong dadu
Bawang putih
Bawang merah hiris nipis
Daun bawang hiris
Minyak bijan

Cara-cara :

1. Panaskan minyak bijan. Tumis bawang.
2. Masukkan carrot, dah masak kemudian masukkan nasi.
3. Goreng hingga sebati. Last masukkan daun bawang yg dihiris.


21. SALMON SPAGHETTI AGLIO OLIO

Crispy skinned salmon with aglio olio spaghetti | Olio recipe, Aglio olio,  Spaghetti recipes

Bahan-bahan :

Salmon slice
Spaghetti
Capsicum merah hijau kuning (sikit) potong dadu
Bwg putih cincang halus
Carrot hiris or potong dadu
Lada kering sikittt (potong suka hati)

Cara-cara :

1. Celurkan spaghetti kemudian tos and ketepikan.
2. Perasakan salmon dgn salt, blackpepper & chili powder sikit then grill. Dh siap grill then potong dadu salmon tu.
3. On the other hand, tumis bawang putih hingga naik bau,
4. Then masukkan lada kering, then masukkan carrot and capsicums. Gaul sebati and tumis sampai sparuh masak.
5. Then masukkan spaghetti yg dah dicelur, gaul sebati seasoned with salt & blackpepper. 6. Dah sebati, masukkan salmon yg dh dipotong-potong.


22. AYAM UNGKEP LADA HITAM

Resipi Lazat Dan Sihat 'Ayam Ungkep' Tanpa Santan

Bahan-bahan :

Ayam
Bawang putih - kisar
Bawang merah - kisar
Halia - kisar
Kunyit - kisar
Ketumbar - kisar
Jintan - kisar
Serai - ketuk
Lada hitam
Air asam jawa

Cara-cara :
1) Tumiskan bahan kisar dengan sedikit minyak hingga naik bau.
2) Masukkan serai yang diketuk, tumis hingga garing.
3) Kemudian masukkan ayam dan air (ikut nak kuah banyak mane).
4) Tutup kuali dan biarkan ayam masak
5) Bila ayam dah masak,masukkan garam,asam jawa dan lada hitam..gaul sebati..siap

** kalau taknak tumis..masukkan sume bahan dlm kuali,tutup kuali,masak sehingga ayam masak.


23. AYAM MASAK BIJAN

Resepi Ayam Goreng Korea Rangup Dan Sedap

Bahan-bahan :

1/2 ekor ayam
2 ketul daging ayam
1-2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar minyak bijan
Bijan goreng secukupnya
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN DIHIRIS

30gm halia tua dihiris

Cara-cara :

1) Masuk kesemua bahan kecuali daun pegaga di dalam periuk dan kacau sehingga mendidih.
2) Perlahankan api dan biar kuah pekat.
3) Masukkan daun pegaga sebelum diangkat.

24. KAILAN IKAN MASIN

RESEPI KAILAN IKAN MASIN

Bahan-bahan :

Ikan masin
Kailan
Bawang putih
Bawag merah
Garam
Sedikit gula
sedikit air

Cara-cara :

1) Goreng ikan masin dan hncurkan.
2) Kemudian masukkan bawang putih dan bawang merah, tumis hingga layu.
3) Masukkan sedikit air,kemudian masukkan kailan.
4) Masukkan garam dan sedikit gula.


25. AYAM PANGGANG LEMON BERHERBA

9 Resepi Ayam yang Gunakan Herba - Butterkicap

Bahan-bahan :

Ayam bahagian dada (potong butterfly-nipiskan dan bentang jd besar)
minyak zaitun
Bawang putih - kisar/tumbuk/cincang halus
Kulit lemon - shredded (anggaran 1 sudu kecil)
*Rosemary (fresh) 1sudu
*Thyme (fresh) 1 sudu
(*kalau tak dapat yg fresh, guna yang kering pun boleh)
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam secukup rasa

Cara buat:

1. masukkan ayam dalam zipper bag (plastik biasa pun ok)
2. untuk bahan perapan, campurkan minyak zaitun, bawang putih, kulit lemon, rosemary, thyme, garam & black pepper. sebatikan dan tuang dalam zipper bag yang ada ayam tadi.
3. perap dalam peti sejuk selama lebih kurang 2-4 jam.
4. untuk gril, drain ayam tadi dari perapan. kemudian gunakan pan grill untuk memanggang dalam lebih kurang 15-20 minit sehingga ayam betul-betul masak.

You Might Also Like

1 ulasan:

  1. bagus artikel ni. boleh menjadi rujukan untuk ibu-ibu yang bakal bersalin nanti

    BalasPadam