Buat Rawatan Whitening Laser di Klinik Dr Chong Shah Alam

9/20/2020 11:28:00 PTG Fara Lumière 3 Comments

Assalamualaikum.. Hai semua! 

Kulit yang cantik & kelihatan licin berseri menjadi idaman ramai orang. Pernah tak dah bermacam macam cara kita cuba, dari penggunaan skincare, hinggalah mengamalkan petua untuk cantik hasilnya akan berbeza kepada individu. Lepas dah cuba pelbagai cara, pernah tak rasa nak cuba dapatkan rawatan di Klinik Kecantikan? Jika ya, kali ini, Fara nak kongsikan klinik Kulit yang menawarkan rawatan kecantikan.


Klinik Kecantikan yang Fara ingin kongsikan pada semua adalah di Klinik Dr Chong. Untuk pengetahuan semua, inilah kali pertama fara membuat rawatan muka dan Fara sangat excited nak beritahu korang yang Fara sangat berpuas hati dengan rawatan di Klinik Dr Chong ini. 

Klinik Dr Chong mempunyai 3 cawangan dan klinik yang Fara pergi adalah di Cawangan Shah Alam. Klinik yang terletak di Shah Alam ini telah ditubuhkan semenjak tahun 2016. Mereka menyediakan rawatan kulit dan kecantikan berkualiti tinggi. 

Hadapan Klinik Dr Chong


Para pelanggan seperti korang akan mendapat peluang unik untuk menerima rawatan yang direka khusus untuk memenuhi keperluan peribadi dengan menggunakan teknologi dan rawatan terkini. Selain itu, kakitangannya yang sangat terlatih dan bersikap profesional sambil dikelilingi suasana yang santai begitu selesa sekali bila berkunjung ke mari. 

Ramai Recommend Clinic Dr Chong! 

Bila nak buat rawatan ke klinik kecantikan, mesti kita akan tengok review dulu kan? Macamtu juga Fara. Fara tengok review mengenai rawatan di Klinik Dr Chong di google/instagram/facebook semua kata bagus & tidak menyakitkan. Fara lebih yakin nak buat rawatan di sini apabila ramai review rawatan di Klinik Dr Chong sangat bagus. Actually ada banyak review di Klinik Dr Chong tapi ni beberapa gambar review yang fara screenshot untuk kongsikan pada korang. Boleh lihat gambar dibawah :


Kenapa Pilih Rawatan Whitening Laser di Klinik Dr Chong?

Muka fara ada masalah kusam, berminyak, pores dan tona tidak sekata jadi doktor sarankan buat "whitening Laser". Sebelum memulakan rawatan, doktor terlebih dahulu akan menerangkan proses serta alatan yang akan dipakai sepanjang proses dijalankan.

Klinik Dr Chong Menggunakan teknologi dan rawatan terkini dari TRI-BEAM Premium™

Whitening Laser kat di Klink Dr Chong ini mereka guna teknologi dari TRI-BEAM Premium™ with 20 Hz provides fast treatment

Alatan yang digunakan dari Teknologi TRI-BEAM Premium™

Innovative laser toning! Rich-PTP toning!

☑️ Faster toning
☑️ Safer toning
☑️ More effective toning

Mengenai TRI-BEAM Premium™

Rich-PTP (Photoacoustic Toning Pulse) adalah teknologi unik TRI-BEAM yang telah mencapai keberkesanan klinikal terbaik yang tidak pernah dibuat oleh mesin lain. 


Kelebihan Rich-PTP Technology

• mengecilkan saiz liang roma
• meningkatkan ketegangan dan keanjalan kulit 
• warna kulit jadi lebih sekata, menghilangkan bintik-bintik hitam di wajah 
• tekstur kulit muka lebih halus 
• menjadikan warna kulit lebih sekata
• penyingkiran rambut gelap halus di atas bibir, dan di sekitar wajah 
• penampilan nampak lebih segar


Whitening Laser Adalah Rawatan Popular di Klinik Dr Chong

Salah satu daripada rawatan yang paling popular di Klinik Dr Chong adalah laser untuk memutihkan kulit muka. Laser Teknologi TRI-BEAM Premium™ ini dapat menghilangkan jeragat dan bintik-bintik gelap pada seluruh bahagian badan termasuk pada muka. Pori menjadi lebih kecil dan kulit muka menjadi lebih tegang dan tampak muda dan menawan. Rawatan ini mampu merawat masalah kulit yang dihadapi dan mengembalikan keserian wajah. Nak tengok proses whitening laser dilakukan? boleh klik video dibawah :



Selesai Proses Whitening Laser Akan Disapukan Pula Dengan Moisturizer

Selepas proses whitening laser, kulit muka jadi sedikit tegang jadi mereka akan sapukan pula moisturizer pada wajah Fara.



Perbezaan Sebelum dan Selepas Membuat Whitening Laser di Klinik Dr Chong

Kelebihan laser untuk memutihkan wajah ini adalah ia tidak menyakitkan dan tiada kesan sampingan yang berbahaya bila dilakukan oleh doctor pakar kecantikan yang bertauliah dan berpengalaman. Beberapa sesi diperlukan untuk mendapat keputusan yang terbaik. Walaupun Fara baru membuat sekali rawatan di Klinik Dr Chong, telah nampak perbezaan pada muka. Boleh lihat perbezaan muka Fara dengan melihat gambar di bawah

muka nampak lebih cerah

Sakit Tak Buat Whitening Laser?

Haa ni antara soalan yang paling popular orang suka tanya. Sakit tak kena laser? Bagi Fara yang pertama kali membuat whitening laser boleh kata buat whitening laser kat Klinik Dr Chong ni tak sakit. Masa muka kena laser ibarat kena gigit semut manja-manja gitu. Proses whitening laser juga tak lama cuma mengambil masa dalam 30 minit sahaja. 

Kenapa Pilih Rawatan Laser?

Rawatan yang menggunakan Laser adalah kaedah terbaik untuk menghasilkan kulit yang lebih halus dan lebih sihat sambil merangsang pertumbuhan kolagen yang berterusan. Rawatan laser juga mampu menembusi lebih dalam daripada krim atau losyen apa pun, ianya dapat memberikan peningkatan yang dramatik untuk rutin kecantikan korang. 

Harga Whitening Laser di Klinik Dr Chong

Mengenai harga mesti korang ingat harga rawatan mahal kan? Boleh dikatakan harga rawatan di Klinik Dr Chong adalah mampu milik. Harga Normal price Whitening Laser yang Fara buat adalah RM350 sekarang ada combo offer iaitu RM130 = 1 x whitening laser + 1 x carbon laser Double laser package. Pakej ni sangat jimat dan berbaloi!!


Pada korang yang berminat nak cuba rawatan di Klinik Dr Chong, bolehlah pergi ke salah satu cawangan mereka. Mahal? nanti duluuuu

Klinik Dr Chong ada buat Anniversary Saver Up to 90% off sehingga 30 SEPTEMBER 2020. Banyak rawatan yang mereka tawarkan boleh dapatkan pada harga yang sangat murah.

Inilah masa yang sangat sesuai untuk korang rebut peluang buat rawatan pada harga sangat murah!! Jangan lupa sebut nama "Farah Lumiere" masa berkunjung ke Klinik Dr Chong.

Ulang tahun ke-4 Dr Chong Clinic tawar hadiah sehingga RM100,000

Oh ya sebelum lupa, sempena ulang tahun ke-4 Dr Chong Clinic, korang juga boleh menang pelbagai hadiah menarik termasuk sebuah kereta Proton Saga bila korang buat rawatan di sini. 

Jom Lihat Pakej Dan Diskaun Menarik Yang Ditawarkan Di Klinik Dr Chong









Berminat Nak Cuba Rawatan di Klinik Dr Chong? Sila Hadir ke Salah Satu Cawangan Klinik Dr Chong Berhampiran Anda:

1. Shah Alam Branch (Selangor)

F-33-G, Vista Alam,
Jalan Ikhtisas 14/1, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor.

Telephone: +603-5524 3083
Whatsapp: +6018-471 0988
Email: enquiry@drchongclinic.com

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat : 10am - 7pm
Sabtu - Ahad : 10am - 6pm

2. Kepong, Kuala Lumpur (HQ)

37-G, Jalan Metro Perdana Barat 1,
Taman Usahawan Kepong,
52100 Kuala Lumpur.

Telephone: +603-6179 3157
Whatsapp: +6018-473 8818
Email: enquiry@drchongclinic.com

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat : 10am - 7pm
Sabtu - Ahad : 10am - 6pm

3. Skudai Branch (Johor Bahru)

49G, Jalan NB2 2/2,
Taman Nusa Bestari 2,
81300 Skudai, Johor Bahru, Johor.

Telephone: +607-559 6110
Whatsapp: +6011-5636 6110
Email: enquiry@drchongclinic.com

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat : 10am - 7pm
Sabtu - Ahad : 10am - 6pm

You Might Also Like

3 ulasan:

  1. best. ramai juga blogger dan influencer buat facial kat klinik Dr chong ni.

    BalasPadam
  2. Besnta dapat manjakan wajah di klinik Dr Chong. Mesti rasa sangat puas hati dengan perkhidmatan di sini.

    BalasPadam
  3. Syoknya dapat buat rawatan whitening tu... patut nampak makin berseri-seri. kita teringin juga nak buat laser yang ni pulak laa nanti.

    BalasPadam