Nikmati menu eksklusif Deepavali "FLAMING KOLI" di The Chicken Rice Shop
Nikmati menu eksklusif Deepavali "FLAMING KOLI" di The Chicken Rice Shop| Hai Semua!! sedar tak sedar The Chicken Rice Shop telah membuat menu baru sempena perayaan Deepavali yang bakal menjelma. Pastinya Hidangan terbaru mereka iaitu Flaming Koli" ini akan mengembalikan kenangan istimewa buat peminat The Chicken Rice Shop.
Jika dilihat pada menu atau gambar Flaming Koli ini seakan nampak pedas tapi setelah dicuba rasanya tidak terlalu pedas. Flaming Koli ini merupakan hidangan istimewa yang sangat enak ditambah pula dengan rempah ratus yang menambahkan aroma di The Chicken Rice Shop (TCRS) pasti membangkitkkan selera!
Kalau nak tahu, menu Flaming Koli ni berinspirasikan masakan India yang kaya dengan aroma, TCRS dengan telitinya mencipta menu eksklusif ini khas buat perayaan Deepavali. Hidangan Flaming Koli diperbuat dengan menyatukan rempah asli masakan India yang meningkatkan lagi selera rakyat Malaysia - cuba sekali, pasti nak lagi!
TCRS berpegang teguh pada slogan mereka ‘Chicken Rice… and More’ dan sentiasa berusaha untuk menarik minat para pelanggan dengan menghasilkan menu baharu yang menyediakan hidangan penuh aroma yang memenuhi citarasa orang ramai.
Set Jimat "Good Lunch" di The Chicken Rice Shop Berbaloi-baloi
Kalau ke TCRS Fara suka pergi waktu lunch sebab ada set 'Good Lunch' dimana kita boleh dapat lebih penjimatan. Set Good Lunch ada pelbagai pakej korang boleh pilih yang mana berkenan. Set Good Lunch bermula pada jam 10 pagi sehingga 3 petang sahaja.
Tunggu Apa Lagi! Jom Nikmati menu eksklusif Deepavali "FLAMING KOLI" di The Chicken Rice Shop Sekarang!
Hindangan Terbaru Flaming Koli ni LIMITED TIME Ya bermula 21 September 2020 hingga 15 November 2020 sahaja. Selamat menjamu selera.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai menu Deepavali atau promosi lain yang terdapat di The Chicken Rice Shop, sila kunjungi www.thechickenriceshop.com atau laman Facebook https://www.facebook.com/thechickenriceshop/
Teringin pula nak rasa menu eksludif Deepavali Flaming Koli. Lama dah tak berkunjung ke Chicken Rice Shop sejak PKP.
BalasPadamDah lama tak lunch di TCRS since PKP.
BalasPadamNampak sedap menu baharu tu.
Set good lunch memang berbaloi-baloi.