10 RESEPI APAM GEBU GEBAS

11/09/2020 02:12:00 PTG Fara Lumière 2 Comments



1. Apam gula hangus kukus pakai kuali je



Bahan-Bahan :

Tepung gandum 1 1/2 cawan
Minyak 1/2 cawan
Soda 1 sudu kecil
Susu pekat 2 sudu kecil
Telur 2 biji
Air panas 1 cawan utk gula hangus
Gula 1 cawan di hanguskan secantik habis sbb kejadian apam bergantung pd warna gula hangus

Blender sume pastu kukus 10 minit je dah siap !

credit : Nur Fairus Mohd Adam‎

2. Resepi Apam Puteri Ayu Dengan Sukatan Cawan Sedap 


Bahan-Bahan :

3 biji telur
1 cawan gula pasir
1 sudu kecik ovelate
2 cawan tepung gqndum
1 sudu kecik baking powder
1 cawan santan kotak
1 penutup esen pandan
1 penutup pewarna hijau
kelapa parut+sedikit garam+sedikit tepung gandum(Gaul sebati. kukus sekejap)

Cara-Cara Menyediakan

Ayakkan tepung bersama baking powder
Mixer telur, gula, ovalate dan esen pandan hingga kembang putih.
Masukkan santan selang seli dengan tepung.
Mix sebati baru tuang pewarna hijau. Mix sebati lagi sekali.
Sapu acuan dengan sedikit minyak. Tekan kelapa yang dah kukus tadi dekat dasar acuan.
Tuang adunan tepung paras acuan.
kukus 10-15 minit api besar

3. Apam coklat mekar 

mudah semua boleh buat gerenti mekar..5 bahan mudah sedap lembut hanya gune blender sahaja hehe best kan ade step by step sekali...komen share tuk aktifkan newsfeed


Bahan-Bahan

1 1/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1sk baking powder
1sk soda bikarbonat
sedikit garam
Ayak kan ketepikan

Bahan blender :

1 cawan minyak
1 cawan susu cair
1 cawan gula kalau xnak manis 3/4 cawan je
Blender 3 mnit
Masuk dalam bhn kering gaul sebati
Masuk dalam cup kecil masuk cup dalam acuan lompang
Panaskan kukusan kukus 15 mnt api besa siap

sumber resepi : azlina ina

4. Apam Nasi


Bahan-Bahan :

2 cawan nasi
2 cawan gula
3 cawan air
Beln ja semua ni...

3cawan tpg beras
1 cawan tpg gandum
Mauripan 1 peket 11 grm

Campur ja semua bahan2 sekali bahan blen...
Perap 1 jam..siap utk kukus..

Sapu minyak pada acuan senang sikit nk keluarkn..

credit : Sulizawati Linn Hassan #mahn

5. Apam Pandan Santan


Bahan-Bahan :

1 sudu besar yis mauripan,
1/2 cawan santan kotak,
1 sudu kecik baking powder,
1 + 1/2 cawan air masak,
3/4 cawan gula,
1 sudu kecik pewarna pandan
1 sudu kecik esen vanilla

Kukus selama 15min...

#cara2: Gaulkan semuanya dgn sebati dan perap selama 1 jam, then boleh dinikmati dgn kelapa parut yg disediakan. 🤩
#slmt mencuba 🤗

6. Apam polkadot


Bahan-bahan :

3 biji telur dari peti sejuk (gred A)
275 gm tepung gandum (2 1/2 cawan)
220 gm gula halus ( 1 cawan)
150 ml susu segar/ susu cair
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalette**
1 sudu kecil esen vanilla
pewarna
filling blueberry/ strawberry/ coklat/ kaya or apa-apa ikut citarasa yang disukai

Cara-cara penyediaan apam polkadot

*Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.
*Selepas tue, baru campur bahan2 lain seperti masukkan susu, tepung+baking powder (yang telah diayak) dan esen vanilla dan mix lagi dengan kelajuan minimun sehingga sebati.

*Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna water based

*Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.

*Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja). Jgn sampai penuh ok...sbb kite nak Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).

*Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh. Buat dot dot pakai warne yg berbeza.

*Siap isi semua mangkuk kertas and also done for dot dot dot..
Kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.
Bile da masak maknenye dah siap !

kredit resepi : tidak dapat dikesan,jika ini resepi anda mohon jasa baik untuk pm page,untuk admin masukkan nama anda sebagai kredit resepi..terima kasih

7. APAM SUSU CHEZIE
Sumber resepi : Zizie Noor Aziani


Bahan-Bahan :

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
4 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar ovellete
4 sudu besar susu pekat manis
4 sudu besar minyak jagung
2 sudu susu cair
Pewarna yang di sukai

Cara-cara penyediaan :

Panaskan kukusan dahulu sebelum kita mulakan proses membuat apam...
Ayak tepung bersama baking powder kemudia ketepikan
Dalam bekas pemutar, satukan telur, gula halus, ovellete dan esen vanilla
Kemudian putar sampai gebu dan adunan bertukar ke warna putih
Masukkan susu pekat manis
Putar lagi hingga sekata
Tambahkan pula minyak jagung dan putar lagi
Masukkan tepung dan baking powder yang telah di ayak tadi
Kaup balik adunan rata
Masukan susu cair kaup balik
Bahagikan adunan kepada 3 dengan warna pilihan
Sediakan loyang 8 inc dan gris mentega pada loyang
Tuangkan adunan berselang seli warna hingga habis
Kukus dalam kukusan yang telah mendidih airnya selama 40 minit

TIPS

tutup loyang dgn plastik atau aluminium foil x yah kuat2 just supaya wap air tidak jatuh atas apam
Angkat apam setelah masak
Keluarkan dari loyang
Potong bila ianya telah sejuk
Buat air kopi supaya masa makan x tercekik hahahhahhaaa

8. APAM PISANG FY


Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla
3 biji telur
3 sudu besar susu pekat
1 cawan minyak masak
1 cawan pisang dilecek
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara-cara

1. Masukkan 2 cawan tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat ke dalam satu bekas, gaul rata dan ketepikan.
2. Dalam satu bekas lain, gula, esen vanilla dan telur dipukul hingga kembang.
3. Masukkan 1 cawan minyak masak ke dalam adunan telur yang dipukul tadi serta kacau sebati.
4. Kemudian masukkan pisang yang telah dilecek dan susu pekat gaul rata.
5. Masukkan satu bekas tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat yang telah digaul rata tadi ke dalam adunan yang bercampur pisang, gaul rata hingga sebati.
6. Panaskan air kukusan.
7. Kemudian isi adunan ke dalam acuan kecil tersebut.
8. Setelah air kukusan mendidih, kukus selama 30 minit...siap kukus!
Selamat mencuba! 😉

Jika menggunakan loyang besar, tempoh kukusan ialah 40 minit.

credit : Fauziah Yahya‎ #

9. apam tepong beras


bahan-bahan :

Bancuhan ni yields +- 33 pcs cwn kertas biskut tu..

2 cawan tepung beras (sy guna cap gajah sekor)
2 sk baking powder
2/3 cawan gula (sy guna icing sugar)
1 cawan susu kotak
1 sk vanilla (tak letak)
Pewarna atau emulco (tak letak)

Cara

Ayak t.beras, b.powder & gula icing, then masuk kan susu.

Panas kan kukusan, sudu kan adunan ke dlm paper cup mini comel tu, asbab p.cup mini, so it tooks only 3 to 4 minits apam mekar masak dah.

10. Kuih Bahulu Kukus


Bahan2:

5 biji telur
1 sudu besar ovalet
1 Cawan gula halus
1 sudu teh esen vanila

(putar bahan di atas sampai kembang gebu dan memutih- dalam 5 minit guna mixer)

1 cawan susu segar
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 Cawan minyak

Lepas bahan tadi gebu, masukkan tepung berselang seli susu. Mixer low speed.

Akhir, masukkan minyak. Sebatikan

Kukus selama 15 jika guna acuan kecil dan 30-40 minit jika guna loyang

Untuk dapatkan warna tembikai, bahagikan 3 bahagian. 1 bhgn merah lebihkan. Lagi 2 bahagian sedikit sahaja untuk warna putih (warna asal) dan hijau

Jika guna acuan kecil:
----------------------------

Sudu kan warna merah dalam acuan 1/2 acuan. Kukus 3-4 mnt agak2 adunan mula mengeras. Perlahan2, sudukan warna putih. Sedikit shj. Kukus lg dalam 3 minit.. Kemudian warna hijau juga sedikit. Kukus 10 mnt atau hingga masak.

Jika guna loyang:
---------------------------

lapisan pertama dan kedua 10 mnt, lapisan akhir 20 minit

Sumber: Page Jom Kongsi Resepi.
Olahan semula: Dari Dapur Nuanza

You Might Also Like

2 ulasan:

  1. suka apam yang rasa masam2 manis yang orang letak eno perisa lemon tu.. boleh teringat zaman kecik

    BalasPadam
  2. banyak juga jenis apam kan ? saya tahu makanje . lembut senang kunyah 😂

    BalasPadam