10 Resipi Mudah Masakan Sayur

11/29/2020 01:10:00 PTG Fara Lumière 2 Comments

Sayur-sayuran ialah makanan yang mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan. Bukan sahaja ia baik untuk badan malah Semua orang sudah maklum akan kebaikan sayur-sayuran sebagai satu makanan yang penting untuk melawan penuaan. Jangan lupa makan sayur-sayuran ya! Di bawah saya kongsikan kepada anda 10 resipi mudah masakan sayur yang boleh dicuba :

1. SUP BAYAM DENGAN CENDAWAN


BAHAN-BAHAN:
.
2 ikat sayur bayam
150gm cendawan tiram
1 genggam udang kering-direndam
2 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
2 sudu sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
air secukupnya untuk kuah sup Garam secukup rasa
.
CARA MEMASAK :
.
1. Kupas semua bawang dan dimayang halus , potong sayur bayam dan rendam udang kering dalam air panas sehingga lembut kemudian ditos dan ketepikan . Tumbuk semua bawang dengan udang kering sehingga lumat.
.
2. Bersihkan cendawan kemudian disiat-siat menjadi kecil . Panaskan sedikit minyak dalam frying pan dan tumis semua bahan yang ditumbuk sampai layu . Masukkan air , sos tiram , minyak bijan dan kacau biar mesra serta biar sampai kuah hampir mendidih .
.
3. Bila kuah dah nak mendidih boleh dimasukkan semua sayur bayam dan cendawan kemudian terus kacau . Boleh la dirasa jika kurang masin boleh ditambah garam , bila sayur bayam dah masak boleh la ditutup api dapur .

2. SAYUR CAMPUR


Bahan2
.
-bunga kobis
-brokoli
-sudip jagung
-karot
-cili padi
-bawang besar
-bawang putih - diketuk2
-sos tiram
-garam- sikit je
-minyak
-air
.
Cara-cara:
.
1. Panaskan minyak tumis bawang putih hingga garing sikit
.
2. Masuk sos tiram dan sedikit garam (sikit je sb sos tiram dah masin) kacau rata
.
3. Masuk kan sayur keras spt karot,bunga kobis dan sudip jagung,kacau seketika hingga agak layu sikit
.
4. kemudian tambah bahan lain dan sedikit air,biarkan seketika kemudian tutup api..

3. SAYUR KAILAN


Bahan-bahan
.
400 gram sayur kailan - potong sepanjang 3 cm - potong batang dan daun secara berasingan
5 batang putik jagung - potong serong
1/2 batang lobak merah - hiris bulat
200 gram udang - buang kepala dan kulit, tinggalkan ekor, belah bahagian belakang dan tarik keluar uratnya
1 labu bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - cincang
1/2 sudu besar Maggi Cukup Rasa
3 sudu makan minyak
.
Cara-cara
.
Panaskan minyak dan tumis bawang besar serta bawang putih hingga kekuningan.
.
Masukkan udang, lobak merah serta batang kailan. Gaul rata dan masak sehingga udang berubah warna.
.
Kemudian masukkan putik jagung serta daun kailan. Tutup kuali selama 2 minit.
.
Buka penutup kuali dan taburkan perencah Maggi Cukup Rasa
.
Buka penutup kuali dan taburkan perencah Maggi Cukup Rasa
.
Kacau sekali dua dan padamkan api dapur.
.
Sedia untuk dihidangkan.

4. KANGKUNG BELACAN


Bahan- bahan :
.
kangkung (utk satu pinggan hidangan la..pandai2 la agak..ehhe) - dipotong
10 ekor udang kecil (kalau xnak letak pun xpe)
minyak secukupnya
garam secukup rasa
air secukupnya
.
ditumbuk :
.
2 ulas bawang putih *
sedikit belacan (guna sambal belacan pun xpe) *
satu tangkai cili merah
.
cara membuatnya :
.
panaskan sedikit minyak untuk menumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
.
masukkan kangkung dan air, biarkan setengah masak.
.
masukkan udang dan gaul rata. perasakan dengan sedikit garam dan jangan biarkan sehingga sayur tersebut terlalu layu (terlalu lembik).
.
siap! hidangkan dalam pinggan.

5. BROKOLI + CENDAWAN SOS TIRAM


Brokoli dan Cendawan Butang Bersos Tiram
(untuk 2 orang makan)

Bahan-Bahan:

4 jejari ketam (dipotong)
250 gm brokoli
1/2 biji lada benggala
1 tin cendawan butang
2 ulas bawang putih (dimayang)
2 ulas bawang merah (dimayang) 3 sudu besar sos tiram (dicairkan dengan ¼ cawan air)
Minyak (untuk menumis)
Garam
Lada hitam secukupnya
Serbuk perasa
.
Cara - cara:
.
1. Bersihkan brokoli dan celur. Potong lada benggala dan celur. Toskan cendawan butang.
.
2. Panaskan dua sudu besar minyak dan tumis bawang sehingga garing. Kemudian masukkan jejari ketam dan sos tiram. Biarkan seketika dan masukkan cendawan butang.
.
3. Akhir sekali masukkan brokoli serta lada benggala dan sesuaikan rasa dengan garam dan lada sulah. Biarkan ia seketika di atas api.
.
4. Angkat dan hidangkan..

6. PUCUK UBI LEMAK CILI API


Bahan:
.
pucuk ubi kayu
santan
50g ikan bilis
5 biji cili api
seinci kunyit hidup
3 ulas bawang merah
garam
serbuk perasa
.
Cara:

pucuk ubi dipotong @disimpul..kemudian dicelur sebentar
.
cili api,kunyit dan bawang ditumbuk kasar
kemudian tumbuk ikan bilis pula.satukan pucuk ubi dan bhn yg dikisar.
.
masukkan santan,garam dan perasa..kacau sehingga masak supaya x pecah santannya..sedia utk dihidangkan

7. SAYUR LABU MASAK LEMAK


Bahan-bahan:
.
1 biji labu sederhana besar
1 cekak pucuk manis
1 1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit, toskan
700 ml santan cair
250 ml pati santan
1/4 camca teh serbuk kunyit
2 batang serai, dititik
1 biji bawang besar, dihiris
3 ulas bawang putih, diketuk
Garam dan secubit gula
.
Cara buat:
.
Kupas labu, kerat, asingkan bijinya, potong dadu besar2 labu tadi. Pucuk manis diasingkan dari tangkainya, cuci dan toskan. Udang kering ditumbuk kasar. Ketepikan.
.
Dalam periuk, masukkan labu, bawang besar, bawang putih, serai dan udang kering. Tuang santan cair dan jerang atas api hingga mendidih.
.
Masukkan serbuk kunyit dan daun pucuk manis (nak sedap, ramas daun tu sebelum dimasukkan dalam periuk), gaul rata dan biar mendidih.
.
Masukkan pati santan dan tambah secubit gula serta garam secukup rasa. Biar mendidih perlahan hingga labu empuk dan pucuk manis lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
.
Hidang

8. KACANG BUNCIS SAMBAL TUMIS


Bahan:
.
1/2kg kacang buncis potong serong
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
sedikit belacan
segenggam ikan bilis
3 sudu cili kisar
garam & aji
sedikit gula
.
Cara:
.
tumbuk bahan2 bertanda (*)..
panaskan minyak.. masukkan ikan bilis.. goreng sekejap jangan sampai garing..
.
masukkan bahan tumbuk.. tumiskan hingga kekuningan..
.
masukkan pula cili kisar.. tumis hingga naik bau..
masukkan kacang buncis.. garam.. aji dan gula secukup rasa..
.
bila kacang dah agak lembut.. tutup api
sedia untuk dihidang..

9. SAYUR CAMPUR ALA CINA


Bahan-bahan :
.
50g bunga kubis.
5 ulas kacang buncis.
1 biji lada benggala – dipotong dadu.
2 biji lobak merah – dipotong nipis.
5 ulas bawang putih – dikisar.
2 sudu besar sos tiram.
sedikit stok ayam.
50ml air.
2 sudu tepung jagung – dibancuh dengan air.
2 biji cili merah – dipotong kecil (untuk hiasan).
10g bawang merah – digoreng (untuk hiasan).
.
Cara Penyediaan Resepi :
.
1. Panaskan kuali , masukkan minyak dan t.umis bawang putih
2. Masukkan air , stok ayam dan sos tiram.
3. Masukkan garam dan air bancuhan tepung jagung.
4. Kacau sos sehingga pekat dan masukkan sayur-sayuran.
5. Kacau sampai mendidih dan masukkan cili merah serta bawang goreng.

10. TUMIS SAYUR BABY KAILAN


Bahan-bahan:
.
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 genggam udang kering - direndam sekejap
.
Cara masak:
.
Bersihkan sayur baby kailan dan di kopek daun sekeping demi sekeping . Rendam udang kering dalam air panas sehingga lembut dan ditos . Tumbuk semua udang kering dengan bawang putih dan bawang merah .
.
Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan ditumbuk sampai wangi kemudian masukkan semua sayur baby kailan dan boleh la dimasukkan sedikit air supaya sayur ni tak kering
.
Kacau semua bahan dan boleh dirasa sayur jika kurang masin baru tambah garam secukup rasa
.
Bila sayur dah masak boleh terus ditutup api dan dihidang .

You Might Also Like

2 ulasan: