Tarikh Rayuan Geran Khas Prihatin 2.0

12/07/2020 03:16:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

Kecewa apabila keputusan Geran Khas Prihatin 2.0 diumumkan beberapa hari lepas. Ini kerana, ramai juga yang tidak berjaya termasuklah fara.

Geran Khas Prihatin (GKP) merupakan bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan. Ia bagi meringankan beban kewangan perniagaan yang dihadapi ekoran penularan wabak COVID-19.



Bantuan ini bermatlamat meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan demi kelangsungan PKS mikro. Setakat ini, hampir 850,000 PKS mikro telah menerima GKP dan GKP 2.0, dengan jumlah bantuan kewangan keseluruhan sebanyak RM2.55 bilion.



Bagi memastikan PKS mikro yang benar-benar layak menerima GKP 2.0, setiap permohonan disemak silang dengan data agensi yang ditetapkan Kerajaan sehingga 31 Ogos 2020, termasuk di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).


KETERANGAN KOD TIDAK LULUS GERAN KHAS PRIHATIN GKP 2.0


Tempoh rayuan GKP 2.0 akan dibuka dari 7 hingga 21 Disember 2020. Ini bagi memberi peluang kepada perayu untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen sokongan untuk disemak/diverifikasi semula oleh LHDNM.

SYARAT RAYUAN GERAN KHAS PRIHATIN 2.0

Individu yang ingin membuat rayuan GKP 2.0 mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Masih aktif menjalankan perniagaan
  • Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
  • Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik
  • Berdaftar PBT atau SSM sebelum atau pada 31 Ogos 2020

Permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian di Portal GKP, https://gkp.hasil.gov.my.

You Might Also Like

0 KOmen: