5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Hospital Pantai Kuala Lumpur

3/08/2021 10:00:00 PG Fara Lumière 0 Comments

Jika ada sebarang masalah kesihatan atau kecemasan, kebiasaannya setiap individu akan ada hospital kegemaran mereka. Banyak faktor mengapa mereka selesa untuk membuat rawatan di sesebuah hospital itu, sebagai contoh kos perubatan yang mampu milik, keselesaan ward, teknologi perubatan yang digunakan dan banyak lagi. Bagi yang pernah dimasukkan ke hospital, mereka lebih tahu servis atau perkhidmatan yang ada di hospital tersebut. Mahal atau murah, bergantung pada poket masing-masing. Untuk entri kali ini Fara nak share fakta menarik tentang Hospital Pantai Kuala Lumpur.


Serba Sedikit Info Mengenai Hospital Pantai Kuala Lumpur

Untuk pengetahuan semua, Pantai Hospital Group adalah antara hospital yang cukup gah di negara ini. Dilengkapi dengan 331 katil dan sepasukan 200 perunding perubatan yang berkelayakan, pusat perubatan ini terkenal dengan perubatan kanser, jantung, tangan dan pembedahan mikro dan tulang belakang.


Hospital Pantai Kuala Lumpur terletak di Bangsar, kawasan yang sibuk di pinggir Kuala Lumpur dan hampir dengan bandar raya Petaling Jaya.

Hospital ini menyediakan perkhidmatan pakar, diagnostik, dan pengimejan bagi pesakit dalam dan luar negara. Ini termasuklah rawatan barah, hemodialisis, unit persenyawaan in vitro (IVF), dan banyak lagi.

Hospital Pantai Kuala Lumpur memberi sokongan padu terhadap inisiatif kerajaan untuk merangsang pelancongan kesihatan dan telah giat mempromosikan pakej perubatan, perkhidmatan, serta kemudahannya di luar negara. Hospital ini telah menerima pelancong perubatan dari seluruh dunia, dengan kebanyakan daripada mereka datang dari negara-negara Asia Tenggara dan Timur Tengah.

Pantai Hospital Kuala Lumpur merupakan salah satu daripada 14 hospital yang dikendalikan Pantai Holdings Sdn Bhd (Kumpulan Pantai), yang merupakan sebahagian daripada Parkway Pantai Limited, sebuah anak syarikat IHH Healthcare Berhad (IHH).

JOM Lihat 5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Hospital Pantai Kuala Lumpur!

1. PENGALAMAN LUAS DALAM BIDANG PERUBATAN

Hospital Pantai Kuala Lumpur merupakan salah sebuah hospital tertua di Malaysia. Lebih menarik lagi, sebenarnya hospital ini dilahirkan pada hari yang sama dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu pada 1 Februari 1974. Tidak hairanlah, Hospital Pantai Kuala lumpur menjadi mercu tanda di Kuala Lumpur sebagai kemegahan dalam penjagaan kesihatan di Malaysia.



2. PELOPOR DALAM INDUSTRI

Hospital Pantai Kuala Lumpur merupakan hospital swasta pertama yang menubuhkan jabatan rawatan kanser yang kini dikenali sebagai Cancer Centre @PHKL. Hospital Pantai Kuala Lumpur juga merupakan hospital swasta pertama yang menerima akreditasi Hospital Mesra Bayi (Baby-Friendly Hospital) oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).



3. PERKHIDMATAN BERTARAF DUNIA DENGAN PENDEKATAN MESRA

Hospital Pantai Kuala Lumpur mempunyai 10 Pusat Keunggulan – Kanser, Jantung, Rawatan Penjagaan Payudara, Sendi dan Tulang, Paru-paru, Tangan dan Anggota Atas Badan, Wanita dan Kanak-kanak, Pencernaan, Alergi dan Sistem Imunisasi, dan Diagnostik dan Terapi Nuklear



4. PERKHIDMATAN KECEMASAN 24 JAM

Jabatan Kemalangan & Kecemasan di Hospital Pantai Kuala Lumpur beroperasi 24 jam dan mampu menangani semua kes trauma tahap 1 dari serangan jantung hingga ke strok. Jangan lupa untuk menyimpan nombor ini di dalam senarai nombor dailan pantas anda– 03-2296 0999!



5. PUSAT PESAKIT ANTARABANGSA

Hospital Pantai Kuala Lumpur juga mempunyai reputasi yang terkemuka di Asia Tenggara sebagai salah satu penyedia perkhidmatan kesihatan terulung dengan kepakaran dalam evakuasi perubatan untuk kes trauma, kanser, ortopedik, dan kardiologi. Sekiranya anda mempunyai rakan yang tinggal di luar Malaysia, mereka boleh datang ke Hospital Pantai Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan dan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi. PHKL merupakan kebanggaan dalam perkhidmatan kesihatan Malaysia.



Jangan lupa ikuti Hospital Pantai Kuala Lumpur menerusi Media Sosial :

FB: FB.com/PantaiHospitalKL
IG: @PantaiHospitalKualaLumpur

Laman Sesawang: https://www.pantai.com.my/kuala-lumpur/

Telefon: +603-2296 0888 / Whatsapp: +6016-313 0888

Emel: my.phkl@parkwaypantai.com
















You Might Also Like

0 KOmen: