Ecolite Boostick Untuk Kecantikkan & Kesihatan Wanita

4/15/2021 02:21:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

Bab kecantikkan, Fara percaya ramai wanita di luar sana lebih peka dan arif dalam aspek ini apabila ramai yang mengimpikan untuk memiliki kecantikan wajah juga bentuk tubuh menawan walaupun selepas berkahwin dan memiliki cahaya mata. 


Hakikatnya tidak semudah disangka apatah lagi apabila usia memasuki angka 30 tahun dan ke atas, satu persatu garisan penuaan serta kedut di wajah jelas kelihatan, tubuh juga terasa begitu mudah penat terutama selepas seharian sibuk menguruskan rumah tangga atau tugasan di pejabat.

Istilah cantik itu pula luas dan bersifat subjektif. Ada wanita beranggapan cantik itu perlu ditonjolkan melalui penampilan diri namun ada pula bersetuju ia lebih kepada memiliki kesihatan terbaik luaran dan dalaman. Kalau tanya Fara, Fara lebih memilih untuk memiliki kesihatan terbaik luaran dan dalaman.

Ecolite Boostick

Jika zaman dahulu akar kayu atau jamu digunakan sebagai supplement tambahan, zaman sekarang telah banyak supplement moden terjual di pasaran. Pilih sahaja mana yang bagus dan sesuai dengan diri. Bercakap mengenai pemilihan supplement, Fara lebih memilih ke arah moden kerana lebih mudah dan senang digunakan seperti Ecolite Boostick. 


Kenapa Ecolite Boostick?  Faktor utama yang buat Fara tertarik dengan produk ini kerana ianya sangat bagus untuk kecantikan diri dan sekaligus baik untuk kesihatan. Faktor kedua, disebabkan jadual harian yang tidak tetap dengan adanya jenis boostick Fara boleh makan dimana jua tidak kira tempat dan masa. Faktor terakhir pula adalah Ecolite Boostick boleh didapati di Guardian. Fara lebih memilih sesebuah produk yang terjual di Watson atau Guardian kerana ianya lebih 'yakin' untuk diamalkan. 

Ecolite Boostick Yang Fara Amalkan Ada 3 Jenis Varian iaitu :-

1. Ecolite Boostick Concentrated Red dates and Date Palm (kurma merah dan kurma arab)
2. Ecolite Boostick Concentrated Wolfberry and white chrysanthemum (buah goji dan kekwa segar)
3. Ecolite Boostick Concentrated Bird’s Nest and Pear (campuran sarang burung dan buah pir)


Boleh ke amalkan sekali banyak macam ni? Boleh.... Setiap varian Ecolite Boostick mempunyai rasa dan fungsi yang berbeza. Ecolite Boostick ni macam food supplement bukannya medicine. Dalam satu kotak Ecolite Boostick terdapat 10 sachet yang bersaiz 12 gram setiap satu.

Jom Lihat Kelebihan 3 Varian Ecolite Boostick di bawah :

1. Ecolite Boostick Concentrated Red Dates and Date Palm (kurma merah dan kurma Arab)

Siapa tak suka buah kurma kan? Lebih-lebih lagi jika buah kurma tersebut mempunyai khasiat yang baik untuk kesihatan. Bagi Fara, gabungan 2 biji buah kurma merah dan kurma arab dalam Ecolite Boostick mencipta kelainan dimana kita boleh dapat khasiat 2 biji kurma ini dalam 1 sachet sahaja. Katanya jenis ini berfungsi untuk memerahkan pipi. Nak pipi merah? boleh try jenis ini 😉

Selain itu, kelebihan lain Kurma merah sangat bagus untuk kesihatan dalaman wanita dan dikatakan mengandungi zat besi yang sangat membantu mereka yang mengalami masalah kurang darah. Manakala kurma arab merupakan sumber antioksida dan bagus untuk masalah penghadaman.


Didalam Ecolite Boostick Concentrated Red Dates and Date Palm juga terdapat Sirap Glukosa, Pekatan Kurma Kurma, Ekstrak Kura Merah, Madu Linden, Gula Merah, Sirap Galacto Oligosakarida, Air dan Asid Benzoik. 

Ecolite Boostick ini sesuai untuk semua peringkat umur. Rasa varian ni masam-masam manis. 

2. Ecolite Boostick Concentrated Wolfberry and White Chrysanthemum (buah goji dan kekwa segar)

Wolfberry atau nama melayu dia buah goji. Bila google khasiat buah goji ternyata banyak khasiat yang ada pada buah ini antaranya mencantikkan kulit, anti penuaan, Kaya Antioksidan, Menyihatkan mata, Mencegah kolesterol tinggi, Sumber tenaga semulajadi dan banyak lagi!

Buah goji juga dikenali sebagai super fruit dan dikatakan berganda-ganda khasiat vitamin C. Manakala bunga kekwa juga dikatakan boleh merawat sel badan. Kalau rasa badan kurang sihat cepat-cepat Fara minum Ecolite Boostick Concentrated Wolfberry and White Chrysanthemum untuk mengurangkan rasa ketidakselesaan pada badan. 


Oh ya! Jika dilihat pada label kotak Ecolite Boostick ada menyatakan varian jenis ini bagus untuk penglihatan. Siapa yang kerap menggunakan laptop atau hp pada jangka masa yang lama sesuai minum jenis ini. Bahan yang ada dalam varian ni berfungsi untuk menjaga kesihatan mata, repair mata, relieves dry eyes, anti oxidation dan banyak lagi.  Dengan mengamalkan Ecolite Boostick Concentrated Wolfberry and White Chrysanthemum (buah goji dan kekwa segar) sangat membantu dalam menjaga mata agar tidak menjadi kabur. 

Terdapat juga Sirap Glukosa, Air, Jus Pekat Prun, Pekat Delima, Madu Linden, Sirap Galacto Oligosakarida, Buah Koji, Kekwa, Perisa Kekwa sebagai perasa dan Asid Benzoik didalam formualsi suplemen ini.

Rasanya manis-manis. Biarpun pati pekat tapi rasanya tetap sedap. 

Ecolite Boostick Concentrated Bird’s Nest and Pear (campuran sarang burung dan buah pir)

Faktor utama yang buat Fara tertarik dengan produk ini kerana bahannya mengandungi "bird nest" yang sangat bagus untuk kecantikan diri dan sekaligus baik untuk kesihatan. Kalau nak tahu, pengambilan sarang burung dalam jangka panjang adalah ketahanan terbaik terhadap penuaan, kuatkan imuniti badan dan banyak lagi khasiat lain.

Sarang burung memang kita sedia maklum tentang kebaikannya. Ianya bukan sahaja bagus untuk kulit bahkan boleh meransang imun badan. Bagitu juga dengan buah pir yang tinggi dengan fiber dan air. Sangat bagus untuk penghadaman dan juga membantu untuk mengekalkan kesihatan badan.


Dulu, walaupun dah cukup tidur Fara mudah berasa letih seolah-olah Fara masih tak dapat rehat yang cukup. Nak buat kerja harian pun rasa tiada tenaga dan cepat rasa stress. Ianya sangat mengganggu aktiviti harian Fara terutama emosi. 

Setelah cuba Ecolite Boostick Concentrated Bird’s Nest and Pear Fara rasa lebih bertenaga dan emosi jadi lebih stabil. Fara perasan bila dah berumur ni memang badan perlukan supplement tambahan lain untuk bantu diri lebih bertenaga! Menyesal tak cuba dari dulu.. Banyak perubahan baik yang berlaku sejak amalkan Ecolite Boostick ni.

Antara formulasi lain yang terdapat didalam suplemen seperti Sirap Glukosa, Peatan Lobak, Air, Madu Linden, Galacto Oligosakarida, Pear Cina, Sarang Burung, Halia, Lily Bulb, Tuckhoe, Buah Luo Han Guo, Akar Kudzu, Ubi Ophiopogon dan Asid Benzoik.

ni fav Fara! soo shedap 

Rasa macam mana? Rasa jenis ini rasa manis dan Fara dapat rasakan kemanisan buah pear yang agak ketara. Sedap semestinya. 

Demikian sahajalah info pengalaman Fara sepanjang mengamalkan Ecolite Boostick. Kenapa perlukan supplement tambahan? Seperti yang Fara ada tulis di atas, disebabkan faktor umur yang semakin meningkat badan cepat letih jadi supplement seperti ini sangat membantu untuk mengembalikan kecerdasan dan kecantikan diri.  Oleh sebab itulah kita PERLU AMALKAN SUPPLEMENT dengan tujuan melengkapkan nutrisi untuk tubuh badan kita, kena pastikan organ dalam tubuh badan kita dapat nutrien yang diperlukan untuk kekal sihat

Kat mana nak dapatkan Ecolite Boostick ni?

Pada anda yang berminat untuk mencuba sendiri Ecolite Boostick ni boleh terus ke laman sesawang di bawah atau dapatkan terus di Guardian berdekatan!


Keterangan lanjut mengenai produk boleh layari:


You Might Also Like

0 KOmen: