Aplikasi Mindful Muslim Membantu Menjalani Kehidupan Lebih Tenang Dan Tenteram
Stres merupakan suatu fenomena yang sentiasa mempengaruhi kehidupan kita. Setiap individu tidak akan pernah terlepas daripada mengalami stress kerana stress seringkali dikaitkan dengan gaya hidup, perwatakan seseorang, faktor kekeluargaan, masalah di tempat kerja dan lain-lain lagi.
Stres boleh berlaku tidak kira bangsa, jantina dan umur. Jika stres ini tidak dapat ditangani dengan betul, mental dan fizikal boleh terjejas dan boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit kepada tubuh badan. Justeru, kita perlu tahu cara-cara menguruskan stress untuk menjalani kehidupan dengan lebih berkualiti.
Sebenarnya pengurusan stress yang baik dapat membantu kita hidup dengan lebih tenang dan tenteram serta dapat membantu menyelesaikan masalah dengan baik. Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk mengelakkan berlakukan stres seperti beriadah, bersukan, bersenam, dengar lagu dan banyak lagi. Tetapi, disebabkan dunia sekarang sedang dilanda pandemic Covid-19 maka, banyak aktiviti diluar telah disekat demi menjaga keselamatan rakyat dan ianya memberi kesan kepada individu menjadi mudah tertekan dan stres kerana terpaksa berkurung di rumah. Fara percaya ketika ini kita lebih banyak menggunakan telefon untuk menghilangkan stres.
Cara mudah hilangkan stres dengan menggunakan Aplikasi Mindful Muslim
Tahu tak sebenarnya kita boleh menggunakan telefon untuk menghilangkan stress? bagaimana? antara salah satu kaedah untuk menangani stress yang dihadapi, kita boleh cuba download aplikasi "Mindful Muslim". Aplikasi mudah alih Mindful Muslim ini serba sedikit boleh mengawal stres dan mempunyai fungsi meningkatkan kesejahteraan mental dan emosi orang islam. Paling membanggakan lagi adalah Mindful Muslim adalah Aplikasi Kesedaran Islam pertama di dunia yang dibangunkan untuk membantu 1.8juta umat Islam meningkatkan kesejahteraan mental dan emosi mereka menerusi ceramah audio yang dipandu oleh kisah-kisah Islam.
Bagaimana Aplikasi Mindful Muslim memberi manfaat kepada penggunanya:
Aplikasi ini telah dibangunkan bersama 16 penyelidik yang turut berperanan sebagai penulis dan membuat voice over. Lebih membanggakan aplikasi ini juga telah menerima penganugerahan Supreme Of Auckland University of Technology Entrepreneurship Competion X Challenge.
Biarpun agak baru namun penerimaan dan penggunaan aplikasi ini sebenarnya sudah meluas. Bayangkan dianggarkan 15,000 pengguna baru memuat turun aplikasi ini setiap bulan. Merujuk kepada statistik, pengguna yang muat turun tertinggi adalah dari Malaysia, Amerika Syarikat, United Kingdom dan United Arab Emirates.
Antara feedback positif dari pengguna Aplikasi Mindful Muslim telah menyatakan faedah menggunakan Mindful Aplikasi Muslim untuk membantu menghilangkan tekanan mereka, membuat mereka berasa lebih tenang dan bantu mereka untuk tidur dengan tenang.
Sedar tak sedar ianya dapat mengurangkan kerisauan dan menjadikan individu berasa lebih berharap melalui kisah-kisah dari Al-Quran dan Hadis seolah-olah menjadi tema umum di antara semua yang menggembirakan kami pengguna.
Ciri aplikasi Aplikasi Mindful Muslim :
• Ceramah audio dari kisah-kisah penuh harapan dari Al-Quran dan Hadis.
• Duas / Ruqyah untuk tujuan tertentu - untuk menghilangkan kegelisahan / kemurungan, kesunyian dan perasaan rendah yang lain
• Pilihan pembaca
• Bunyi alam sekitar
• Buku harian tidur untuk membantu menulis jurnal pada waktu malam.
Bagaimana Aplikasi Mindful Muslim membantu komuniti:
AL-QURAN merupakan panduan dan rujukan terpenting umat Islam dalam segenap aspek kehidupan.
Melalui amalan membaca, memahami dan mengamalkan isi kandungan kalam ALLAH itu, ia berupaya menjadi inspirasi dan pemangkin semangat bagi masyarakat Islam untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan di dunia dan di akhirat.
Penghayatan terhadap mesej yang terkandung dalam al-Quran juga dapat menyuntik motivasi diri agar lebih maju dan berjaya dalam kehidupan
Allah berfirman: "Dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui yang ada di dalam jiwa kamu, jadi ingatlah Dia "(Quran 2: 235)
Muat Turun Mindful Muslim Apps Hari Ini
Boleh muat turun Mindful Muslim Apps dari pautan di bawah:-
iOS: https://apps.apple.com/my/app/mindfulmuslim/id1503293513
Andriod: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.mindfulmuslim

Setelah mencubanya, Fara yakin Aplikasi Mindful Muslim sangat membantu menyokong orang dalam keadaan tertekan atau stress dengan menaikkan semangat mereka dari keadaan mereka yang tiada harapan, menjadikan mereka semakin dekat dengan Allah SWT dan merasai perbezaannya.
Fara berharap Aplikasi Mindful Muslim dapat menyokong lebih ramai masyarakat kita ke arah mental dan emosi yang lebih baik kesejahteraan.
Allah berfirman: "Dan jangan lupa berbuat baik antara satu sama lain". (Al-Quran 2: 238
Allah berfirman: "Dan jangan lupa berbuat baik antara satu sama lain". (Al-Quran 2: 238
Muat Turun Mindful Muslim Apps Hari Ini
Boleh muat turun Mindful Muslim Apps dari pautan di bawah:-
iOS: https://apps.apple.com/my/app/mindfulmuslim/id1503293513
Andriod: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.mindfulmuslim
sharing is caring..terima kasih kerana berkongsi. Ammi dah download
BalasPadam