Cara Penggunaan Dan Kepentingan Memiliki Pulse Oximeter di Rumah

8/13/2021 10:58:00 PG Fara Lumière 0 Comments

Pulse Oximeter ialah alat pengukur paras oksigen dalam darah kita. Alat ini biasanya digunakan untuk memantau keadaan pesakit yang mempunyai masalah kesihatan yang boleh mempengaruhi tahap oksigen dalam darah seperti Penyakit Obstruktif Paru-Paru Kronik (COPD), penyakit Asma, Pneumonia, kanser paru-paru, Anemia, sakit jantung, kecacatan jantung kongenital dan lain-lain.


Penggunaan Pulse Oximeter di rumah masih sedang giat dibahaskan oleh ahli profesional perubatan.

Kepentingan Pulse Oximeter untuk memeriksa tahap oksigen darah adalah penting bagi pesakit (tidak termasuk pesakit wad) yang mempunyai simptom COVID-19 seperti batuk, demam, dan sesak nafas. Walaubagaimanapun, bagi golongan muda dan sihat tanpa simptom COVID-19, Pulse Oximeter mungkin tidak diperlukan di rumah,

Apa Yang Perlu Anda Ketahui Mengenai Pulse Oximeter?

Walaupun penggunaan Pulse Oximeter di rumah dapat mengesan paras oksigen rendah dalam darah (hypoxia) yang disebabkan oleh jangkitan COVID-19, namun bukan semua perubahan bacaan Pulse Oximeter adalah berkaitan dengan COVID-19. Perubahan ini mungkin juga disebabkan oleh masalah paru-paru yang lain seperti penyakit asma atau jangkitan paru-paru (Pneumonia).

Kesukaran bernafas dan paras oksigen rendah hanyalah dua kemungkinan simptom jangkitan COVID-19. Simptom lain seperti batuk, demam, rasa sejuk yang melampau serta menggigil, sakit otot, sakit kepala, sakit tekak dan kehilangan deria rasa atau bau juga merupakan simptom-simptom jangkitan COVID-19. Simptom-simptom tersebut akan muncul antara 2 hingga 14 hari selepas pesakit terdedah dengan virus ini.


Ketahui tahap oksigen normal anda dan perhatikan sebarang perubahan dalam bacaan. Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda mendapati bacaan tahap oksigen dalam darah anda menurun daripada biasa.

Bergantung kepada model Pulse Oximeter, bacaan paras oksigen antara 95% hingga 97% adalah dianggap normal. Kadar oksigen dalam darah yang rendah (hypoxia) dapat dilihat melalui kepekatan oksigen yang diukur di bawah 94% sekiranya tiada penyakit paru-paru kronik. Sekiranya bacaan menjadi kurang daripada 94%, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor, manakala jika bacaan jatuh kepada 90% ke bawah, rawatan kecemasan adalah diperlukan.

Sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan yang mungkin akan mempengaruhi tahap oksigen darah, dapatkan nasihat doktor sebelum membeli Pulse Oximeter. Contoh-contoh penyakit adalah seperti Penyakit Obstruktif Paru-Paru Kronik (COPD), Asma, Pneumonia, kanser paru-paru, Anemia, kegagalan fungsi jantung, kecacatan jantung kongenital dan lain lain.

Pesakit yang mempunyai penyakit paru-paru kronik biasanya mempunyai tahap oksigen hypoxia, oleh itu, kadar kepekatan oksigen yang normal bagi golongan pesakit ini adalah antara 88% dan 92%. 

Bagaimana Pulse Oximeter Berfungsi?

Bacaan tahap oksigen dalam darah diambil dengan cara mengepit hujung jari tangan menggunakan satu alat berbentuk klip iaitu Pulse Oximeter. Tahap kepekatan oksigen darah diukur menggunakan satu proses yang melibatkan lintasan sinaran cahaya kecil ke dalam darah. Proses ini dapat mengukur perubahan penyerapan cahaya dalam darah beroksigen atau darah tanpa oksigen dan seterusnya, mengesan kadar kepekatan oksigen darah.


Paras oksigen darah rendah (hypoxia) adalah ukuran kepekatan oksigen berpurata 94% dan ke bawah bagi mereka yang tiada penyakit paru-paru kronik.

Pulse Oximeter telah lama digunakan di rumah untuk memantau keadaan pesakit yang menghidap penyakit paru-paru kronik dan kegagalan fungsi jantung.
Faktor-faktor Yang Boleh Mempengaruhi Ketepatan Bacaan

Ikuti langkah berikut untuk menggunakan Pulse Oximeter.


Pengukuran dan hasil bacaan perlu dicatat tiga kali sehari dan perlu dilakukan pada masa yang sama setiap hari.

Lakukan pengukuran tambahan jika anda merasakan berlaku perubahan dalam kesihatan anda.

Bacaan rendah yang tidak tepat mungkin berlaku sekiranya:

  • Bahagian badan periferal seperti hujung jari kaki dan tangan yang sejuk.
  • Peredaran darah yang lemah disebabkan oleh masalah kesihatan seperti darah tinggi atau kegagalan fungsi jantung.
  • Orang yang mempunyai tatu, cat kuku atau kuku palsu pada jari yang diukur.
  • Mengukur semasa baring mendatar.
  • Pesakit yang menghidapi Anemia, Anemia Sel Sabit, dan penyakit berkaitan sel darah yang lain.

Pulse Oximeters ada dijual di CARiNG Pharmacy.

You Might Also Like

0 KOmen: