Pen Dakwat cepat kering dan tidak comot Dari Faber-Castell Fast Gel Z
Faber-Castell Malaysia telah melancarkan Fast Gel Z, pen gel boleh retrak yang menghasilkan pengalaman penulisan yang sempurna, menjadikannya pen gel paling lancar dalam pasaran.
Teknologi mata pen baharu ini mengurangkan geseran antara kertas dan pen, menghasilkan hasil tulisan yang rata. Dalam ujian perbandingan geseran, Fast Gel Z menunjukkan tahap geseran yang paling rendah berbanding pen gel pesaing lain.
“Faber-Castell sentiasa berusaha menghasilkan produk inovatif bagi memenuhi kehendak dan keperluan pengguna. Antara masalah dihadapi pengguna ketika mengguna pen gel adalah tidak boleh menulis dengan lancar serta dakwat yang comot dan pemegang menjadi licin terutamanya sewaktu menulis untuk jangka waktu yang lama, menyebabkan para pengguna tidak berpuas hati. Ini telah mendorong kami untuk menginovasi pen Fast Gel Z yang membawa pengalaman penulisan ke mercu yang berbeza” kata Andrew Woon, Pengarah Urusan Faber-Castell Malaysia.
“Dengan membawa teknologi terkini seperti teknologi mata pen yang sempurna dan ciri dakwat ultra licin, pelanggan dapat menikmati kepuasan penulisan sejati menggunakan Pen Fast Gel Z kerana ia menjamin penulisan yang mudah, terang dan garisan yang jelas, tanpa tersekat-sekat, dan tidak comot,” tambah Andrew.
Menurut Andrew lagi, pen gel merupakan segmen perniagaan yang penting bagi Faber-Castell Malaysia. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Kantar, sebuah syarikat penyedia data dan perunding terkemuka dunia, pasaran bagi pen gel di Malaysia pada 2019 sudah mencecah RM43 juta.
Pen Fast Gel Z mempunyai ciri-ciri yang berikut:
- Kelancaran yang tiada tandingan dalam prestasi penulisan
- Dakwat cepat kering dan tidak comot
- Dakwat yang pekat dan terang
- Genggaman yang lebih lembut untuk keselesaan ketika menulis
- Boleh diisi semula
Jangan lepaskan peluang untuk merasa kesempurnaan Fast Gel Z sekarang! Pen gel ini datang dalam dua varian - 0.5mm dan 0.7mm, kedua-duanya boleh didapati dengan dakwat hitam, biru dan merah.
Pen Fast Gel Z dijual pada harga RM5 setiap satu sementara dakwat isi semula pada harga RM3.50. Boleh didapati di mana-mana kedai alat tulis dan pasar raya di seluruh negara dan juga eShop Faber-Castell di https://shop.faber-castell.com.my/ .
0 KOmen: