Tak boleh simpan EMAS sebagai KOLEKSI. Betul ke?

3/11/2022 10:35:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

Tadi saya terbaca posting seorang kawan yang bercita-cita nak kumpul emas banyak-banyak buat KOLEKSI. Mengucap panjang saya. Rasa jantung bagaikan ditikam-tikam.


Bukan kata tak boleh ada harta. BOLEH tapi ikut apa yang digariskan dalam Islam.


Jangan salah faham tentang emas.

Nabi Muhammad ﷺ jadikan emas sebagai matawang. Boleh simpan dan digunakan tapi bukan untuk dikumpulkan sebagai KOLEKSI.


Orang yang bercita-cita mengumpul emas atau mengumpul apa saja HARTA, seolah-olah kamu bercita-cita mahu DIBAKAR dalam NERAKA JAHANAM. Dah terang-terang Allah beritahu dalam Al-Quran Surah At-Taubah ayat 35 :


"Pada hari dibakar emas perak (dan segala harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu dibakar dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): "Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu."


Saya teringat satu kisah yang diceritakan oleh Ustazah Asma' Harun bila ada seorang lelaki kaya di sebuah kampung dalam keadaan nazak dah nak meninggal, dia sempat offer siapa yang sanggup teman dia duduk dalam kubur sebelahnya selama 44 hari, then semua harta kekayaan orang kaya itu akan menjadi milik orang yang meneman tinggal di kubur sebelahnya itu.


Datanglah seorang lelaki paling miskin dalam kampung terima tawaran orang kaya itu. Dia pun duduk dalam kubur itu dengan ditemani sebatang tongkatnya. Setiap hari isteri lelaki miskin itu akan datang ke 'kubur' suaminya untuk beri makan dan minum.


Cukup sampai tempohnya 44 hari, lelaki miskin itu keluar dari 'kubur'nya dan dia menolak untuk menerima kesemua harta kekayaan lelaki kaya itu. Semua orang terkejut!


Sebab apa?


Kata lelaki miskin itu :

"Cukuplah hanya dengan sebatang tongkat ini pun Allah dah tanya aku dengan soalan-soalan yang tak pernah habis. Dari hari pertama aku masuk ke sini sampai hari aku keluar pun Allah masih bertanyakan soalan tentang tongkatku ini. Bayangkan jika aku memiliki harta kekayaan yang banyak, berapa lama lagi aku akan dihisab kena harta-hartaku ini?"


1 helai baju pun akan dihisab beratus-ratus tahun, bagaimana pula jika kita punya 2-3 helai baju? kalau 20 helai baju yang kita ada? Berapa lama kita nak dihisab?


Emas.

Sebentuk cincin atau seutas rantai atau gelang yang kita simpan tidak berpakai pun akan dihisab beratus-ratus tahun, bagaimana jika kita punya 2-3 emas yang dijadikan koleksi?


Itu tak termasuk dengan kasut-kasut kita, handbag-handbag kita, berapa lama lagi kita nak dihisab? 


Maka beruntunglah orang-orang yang kurang hartanya. Kurang hisabnya di akhirat kelak. Semakin banyak kita memiliki harta, makin lama kita dihisab oleh Allah Ta'ala.


Tolong sampaikan kepada semua umat Islam di luar sana supaya mereka tahu AZAB ALLAH TA'ALA ITU SANGAT PEDIH. Ini tanggungjawab dan amanah kita untuk sampaikan peringatan Allah kepada semua.


Kredit : Sha Ramson Abdullah 

You Might Also Like

0 KOmen: