Cara Daftar TIK TOK Shop Malaysia

8/10/2022 08:10:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

Sekarang sudah banyak media sosial yang menyediakan platform untuk menjual secara sah disamping anda berinteraksi dengan rakan lain termasuk di TikTok yang mana ianya dikenali sebagai TikTok Shop.


Selain menjadi sebuah platform berpengaruh, semakin ramai peniaga juga beralih ke Tiktok Shop oleh kerana pelbagai manfaat yang ditawarkan, antaranya:

  • Subsidi Penghantaran Percuma
  • 0% Yuran Komisen
  • Produk Subsidi Langsung
  • Diskaun Pengguna Baru Sehingga 80%
  • Peningkatan Trafik untuk Video dan Livestream
  • Latihan penjual, Panduan barang dagangan, Kerjasama pencipta dan Perkhidmatan Logistik semuanya tersedia di TikTok Shop


Syarat Untuk Daftar TikTok Shop

TikTok telah menetapkan dua syarat untuk melayakkan anda menggunaakn TikTok Shop iaitu:

  • Mempunyai follower lebih 1000
  • Berumur 18 tahun dan ke atas


Jika anda sudah capai syarat yang ditetapkan ini, anda boleh daftar TikTok Shop dan mula menjual produk bersama viewer dan followers anda di TikTok.

Cara Daftar TikTok Shop

  1. Pastikan anda sudah mempunyai akaun TikTok sama ada akaun Creators atau Business
  2. Kemudian pergi ke seller-my.tiktok.com/account/welcome dan kemudian Sign Up with Phone & Email atau menggunakan akaun TikTok anda.
  3. Pilih sama ada anda daftar sebagai Corporation atau Peniaga Persendirian. Jika anda pilih Corporation, anda perlu sediakan dokumen seperti SSM dan tunggu dokumen verify. Jika persendirian, upload MyKad sahaja
  4. Jika TikTok sudah sahkan dokumen tersebut, boleh start untuk add product, add akaun bank dan beberapa informasi yang diperlukan
  5. Pergi My Account > Seller Profile. Pada bahagian ini, isi semua maklumat iaitu pada seller info, biz info, warehouse pickup/return, payment Shipping guna J&T sahaja, TikTok yang tetapkan dan kadar juga ditetapkan oleh pihak TikTok.
  6. Untuk Affiliate Marketing. Klik pada Affiliate Marketing dan pilih Shop Plan dan kemudian tetapkan peratusan komisyen. Nanti ramai creators yang akan tolong sebagai affiliate untuk jual produk anda.

Langkah seterusnya, anda hanya perlu tunggu sahaja pesanan atau order masuk.

Selesai!

Proses pendaftaran adalah percuma dan tiada yuran tersembunyi.


DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Untuk penjual korporat: Sila sediakan lesen perniagaan yang sah di Malaysia, nombor telefon, bank akaun dan warehouse di Malaysia untuk pendaftaran.
Untuk penjual Individu: Sila sediakan MyKad atau Pasport, nombor telefon, bank akaun dan warehouse di Malaysia untuk pendaftaran.

Anda juga boleh melihat perkongsian oleh pengguna ini yang menerangkan proses dan pengalaman yang dilaluinya untuk mendaftar TiktokShop











kredit - Aida Mazlan

Untuk pengguna pula yang kali pertama ingin beli di TikTok, anda boleh dapatkan diskaun RM12 untuk pembelian pertama sahaja bagi mana-mana produk yang dijual dalam platform tersebut.

Jadi selain daripada upload video, anda juga boleh cari pendapatan tambahan sebagai seller di TikTok Shop juga. Trafik di TikTok pun dah tinggi kan, jadi lebih mudah untuk anda dapatkan pelanggan untuk beli produk anda. 



You Might Also Like

0 KOmen: