Makna di sebalik logo Starbucks

8/26/2022 03:55:00 PG Fara Lumière 0 Comments

Starbucks adalah sebuah syarikat industri kopi dari Amerika yang beribu pejabat di Seattle, Washington. Starbucks menjadi salah sebuah kedai kopi terbesar di dunia dengan lebih dari 20,000 kedai di 61 buah negara. Memang, pesona Starbucks sangat hebat bagi kalangan pencinta kopi di dunia. Hampir semua penggemar kopi kenal dengan Starbucks.


Ramai orang menyangka bahawa logo Starbucks merupakan gambar seorang ratu. Ada pula yang menghubungkannya dengan Illuminati. Siapa sebenarnya wanita pada logo Starbucks tersebut? Sejumlah pendapat rata-rata menyatakan bahawa wanita tersebut adalah makhluk mitologi asal Yunani. Namun, logo Starbucks yang kita lihat selama ini sebenarnya sudah jauh berevolusi. Logo Starbucks pertama kali dicipta pada tahun 1971. Dalam logo pertama Starbucks, wanita tersebut digambarkan bertelanjang dada. Wanita itu adalah Siren.


Siren adalah makhluk mitos Yunani yang merupakan puteri duyung dengan dua ekor. Perempuan itu berwujud separuh manusia dan separuh ikan. Berdasarkan mitos Yunani, Siren ini merupakan makhluk yang biasa merayu para pelaut. Siren terkenal pandai merayu pelaut yang sedang berlayar di laut dengan lagu yang didendangkannya. Siren biasa menyanyikan lagu yang merdu, sehingga para pelaut tergoda untuk mengikutnya. Siren kemudiannya akan membawa mereka ke sebuah pulau kecil di Lautan Pasifik.


Apa hubungan Siren dan kedai kopi? Makna logo itu adalah, kedai kopi Starbucks diharapkan dapat mempersona dan ‘menyihir’ para penggemar kopi untuk singgah. Selain mitos tersebut, ternyata simbol Siren juga memiliki makna yang amat mengerikan. Siren bermakna obsesi, kecanduan, dan kematian. Logo Siren dipilih kerana syarikat Starbucks ketika itu sedang mencari tema yang mampu menangkap semangat Seattle. Menoleh ke belakang pada tahun 1971, ketika itu, Seattle dikenali kerana pelayaran dan pelabuhan.


Dalam mitologi Yunani, Siren secara konsisten dilihat sebagai memiliki hubungan dengan lautan. Namun, itu tidak selamanya bermakna baik. Siren digambarkan sebagai makhluk kejam yang suka membunuh kerana menganggap dirinya menarik. Menurut kisahnya, Siren akan menyanyikan lagu yang sangat merdu sehingga tubuh dan jiwa pendengarnya akan dibawa menuju kematian yang sadis. Para pelaut yang kebetulan berada dalam jalur Siren akan terus terobsesi dan tidak sedar kapal mereka menuju ke batuan karang dan kematian sedia menunggu mereka.


Setelah mengetahui makna di sebalik logo Starbucks, bagaimana sejarah Starbucks itu bermula? Starbucks berdiri pada tahun 1971 di Seattle, Washington, didirikan oleh Jerry Baldwin, Zev Siegl, dan Gordon Bowker. Terinspirasi oleh Alfred Peet yang menjual biji kopi pilihan, akhirnya berdirilah kedai kopi berkualiti yang kita kenal sekarang.


Bercakap mengenai Starbucks, kita tidak lepas dari logo yang membuatnya populer di seluruh dunia. Jerry Baldwin, Zev Siegl, dan Gordon Bowker memerlukan sebuah logo yang ikonik dan elegan. Akhirnya, mereka mengupah seorang perekabentuk logo iaitu Terry Heckler. Karya-karya Terry Heckler banyak dipengaruhi oleh buku-buku klasik yang juga beliau tulis. Pada akhirnya, idea klasiknya dituangkan pada logo Starbucks ini iaitu Siren.


Siren melambangkan karakter puteri duyung mitologi Yunani yang memiliki dua sisi yang berbeza. Konon, ramai pelaut yang terpesona dengan kecantikan Siren, tetapi kemudiannya ternyata Siren membawa bencana kepada pelaut dengan nyanyian merdunya. Mereka terlena dan akhirnya kapal menghempas batu karang di laut. Sama halnya dengan kopi yang akan membuatkan ramai orang terlena bahkan tidak sedar menghabiskan sebahagian besar waktunya hanya untuk secangkir kopi.


Rekabentuk logo Starbucks sudah mengalami banyak perubahan. Pada awal tahun 1986, logo Starbucks digambarkan puteri duyung bertelanjang dada dan lebih menonjolkan dua sirip ikannya. Tetapi pada tahun 1987-1992, Siren tidak lagi bertelanjang dada kerana tertutup rambutnya, tetapi masih melihatkan pusatnya. Warnanya pun berubah dari cokelat ke hijau. Hingga pada akhirnya, kini Siren lebih tertutup dan tidak memperlihatkan dada dan pusatnya sama sekali.

You Might Also Like

0 KOmen: