Antibacterial Seamless Maternity & Nursing Bra MAMAWAY
Menanti lahirnya cahaya mata menjadi momen berharga bagi setiap pasangan. Setelah mengharungi fasa persalinan, fasa selanjutnya yang akan mommies lalui adalah menyusu. Bagi mommies yang menyusu, menggunakan bra biasa mungkin sudah akan terasa tidak selesa. Hal ini kerana saat sedang menyusu, payudara biasanya akan menjadi lebih besar dari biasanya.
Oleh kerana itu, mommies memerlukan nursing bra yang dikhususkan untuk ibu menyusu. Nursing bra atau bra menyusu yang direka khas sangat membantu menyediakan sokongan tambahan kepada mommies yang menyusu dan membenarkan penyusuan yang selesa. Bagaimana pula caranya untuk memilih nursing bra yang terbaik? Sebenarnya, ia bergantung kepada keselesaan dan pilihan seseorang individu tersebut. Jadi kali ini, Fara nak kongsikan kepada mommies semua nursing bra yang Fara guna iaitu Antibacterial Seamless Maternity & Nursing Bra dari MAMAWAY
Kelebihan Mamaway Perfect Seamless Nursing Bra
Fabrik yang memeri (high stretchable)
Fabrik utamanya adalah 93% Nylon dan 7% Spandex bila pakai tidak mudah berpeluh dan tidak panas. Sangat selesa digunakan sepanjang hari. Tidak kiralah semasa mengandung, berpantang dan juga menyusu. Masa mengandung suhu badan kita jadi mudah berpeluh dan panas camtu kan? Pemilihan bra yang salah akan buat kita rasa rimas. Material yang digunakan untuk bra ini tidak memerangkap bau dan pengudaraannya juga bagus. Jadi, kuranglah rasa mengewap/berpeluh.
Memberi sokongan kepada payudara
Mamaway Perfect Seamless Nursing Bra memberi extra sokongan bagi memastikan lemak dibadan dilindungi dan upper body nampak lebih cantik dan kemas. Ianya menyokong penuh saiz payudara untuk mengelakkan payudara dari kendur dan menampung elok payudara semasa mengandung.
Padding bra tidak beralih
Banyak jenis bra di pasaran yang mudah tercabut padding terutamanya bila dicuci menggunakan mesin basuh. Padding Mamaway seamless bra kukuh betul tau, ianya dijahit rapi dan tetap kekal ditempatnya walaupun dengan cucian mesin basuh.
Lift and gather
Mamaway Perfect Seamless Nursing Bra sangat menyokong supaya si pemakai kelihatan kemas dan lifting payudara dengan lebih baik. Panel yang lebih tinggi di tepi bra mampu menyokong lebihan lemak. Tidak la nampak macam menggelebeh ja kan. Eh sukanya.
Klip bra yang berkualiti
Mamaway Perfect Seamless Nursing Bra direka khas supaya membantu si pemakai menyusu dengan baik. Klip menyusu boleh ditanggal dengan menggunakan satu tangan dan amat memudahkan penyusuan ibu.
Cangkuk yang boleh dilaras
Mamaway Perfect Seamless Nursing Bra dilengkapi dengan empat cakuk atau hook mengikut keselesaan para ibu. Mamaway bra mempunyai rekaan mudahkan penyusuan iaitu terdapat klip yang mudah dibuka dan dipasang semula. Terdapat 4 baris cangkuk yang boleh dilaras dengan ukur lilit badan. Rekaan ballet pada bahagian belakang pula dapat memberikan sokongan yang stabil. Dah tak perlukan bra extender lagi.
Jenis kain yang premium dan selesa
Bagi pemilihan jenis kain, pilih nursing bra yang diperbuat daripada kain kapas atau kain yang lembut. Sekiranya mommies merupakan ibu dengan gaya hidup yang aktif, pastikan juga kain yang dipilih mudah menyerap peluh bagi membantu kekal selesa.
Selain itu, pastikan kain yang dipilih merupakan material jenis elastik. Ia akan membantu memberi sokongan terutamanya jika berlaku perubahan pada saiz payudara.
4 pilihan warna yang menarik
Bagi mereka yang gemarkan gaya ringkas dan klasik, tetapi kekal selesa, pastinya bra ini mampu menambat hati mommies. Dengan 4 pilihan warna yang menarik, ia sangat sesuai untuk dijadikan sebagai nursing bra dalam kehidupan seharian.
Available in 4 colours: Dusty Pink/Black/ Nude/ Dusty Purple
Size: S, M, L, XL, 2XL
Maklumat Lanjut Mengenai Antibacterial Seamless Maternity & Nursing Bra MAMAWAY boleh lihat di :
Official Website: https://my.mamaway.com/
Seamless bra: https://bit.ly/3VHs9wJ
Nursing/breast pad adalah salah satu aksesori untuk ibu menyusu. Fungsinya adalah untuk mengelakkan baju mommies basah dan menyerap lelehan air susu yang keluar tanpa baby. Jika mommies berada dirumah, itu bukan masalah kerana boleh terus susukan bayi, tetapi tidak bagi mommies yang bekerja atau tanpa baby di sisi. Nursing pad dipakai di dalam bra dan menutupi bahagian puting, areola dan sekitarnya.
Fara lebih memilih jenis pakai buang. Tahu tak kenapa ibu menyusu perlu memakai nursing pads? sebab dengan adanya pad ini, kebersihan di sekeliling puting terjaga. Jangkitan kuman juga dapat dielakkan kerana kawasan payu dara kering, maka kuman tidak dapat tumbuh dan membiak.
Untuk maklumat lanjut sebelum membeli pad menyusu ini, bolehlah layari
Official Website: https://my.mamaway.com/
Nursing pad: https://bit.ly/3s9Z67z
Nak jimat berbelanja? jangan lupa guna promo code "MAMABLOG-FARAH" to enjoy RM15 off for purchase over RM150.
0 KOmen: