Memaparkan catatan dengan label Parenting. Papar semua catatan

Bengkung bersalin yang best dan terbaik | Mamaway Nano Bamboo Postnatal Recovery & Support Belly Band

Sekarang ni rasanya musim ramai orang bersalin. Jadi memang kena sangat, dan sesuai sangat untuk Fara kongsi sikit pasal amalan berbengkung selepas bersalin. Kita orang Melayu memang dah menjadi adat dan kebiasaan untuk bertungku, berbengkung sepanjang tempoh berpantang. 


Kenapa pentingnya amalan berbengkung ni? Sebenarnya perut ibu mengandung selepas bersalin, ibarat macam belon yang asalnya tegang, kini jadi lembik dan menggeleber. Perut yang sudah membesar juga perlu dikecilkan dan dikempiskan balik.

Selepas melahirkan baby ke-3, memang Fara nekad nak dapatkan balik bentuk badan yang langsing. Selain jaga pemakanan dan melakukan senaman, Fara juga suka memakai bengkung kerana fungsi utama memakai bengkung selepas bersalin adalah untuk membantu mengatasi masalah kulit mengelebeh dan regang serta memberikan tekanan ringan untuk mempercepatkan pengecutan rahim.

Selain itu, apabila memakai bengkung postur tubuh jadi lebih baik dan menguatkan tulang belakang. Tambahan lagi, ia menyokong dan menguatkan otot abdomen yang lemah yang disebabkan regangan ketika mengandung. Masa anak pertama, Fara memakai bengkung jawa yang panjang sampai ke peha tu. Bila diingatkan balik memang seksa nak pakai atau buka. Pergerakan juga sedikit terbatas. Anak kedua dan ketiga baru start pakai bengkung jenis modern (Mamaway)


Ada beberapa perkara yang Fara suka tentang Bengkung Mamaway Nano Bamboo Postnatal Recovery & Support Belly Band ni antaranya :

1. Menegangkan kulit yang menggeleber dan menguatkan otot-otot yang tegang selepas bersalin

Masalah otot-otot yang tegang selepas bersalin sememangnya perkara biasa bagi wanita selepas bersalin. Keadaan ini menyebabkan tisu perantara yang sebelum ini menyambung otot-otot perut yang terpisah akan tertarik ke bahagian tepi abdomen anda. Pemakaian bengkung akan membantu menguatkan kembali otot-otot yang tegang dan kelihatan menggeleber.

2. Tali pinggang boleh laras


Mudah untuk di pakai terutamanya ketika berpantang sendirian. Strap boleh dilekatkan di mana-mana bahagian luar bengkung mengikut keselesaan.
 
3. Mempunyai Fiber Infrared



Fiber Infrared ni untuk membantu meningkatkan alirah darah kita, sangat penting supaya tiada masalah darah beku dan sebagainya.

4.  Mesh Design



Memandangkan bengkung perlu dipakai sepanjang siang hari, memilih material yang selesa sangat penting bagi mengelakkan berlakunya kegatalan dan melecet pada kulit. Jadi, pilihan material yang lembut seperti bengkung Mamaway ini dapat memberi keselesaan maksimum di bahagian pinggang dan perut pemakai supaya dapat melakukan urusan harian tanpa gangguan. Selain itu, Material bengkung Mamaway Nano Bamboo ni diperbuat dari nano bamboo 3d black velvet yang berfungsi sebagai antibakteria dan odour resistant

5. Sesuai untuk bersalin Czer dan normal



Rekaan bengkung ini yang tiada tekanan pada bahagian pembedahan di perut terutama buat ibu bersalin Czer. Jadi tidak akan mengganggu proses pemulihan luka. Bagi mommies mengandung yang menjalani pembedahan Czer, penggunaan bengkung dari Mamaway dapat mengurangkan tekanan pada luka dalam proses penyembuhannya kerana ianya memang support bahagian bawah perut dengan baik sekali.

6. Sesuai digunakan untuk jangka masa lama

Bengkung Mamaway Nano Bamboo Postnatal Recovery & Support Belly Band juga amat berguna untuk jangka masa panjang kerana Bengkung Moden ini masih boleh dipakai walaupun perut sudah kempis dan selepas habis tempoh berpantang kerana materialnya membolehkan melekat di mana-mana bahagian luar bengkung.

7. Menguatkan tulang belakang dan menghasilkan postur tubuh yang baik


Kelebihan pemakaian bengkung selepas bersalin juga adalah untuk menyokong tulang belakang terutamanya kepada sesiapa yang mengalami masalah sakit belakang. Selain itu, bengkung menyokong dan menguatkan otot abdomen yang lemah akibat regangan ketika mengandung.

8. Membantu mengempiskan perut dengan lebih cepat

Pakai bengkung ni bukan sahaja dapat mengelakkan masalah angin dalam badan malah ia akan dapat bantu untuk kempiskan perut dengan lebih cepat. Dengan pemakaian yang konsisten ia akan dapat mengembalikan bentuk badan dengan cepat.

Jenama bengkung yang diyakini dan berkualiti

Tak perlu nak lilit or nak ikat-ikat. Hanya adjust ikut keselesaan dan lekatkan ajer. So easy. Jenama Mamaway telah lama berada di pasaran dan ramai telah memberi feedback positif tentang produknya jadi tidak hairanlah jika ramai memilih Mamaway Nano Bamboo Postnatal Recovery & Support Belly Band sebagai bengkung ketika berpantang nanti sebab boleh dipakai untuk bersalin normal mahupun cezer. Jimat bukan?

Cara Pakai Bengkung Mamaway Nano Bamboo Postnatal Recovery & Support Belly Band Yang Betul :


Maklumat Lanjut Mengenai Bengkung Nano Bamboo Postnatal Recovery & Support Belly Band :



Nak jimat berbelanja? jangan lupa guna promo code "MAMABLOG-FARAH" to enjoy RM15 off for purchase over RM150.

Official Website: https://my.mamaway.com/