Semua orang suka kejutan yang menyeronokkan, terutama dengan makanan ringan. Terbayang akan snek semestinya Pringles menjadi kegemaran di pesta dan keramaian. Dikenali di seluruh dunia kerana bentuk kerepek yang unik dan disusun bertingkat-tingkat, kewujudan Pringles adalah untuk membawa keseronokan kepada semua orang.
Sama ada anda mengidamkan snek dengan perisa hebat, atau sesuatu yang agak masam dan pedas, setiap kerepek Pringles yang berperisa sungguh rangup, dan tidak berminyak pada jari atau di mulut.
Buat pertama kalinya di Malaysia, Pringles menawarkan peminat snek dengan Perisa Misteri yang baharu! Hanya boleh didapati untuk masa yang terhad mulai 1 Mac, Perisa Misteri Pringles didatangkan dalam tin putih, maka anda boleh meneka sebelum menyuapnya ke dalam mulut!
Dicipta khas untuk mencabar cita rasa peminat Pringles di Malaysia, Perisa Misteri boleh didapati di kedai runcit utama serta laman e-dagang di seluruh negara mulai 1 Mac hingga 30 April 2020. Untuk menjadikannya lebih menarik, seorang (1) pemenang bertuah akan membawa pulang hadiah tunai bernilai RM20,000 jika mereka dapat meneka Perisa Misteri dengan betul!
Sungguh mudah untuk menyertai peraduan "Meneka Perisa Misteri"!
• BELI mana-mana 2 tin kerepek Pringles (jangan lupa untuk menyimpan bukti pembelian anda!)
• Log masuk ke laman web Pringles Malaysia di www.pringles.com. TEKA Perisa Misteri & maklumkan kepada kami misteri kegemaran anda tidak lebih daripada 25 perkataan.
• Sertai peraduan untuk MEMENANGI hadiah wang tunai RM20,000!
Rendang Ayam Mudah dan Sedap
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
1 kilo santan - guna 1 santan kotak
2 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit - dihiris halus
Minyak untuk menumis
Garam
Gula/gula merah
Asam keping
Bahan kisar:
20 tangkai cili kering - guna 4 sudu besar cili kisar
2 labu bawang besar
6-8 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
4 batang serai
3 inci halia
3 inci lengkuas
2 biji buah keras
Cara-cara:
Tumis bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan ayam dan biarkan sehingga ayam agak kecut dan kering airnya, baru masukkan santan. Terus masak dengan api kecil sehingga pekat dan pecah minyak.
Masukkan kerisik, dan garam. Akhir sekali, masukkan daun kunyit dan bolehlah ditutup api.