Cara Penggunaan Dan Kepentingan Memiliki Pulse Oximeter di Rumah

Pulse Oximeter ialah alat pengukur paras oksigen dalam darah kita. Alat ini biasanya digunakan untuk memantau keadaan pesakit yang mempunyai masalah kesihatan yang boleh mempengaruhi tahap oksigen dalam darah seperti Penyakit Obstruktif Paru-Paru Kronik (COPD), penyakit Asma, Pneumonia, kanser paru-paru, Anemia, sakit jantung, kecacatan jantung kongenital dan lain-lain.


Penggunaan Pulse Oximeter di rumah masih sedang giat dibahaskan oleh ahli profesional perubatan.

Kepentingan Pulse Oximeter untuk memeriksa tahap oksigen darah adalah penting bagi pesakit (tidak termasuk pesakit wad) yang mempunyai simptom COVID-19 seperti batuk, demam, dan sesak nafas. Walaubagaimanapun, bagi golongan muda dan sihat tanpa simptom COVID-19, Pulse Oximeter mungkin tidak diperlukan di rumah,

Apa Yang Perlu Anda Ketahui Mengenai Pulse Oximeter?

Walaupun penggunaan Pulse Oximeter di rumah dapat mengesan paras oksigen rendah dalam darah (hypoxia) yang disebabkan oleh jangkitan COVID-19, namun bukan semua perubahan bacaan Pulse Oximeter adalah berkaitan dengan COVID-19. Perubahan ini mungkin juga disebabkan oleh masalah paru-paru yang lain seperti penyakit asma atau jangkitan paru-paru (Pneumonia).

Kesukaran bernafas dan paras oksigen rendah hanyalah dua kemungkinan simptom jangkitan COVID-19. Simptom lain seperti batuk, demam, rasa sejuk yang melampau serta menggigil, sakit otot, sakit kepala, sakit tekak dan kehilangan deria rasa atau bau juga merupakan simptom-simptom jangkitan COVID-19. Simptom-simptom tersebut akan muncul antara 2 hingga 14 hari selepas pesakit terdedah dengan virus ini.


Ketahui tahap oksigen normal anda dan perhatikan sebarang perubahan dalam bacaan. Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda mendapati bacaan tahap oksigen dalam darah anda menurun daripada biasa.

Bergantung kepada model Pulse Oximeter, bacaan paras oksigen antara 95% hingga 97% adalah dianggap normal. Kadar oksigen dalam darah yang rendah (hypoxia) dapat dilihat melalui kepekatan oksigen yang diukur di bawah 94% sekiranya tiada penyakit paru-paru kronik. Sekiranya bacaan menjadi kurang daripada 94%, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor, manakala jika bacaan jatuh kepada 90% ke bawah, rawatan kecemasan adalah diperlukan.

Sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan yang mungkin akan mempengaruhi tahap oksigen darah, dapatkan nasihat doktor sebelum membeli Pulse Oximeter. Contoh-contoh penyakit adalah seperti Penyakit Obstruktif Paru-Paru Kronik (COPD), Asma, Pneumonia, kanser paru-paru, Anemia, kegagalan fungsi jantung, kecacatan jantung kongenital dan lain lain.

Pesakit yang mempunyai penyakit paru-paru kronik biasanya mempunyai tahap oksigen hypoxia, oleh itu, kadar kepekatan oksigen yang normal bagi golongan pesakit ini adalah antara 88% dan 92%. 

Bagaimana Pulse Oximeter Berfungsi?

Bacaan tahap oksigen dalam darah diambil dengan cara mengepit hujung jari tangan menggunakan satu alat berbentuk klip iaitu Pulse Oximeter. Tahap kepekatan oksigen darah diukur menggunakan satu proses yang melibatkan lintasan sinaran cahaya kecil ke dalam darah. Proses ini dapat mengukur perubahan penyerapan cahaya dalam darah beroksigen atau darah tanpa oksigen dan seterusnya, mengesan kadar kepekatan oksigen darah.


Paras oksigen darah rendah (hypoxia) adalah ukuran kepekatan oksigen berpurata 94% dan ke bawah bagi mereka yang tiada penyakit paru-paru kronik.

Pulse Oximeter telah lama digunakan di rumah untuk memantau keadaan pesakit yang menghidap penyakit paru-paru kronik dan kegagalan fungsi jantung.
Faktor-faktor Yang Boleh Mempengaruhi Ketepatan Bacaan

Ikuti langkah berikut untuk menggunakan Pulse Oximeter.


Pengukuran dan hasil bacaan perlu dicatat tiga kali sehari dan perlu dilakukan pada masa yang sama setiap hari.

Lakukan pengukuran tambahan jika anda merasakan berlaku perubahan dalam kesihatan anda.

Bacaan rendah yang tidak tepat mungkin berlaku sekiranya:

  • Bahagian badan periferal seperti hujung jari kaki dan tangan yang sejuk.
  • Peredaran darah yang lemah disebabkan oleh masalah kesihatan seperti darah tinggi atau kegagalan fungsi jantung.
  • Orang yang mempunyai tatu, cat kuku atau kuku palsu pada jari yang diukur.
  • Mengukur semasa baring mendatar.
  • Pesakit yang menghidapi Anemia, Anemia Sel Sabit, dan penyakit berkaitan sel darah yang lain.

Pulse Oximeters ada dijual di CARiNG Pharmacy.

Kematian yang dicemburui ramai, Siti Sarah Raisuddin Meninggal Dunia

Allahuakbar!! Innalillahiwainnailaihinrojiun... Sebak hati menerima berita pagi ni. Seolah kehilangan orang tersayang walau tak kenal secara dekat. Mulianya pemergianmu wahai Siti Sarah


Kuatkanlah keluarga mereka menghadapi perpisahan di dunia ini Ya Allah. Moga keluarga ini disatukan kembali disyurgaMu di akhirat kelak

"Ya Allah ampunilah dia, berilah rahmat, kesejahteraan dan maafkanlah dia" .

Kematian yang dicemburui, kematian husnul hatimah akibat wabak & melahirkan anak. 

Almarhummah Sarah masa hayatnya banyak sedekah, antara sebab Arwah dimuliakan Allah disayangi ramai. Syahid disisi Allah. Sama sama kita jadikan tauladan.

Sedih Wei!! Ramai Sebak Tengok Drama AYAHANDA

Drama adaptasi novel karya Azizi Haji Abdullah akan disiarkan di slot Lestary TV3. Diarahkan oleh Dato Ahmad Tamimi Siregar dan menampilkan gandingan Jalil Hamid, Fauziah Ahmad Daud, Fikry Ibrahim, Noorkhiriah dan ramai lagi. Drama Ayahanda mulai siar malam ini 10 Julai 2021 bagi menggantikan drama Budak Tebing 2. Bersiaran setiap hari Rabu hingga Jumaat di saluran tv3. 



Tonton Drama Ayahanda Episod 1 - Episod 13 (Episod Akhir) Disney+ Hotstar! https://www.hotstar.com/my/1260064734 



Sinopsis Drama Ayahanda - Slot Lestary TV3


Drama Ayahanda mengisahkan  kehidupan Haji Abdullah (Jalil Hamid) yang kesunyian dan terabai setelah kematian isteri tersayang, Noriah (Fauziah Ahmad Daud).

Konflik bermula apabila anak meminta Haji Abdullah meletakkan semua jawatannya kerana faktor usia dan kesihatan namun tidak dipersetujui olehnya. 

Selain itu, kebanyakan penduduk kampung juga merasakan Haji Abdullah tidak lagi relevan kerana kaedah pengajaran dan kitabnya yang dianggap lapuk.

Jangan ketinggalan menyaksikan Ayahanda mulai 10 Julai ini setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam di slot Lestary TV3.

JUDUL : AYAHANDA

EPISOD : 13 Episod
TARIKH TAYANGAN : 10.07.2021
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3

PENULIS NOVEL : Azizi Haji Abdullah

WATAK PELAKON 

  • Jalil Hamid sebagai Haji Abdullah
  • Fauziah Ahmad Daud sebagai Noriah
  • Fikry Ibrahim sebagai Aziz
  • Noorkhiriah sebagai Halimah
  • Shahz Jaszle sebagai Ramli
  • Hairi Safwan sebagai Ahmad
  • Sherry Ibrahim sebagai Aishah
  • Mimi Ernida sebagai Rahayu

Pen Dakwat cepat kering dan tidak comot Dari Faber-Castell Fast Gel Z

Faber-Castell Malaysia telah melancarkan Fast Gel Z, pen gel boleh retrak yang menghasilkan pengalaman penulisan yang sempurna, menjadikannya pen gel paling lancar dalam pasaran.


Dalam pembuatan Fast Gel Z, Faber-Castell telah mencipta mata pen multi-channelled inovatif dipadankan dengan dakwat yang berkelikatan 1 rendah bagi menghasilkan penulisan yang sempurna. Gabungan yang inovatif ini pen Fast Gel Z memberikan pengalaman penulisan yang tiada pada pen lain di pasaran.

Teknologi mata pen baharu ini mengurangkan geseran antara kertas dan pen, menghasilkan hasil tulisan yang rata. Dalam ujian perbandingan geseran, Fast Gel Z menunjukkan tahap geseran yang paling rendah berbanding pen gel pesaing lain.

“Faber-Castell sentiasa berusaha menghasilkan produk inovatif bagi memenuhi kehendak dan keperluan pengguna. Antara masalah dihadapi pengguna ketika mengguna pen gel adalah tidak boleh menulis dengan lancar serta dakwat yang comot dan pemegang menjadi licin terutamanya sewaktu menulis untuk jangka waktu yang lama, menyebabkan para pengguna tidak berpuas hati. Ini telah mendorong kami untuk menginovasi pen Fast Gel Z yang membawa pengalaman penulisan ke mercu yang berbeza” kata Andrew Woon, Pengarah Urusan Faber-Castell Malaysia.


“Dengan membawa teknologi terkini seperti teknologi mata pen yang sempurna dan ciri dakwat ultra licin, pelanggan dapat menikmati kepuasan penulisan sejati menggunakan Pen Fast Gel Z kerana ia menjamin penulisan yang mudah, terang dan garisan yang jelas, tanpa tersekat-sekat, dan tidak comot,” tambah Andrew.

Menurut Andrew lagi, pen gel merupakan segmen perniagaan yang penting bagi Faber-Castell Malaysia. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Kantar, sebuah syarikat penyedia data dan perunding terkemuka dunia, pasaran bagi pen gel di Malaysia pada 2019 sudah mencecah RM43 juta.


Menurut laporan oleh Persistence Market Research pada 2020, pasaran alat tulis sedunia dijangka akan berkembang sebanyak 1.5 kali ganda pada 2030. Para pelajar merupakan penyumbang terbesar pasaran sebagai pengguna alat tulis, dan pasaran sedang menuju perkembangan di CAGR sebanyak lima peratus menjelang 2030. Dalam kesemua jenis alat tulis, pen merupakan segmen yang besar dengan pegangan sebanyak 60 peratus dalam pasaran alat tulis secara global.

Pen Fast Gel Z mempunyai ciri-ciri yang berikut:

  • Kelancaran yang tiada tandingan dalam prestasi penulisan
  • Dakwat cepat kering dan tidak comot
  • Dakwat yang pekat dan terang
  • Genggaman yang lebih lembut untuk keselesaan ketika menulis
  • Boleh diisi semula

Jangan lepaskan peluang untuk merasa kesempurnaan Fast Gel Z sekarang! Pen gel ini datang dalam dua varian - 0.5mm dan 0.7mm, kedua-duanya boleh didapati dengan dakwat hitam, biru dan merah.


Pen Fast Gel Z dijual pada harga RM5 setiap satu sementara dakwat isi semula pada harga RM3.50. Boleh didapati di mana-mana kedai alat tulis dan pasar raya di seluruh negara dan juga eShop Faber-Castell di
https://shop.faber-castell.com.my/ .


Menu Terbaru Dari Marrybrown iaitu "Marrybrown Eatalian" Sedap!

Dalam meraikan ulang tahun ke-40, Marrybrown (rangkaian makanan segera Halal terbesar di negara ini) telah memperkenalkan menu terbaru mereka iaitu Marrybrown Eatalian yang pastinya dapat memikat selera penggemar makanan Itali. Sejak dahulu Marrybrown terkenal dengan hidangkan ayam rangup, nasi lemak wangi dan banyak lagi. Marrybrown juga sering  memperkenalkan "sesuatu yang berbeza" dalam setiap hidangannya.


Fara percaya ramai ternanti-nantikan menu terbaru dari Marrybrown ini. Apa yang Fara rasa, Fara akan kongsikan di bawah :

Marrybrown Spaghetti 

Spaghetti adalah hidangan wajib yang biasanya dikaitkan dengan masakan Itali dan dimakan di seluruh dunia. Hidangan ini mengandungi spaghetti, daging, sos dan rosemary. Dalam ahli keluarga Fara, yang minat jenis pasta Amira dan Fara. Memang kami berdua sahaja yang habiskan spaghetti Marrybrown ni. Spaghetti ni kena makan time panas-panas baru sedap. 



Italian Cheesy Rice Bites

Tidak ada makanan Itali yang lengkap dengan spageti sahaja. Untuk memastikan sesama rakyat Malaysia menikmati makanan sepenuhnya, Marrybrown memperkenalkan Cheesy Rice Bites yang dijamin akan dibuat Rakyat Malaysia menggunakan "MMMMM" hanya dengan satu suapan!

            

Cheesy Rice Bites atau Fara panggil Bebola nasi disalut dengan serbuk roti dan digoreng sehingga bertukar warna keemasan. Cheesy Rice Bites ini disumbat risotto, cheese dan ada mcm jenis herba/sayur (kurang kepastian) di dalamnya. Keistimewaan hidangan ini dibuat dengan pelbagai jenis bahan yang disumbat ke dalam bola nasi serta bentuk bulat yang sangat comel. Cheesy Rice Bites ni Fara habiskan sorang! Paling suka! hahahaha

MB Crispy Chicken & Burger

Apa sahaja jenis burger memang Favourite Fara! Ayam dan burger Marrybrown memang tak dinafikan sedap. Dalam set ini ada 2 pilihan sama ada Spaghetti combo atau Italian Box Meal. Harga boleh rujuk list kat bawah

                    

List Harga Menu Marrybrown :

● MB Spaghetti – price from RM13.90
● MB Spaghetti Combo – price from RM19.90
● MB Italian Box Meal – price from RM27.90
● MB Italian Cheesy Rice Bites
○ Add-on – price from RM3.50
○ Single - price from RM4.40
● Mushroom Soup
○ Add-on – price from RM2.50
○ Single - price from RM3.80

Menu terbaru Marrybrown Eatalian ini sudah boleh didapati di semua outlet mereka bermula dari 5 Ogos dan seterusnya membawakannya selera kepada kita semua rasa Italian yang boleh dirasai di rumah.

Untuk Maklumat lanjut :

Facebook: MarrybrownMalaysia
Instagram: Marrybrownmy
YouTube: MarrybrownTV
Delivery: http://mbdelivery.com.my



COVID19 Rapid Test hanya pakai saliva/air liur untuk check

Dengan kemajuan teknologi, kini ujian saringan mengesan Covid-19 boleh dilakukan sendiri oleh individu di rumah.  COVID19 Rapid Test tidak menggantikan fungsi diagnostik real-time reverse-transcription polymerase chain reaction (RT-PCR) untuk COVID-19 tetapi mempunyai kelebihan untuk mengesan status COVID-19 individu dengan cepat dan mudah.


Setakat ni ada lima jenis 
COVID-19 Rapid Test mendapat kelulusan bersyarat MDA. Dengan kelulusan MDA, ia sekali gus membolehkan set ujian kendiri itu diimport dan diedarkan dalam negara.

COVID-19 Rapid Test yang boleh digunakan adalah yang telah mendapat rekomendasi dari Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA). Senarai jenis kit ujian ini akan dikemaskini di website MDA dari semasa ke semasa.

Berikut Merupakan Senarai COVID-19 Rapid Test yang diberi kelulusan bersyarat dan boleh dijual untuk kegunaan orang awam :


COVID-19 Rapid Test digunakan sebagai ujian saringan yang dilakukan sendiri oleh individu. COVID-19 Rapid Test tidak menggantikan fungsi diagnostik real-time reverse-transcription polymerase chain reaction (RT-PCR) untuk COVID-19 tetapi mempunyai kelebihan untuk mengesan status COVID-19 individu dengan cepat dan mudah.

COVID-19 Rapid Test boleh digunakan untuk :

• Saringan kendiri oleh mana-mana individu yang ingin mengetahui status COVID-19;
• Individu yang mempunyai kontak dengan kes COVID-19; ATAU
• Saringan-saringan lain yang bersesuaian (seperti Pintu Masuk Antarabangsa, rentas negeri, saringan pra-pekerjaan, pra-kemasukan ke institusi tinggi dan lain-lain)

Pihak pengguna hendaklah memastikan kit yang dibeli telah mendapat kebenaran dari MDA.

Bagaimana hendak mendapatkan 
COVID-19 Rapid Test ?

a. 
COVID-19 Rapid Test boleh dibeli di farmasi atau fasiliti swasta.
b. 
COVID-19 Rapid Test dibekalkan oleh fasiliti kesihatan KKM mengikut keperluan.

Cara penggunaan COVID-19 Rapid Test

Sebelum memulakan prosedur:-

a) Membaca arahan penggunaan COVID-19 Rapid Test dengan teliti
b) Memeriksa dan memastikan 
COVID-19 Rapid Test adalah lengkap, tidak melepasi tarikh luput dan tidak rosak.
c) Mencuci tangan sebelum memulakan prosedur bagi mengelakkan kontaminasi silang.
d) Memastikan tempat melakukan prosedur ini kering, bersih dan mempunyai pengudaraan yang baik.
e) Memastikan tiada orang berhampiran bagi mengelakkan risiko jangkitan & kontaminasi silang.
f) Sekiranya prosedur ini perlu dibantu oleh orang lain, pembantu perlu memakai sekurang-kurangnya face mask & glove bagi mengelakkan risiko jangkitan dan kontaminasi silang.
g) Prosedur tidak dilakukan di tempat awam dan tidak berada berdekatan dengan orang lain bagi mengelakkan risiko jangkitan dan kontaminasi silang.

Prosedur ujian:

a) Mengambil sampel (air liur, nasal swab dan lain-lain) secara kendiri seperti yang dinyatakan pada arahan kit (instruction kit).
b) Melakukan ujian menggunakan 
COVID-19 Rapid Test dengan cermat mengikut arahan kit.
c) Membaca keputusan pengujian dalam tempoh masa yang ditetapkan seperti yang dinyatakan pada arahan kit bagi mengelakkan keputusan yang tidak tepat.

Selepas melakukan prosedur:

a) Memastikan semua alatan 
COVID-19 Rapid Test dimasukkan ke dalam plastik dan ikat dengan sempurna
b) Melupuskan plastik yang mengandungi kit ini ke dalam tong sampah
c) Menjalankan disinfeksi kawasan prosedur dengan larutan disinfeksi yang bersesuaian selepas prosedur pengujian
d) Mencuci tangan menggunakan sabun dan air selepas selesai menjalankan prosedur bagi mengelakkan kontaminasi silang.

Melaporkan Keputusan Ujian

a) Semua keputusan ujian 
COVID-19 Rapid Test sama ada positif, negatif atau invalid perlu dilaporkan secara self-reporting ke dalam aplikasi MySejahtera.
b) Pengguna bertanggungjawab melaporkan keputusan sebenar dan tidak melakukan pemalsuan keputusan bagi mencegah implikasi jangkitan kepada orang lain.

Sekiranya keputusan ujian positif:-

a) Keputusan positif wajib dilaporkan ke dalam MySejahtera (tertakluk kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342]).
b) Individu diminta untuk pergi sendiri ke fasiliti kesihatan swasta, COVID-19 Assesment Centre (CAC) atau klinik kesihatan berhampiran bagi penilaian kesihatan dan tindakan seterusnya. Individu ini wajib memakai pelitup muka apabila keluar dari rumah dan elakkan dari menaiki kenderaan awam.

Sekiranya keputusan ujian negatif:-

a) Sekiranya bergejala, sila ke fasiliti kesihatan swasta atau kinik kesihatan untuk penilaian kesihatan.
b) Sekiranya individu berkenaan merupakan seorang kontak kepada kes COVID 19, individu tersebut perlu terus menjalani kuarantin wajib sehingga tamat tempoh kuarantin.

Sekiranya keputusan ujian invalid, ujian perlu diulang.

Kat Mana Nak Beli?

COVID19 Rapid Test berkenaan kini sudahpun boleh dijual di semua farmasi komuniti berdaftar atau premis fasiliti kesihatan yang terdapat di Malaysia