COVID19 Rapid Test hanya pakai saliva/air liur untuk check

7/29/2021 02:36:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

Dengan kemajuan teknologi, kini ujian saringan mengesan Covid-19 boleh dilakukan sendiri oleh individu di rumah.  COVID19 Rapid Test tidak menggantikan fungsi diagnostik real-time reverse-transcription polymerase chain reaction (RT-PCR) untuk COVID-19 tetapi mempunyai kelebihan untuk mengesan status COVID-19 individu dengan cepat dan mudah.


Setakat ni ada lima jenis 
COVID-19 Rapid Test mendapat kelulusan bersyarat MDA. Dengan kelulusan MDA, ia sekali gus membolehkan set ujian kendiri itu diimport dan diedarkan dalam negara.

COVID-19 Rapid Test yang boleh digunakan adalah yang telah mendapat rekomendasi dari Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA). Senarai jenis kit ujian ini akan dikemaskini di website MDA dari semasa ke semasa.

Berikut Merupakan Senarai COVID-19 Rapid Test yang diberi kelulusan bersyarat dan boleh dijual untuk kegunaan orang awam :


COVID-19 Rapid Test digunakan sebagai ujian saringan yang dilakukan sendiri oleh individu. COVID-19 Rapid Test tidak menggantikan fungsi diagnostik real-time reverse-transcription polymerase chain reaction (RT-PCR) untuk COVID-19 tetapi mempunyai kelebihan untuk mengesan status COVID-19 individu dengan cepat dan mudah.

COVID-19 Rapid Test boleh digunakan untuk :

• Saringan kendiri oleh mana-mana individu yang ingin mengetahui status COVID-19;
• Individu yang mempunyai kontak dengan kes COVID-19; ATAU
• Saringan-saringan lain yang bersesuaian (seperti Pintu Masuk Antarabangsa, rentas negeri, saringan pra-pekerjaan, pra-kemasukan ke institusi tinggi dan lain-lain)

Pihak pengguna hendaklah memastikan kit yang dibeli telah mendapat kebenaran dari MDA.

Bagaimana hendak mendapatkan 
COVID-19 Rapid Test ?

a. 
COVID-19 Rapid Test boleh dibeli di farmasi atau fasiliti swasta.
b. 
COVID-19 Rapid Test dibekalkan oleh fasiliti kesihatan KKM mengikut keperluan.

Cara penggunaan COVID-19 Rapid Test

Sebelum memulakan prosedur:-

a) Membaca arahan penggunaan COVID-19 Rapid Test dengan teliti
b) Memeriksa dan memastikan 
COVID-19 Rapid Test adalah lengkap, tidak melepasi tarikh luput dan tidak rosak.
c) Mencuci tangan sebelum memulakan prosedur bagi mengelakkan kontaminasi silang.
d) Memastikan tempat melakukan prosedur ini kering, bersih dan mempunyai pengudaraan yang baik.
e) Memastikan tiada orang berhampiran bagi mengelakkan risiko jangkitan & kontaminasi silang.
f) Sekiranya prosedur ini perlu dibantu oleh orang lain, pembantu perlu memakai sekurang-kurangnya face mask & glove bagi mengelakkan risiko jangkitan dan kontaminasi silang.
g) Prosedur tidak dilakukan di tempat awam dan tidak berada berdekatan dengan orang lain bagi mengelakkan risiko jangkitan dan kontaminasi silang.

Prosedur ujian:

a) Mengambil sampel (air liur, nasal swab dan lain-lain) secara kendiri seperti yang dinyatakan pada arahan kit (instruction kit).
b) Melakukan ujian menggunakan 
COVID-19 Rapid Test dengan cermat mengikut arahan kit.
c) Membaca keputusan pengujian dalam tempoh masa yang ditetapkan seperti yang dinyatakan pada arahan kit bagi mengelakkan keputusan yang tidak tepat.

Selepas melakukan prosedur:

a) Memastikan semua alatan 
COVID-19 Rapid Test dimasukkan ke dalam plastik dan ikat dengan sempurna
b) Melupuskan plastik yang mengandungi kit ini ke dalam tong sampah
c) Menjalankan disinfeksi kawasan prosedur dengan larutan disinfeksi yang bersesuaian selepas prosedur pengujian
d) Mencuci tangan menggunakan sabun dan air selepas selesai menjalankan prosedur bagi mengelakkan kontaminasi silang.

Melaporkan Keputusan Ujian

a) Semua keputusan ujian 
COVID-19 Rapid Test sama ada positif, negatif atau invalid perlu dilaporkan secara self-reporting ke dalam aplikasi MySejahtera.
b) Pengguna bertanggungjawab melaporkan keputusan sebenar dan tidak melakukan pemalsuan keputusan bagi mencegah implikasi jangkitan kepada orang lain.

Sekiranya keputusan ujian positif:-

a) Keputusan positif wajib dilaporkan ke dalam MySejahtera (tertakluk kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342]).
b) Individu diminta untuk pergi sendiri ke fasiliti kesihatan swasta, COVID-19 Assesment Centre (CAC) atau klinik kesihatan berhampiran bagi penilaian kesihatan dan tindakan seterusnya. Individu ini wajib memakai pelitup muka apabila keluar dari rumah dan elakkan dari menaiki kenderaan awam.

Sekiranya keputusan ujian negatif:-

a) Sekiranya bergejala, sila ke fasiliti kesihatan swasta atau kinik kesihatan untuk penilaian kesihatan.
b) Sekiranya individu berkenaan merupakan seorang kontak kepada kes COVID 19, individu tersebut perlu terus menjalani kuarantin wajib sehingga tamat tempoh kuarantin.

Sekiranya keputusan ujian invalid, ujian perlu diulang.

Kat Mana Nak Beli?

COVID19 Rapid Test berkenaan kini sudahpun boleh dijual di semua farmasi komuniti berdaftar atau premis fasiliti kesihatan yang terdapat di Malaysia




You Might Also Like

0 KOmen: