Babies blink chocolate

BABIES BLINK CHOCOLATE


Babies Blink Chocolate merupakan produk terbaru keluaran Lyanaz Beauty Care. Ianya minuman istimewa untuk pemutihan menyeluruh. Cara penyediaan yang mudah dan rasa yang lazat membuatkan minuman ini mendapat permintaan tinggi di pasaran.


FUNGSI/KELEBIHAN/MANFAAT/KEBAIKAN BABIES BLINK CHOCOLATE

*Mencerahkan kulit dalam masa 5 hari
*Melembutkan dan mencerahkan kulit secara *menyeluruh dengan sekata
*Membaiki tekstur kulit agar nampak bersinar, cerah dan gebu dalam masa yang singkat
*Memulih kulit berparut, berjerawat serta kering
*Menganjalkan kulit agar sentiasa lembap
*Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di bawah kelompok mata
*Mengecilkan liang pori kulit
*Menguatkan sistem imunisasi badan agar kekal aktif bertenaga
*Menghilangkan rasa mengantuk



KANDUNGAN BAHAN-BAHAN BABIES BLINK CHOCOLATE

Serbuk Mutiara L-Cysteine Hydrochcloride Monohydrote,
Calcium, Ekstrak, Habbatussauda, Ekstrak Betik, Ekstrak Anggur,
Avocado, Tomato, Vitamin C, Marine Collagen,
Chocolate, Krimer Bukan Tenusu, Gula.


CARA PENGAMBILAN/CARA PENGGUNAAN BABIES BLINK CHOCOLATE

Amalkan 2 kali sehari.
Ambil 1 sachet sebelum sarapan dan sebelum tidur.
Pastikan ambik waktu perut kosong supaya mudah diserap dalam badan
Pastikan banyak minum air kosong untuk mempercepatkan proses tindak balas.

Harga rm35. 
Whatsapp : 0133861404





GC TEA ( TEH SEKAT GULA )

GLUCOS CUT TEA (GC TEA) atau Teh Sekat Gula adalah mengandungi 100% bahan herba semula jadi. Mengadaptasikan konsep "Herbal Tea Formula", dengan menawarkan pendekatan yang komprehensif untuk menyekat lemak dan penyerapan gula berlebihan serta

menguatkan sistem penghadaman perut. Kaedah ini akan membantu untuk menghentikan kesan dahaga akibat kepanasan, melegakan keletihan serta membantu menstabilkan glukosa darah.

Glukos Cut sesuai untuk mereka yang mengambil berat tentang gula darah, masalah kegemukan dan bagi mereka yang kurang bersenam.

Merupakan penawar terbaik untuk mengatasi masalah kencing manis atau diabetis serta mengatasi dan mengawal masalah obesiti.

Picture

Khasiat GC TEA

GLUCOS CUT mengandungi herba yang mempunyai "bukti saintifik terbaik" mengikut apa yang dirumuskan oleh National Library of Medicine (NLM) dan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH). Antaranya ramuan utama dan kelebihannya:

Teh hijau - mengandungi EGCG yang kaya antiokisda. Blok tindakan enzim yang dikenali sebagai alfa-amilase berupaya memecah karbohidrat kepada gula ringkas yang membentuk tenaga untuk digunakan oleh tubuh badan. Selain itu, teh hijau juga terkenal dengan kelebihannya untuk meningkatkan metabolisme badan serta mempercepatkan proses penghadaman supaya lemak-lemak tidak dapat terkumpul. Juga berupaya mengawal dan merendahkan tahap kolesterol dan anti-kanser.

Gymnema sylvestre - Herba yang amat dikenali sebagai "Wonder Herb For Diabetics" atau pemusnah gula. Asid Gymnemic mengisi lokasi reseptor pada selera kita dengan menghalang rasa manis makanan sekali gus membendung keinginan 'ketagihan' gula dan selera makan. Membantu menghalang pengaktifan dan penyerapan molekul gula berlebihan dalam makanan. Selain itu, ia juga didapati mampu menggalakkan perembesan insulin dari kalenjar pankreas serta menghalang penyerapan gula di usus. Ini akan merendahkah paras gula/ glukos dalam darah. 

Mulberry - berupaya mengimbangi kandungan gula dalam darah serta sebagai penyerap karbohidrat yang baik serta membantu mengurangkan berat badan. Juga kaya sebagai ejen antioksida.
Rooibos - aspalathin senyawa aktif merangsang pankreas beta-sel merembeskan insulin untuk menukarkan gula kepada tenaga.
Glucos Cut Sweetened dengan pemanis stevia. Menurut beberapa kajian, stevia sangat bermanfaat dalam mengawal paras gula dalam darah dan meningkatkan fungsi pankreas.

Teh Hijau Sekat Gula GC TEA mengandungi jumlah yang tinggi EGCG yang mempunyai keupayaan untuk merangsang metabolisma dan pembakaran lemak. Glucos CUT telah mengambil manfaat daripada khasiat teh hijau ke peringkat seterusnya dengan menggunakan ramuan tambahan yang berupaya meningkatkan metabolisme gula dan kawalan daripada ketagihan gula.

Kelebihan GC TEA

Merawat Kencing Manis
Berkesan Untuk Kuruskan Badan
Mengelakkan pengambilan gula berlebihan dalam makanan dan minuman seharian.
Mengurangkan risiko penyakit dan bahaya diabetes
Mengawal tahap glukosa darah
Mengawal dan mengatasi masalah berat badan
Membantu mengatasi mengatasi masalah berkaitan usus seperti sembelit.
Mengurangkan risiko penyakit kronik seperti kanser.


Picture

Cara Minum Glucose Cut Tea

1. Bancuhkan 1 uncang teh glukos seperti biasa dalam 1 jag besar (300Ml).
2. Diminum panas atau suam
3. Amalkan minum 2- 3 KALI SEHARI .
4. 1 uncang boleh direndam 3 KALI.

Tempahan Cheese Tart & Popia 3 Rasa Termurah di Melaka

Assalamualaikum.... Hai!





Cheese Tart Shazreen in the house! Sangat leleh dan rangup bila dimakan. Khas untuk orang Melaka kerana owner tidak membuat penghantaran dengan POSLAJU hanya COD area Melaka sahaja. 
Cheese Tart Shazreen menerima banyak tempahan dari hospital Melaka dan Famous di area Melaka Tengah, Merlimau dan juga Muar, Johor. Popia 3 rasa juga sedia untuk ditempah bila-bila masa sahaja!

Popia 3 Rasa









👆 Popia 3 rasa shazreen
1 balang rm24.00


Cheese Tart







👆  50biji RM35.00 

Filling Tart : Bluberry, Strawberry dan Mix


InsyaAllah rasa yang sedap & rangup walau dimakan begitu sahaja. Simpan dalam bekas kedap udara & tempat kering boleh tahan selama 2 bulan




Testimoni Shazreen Cheese Tart & Popia 3 Rasa









MASA TEMPAHAN

Tempahan perlu dibuat 3 hari awal. Untuk tempahan yang banyak, digalakkan buat tempahan seawal 1-2 bulan.



Delivery area Melaka tengah

Isnin-jumaat:7.30p.m-10.00p.m
Sabtu & ahad:10.00a.m-10.00p.m
Penghantaran adalah PERCUMA. Extra Charge akan dikenakan bergantung pada tempat

Cara Tempahan call/mesej/whatspp : Nor Izreen Fara 0136760212





Aduan Mengenai pampers Pet Pet Malaysia

Assalamualaikum..... Hai!

Kebiasaanya bila fara beli pampers tak pernah lagi ada masalah. Kali ni, masa beli ada sedikit rasa terkilan sebab pampersnya cuma ada pelekat sebelah sahaja. Fara pon buat la aduan di page facebook pet pet Malaysia dan dapat maklumbalas on the spot dari pihak pet pet.  Bagus pet pet ni bertanggungjawab bila pengguna ada masalah begini. Good job!! 


Sebelah pelekat je ade... 






Pihak pet pet minta fara sedikit maklumat diri mungkin untuk rujukan meraka.


Bersambung.........









Resepi Ayam Masak Merah Ajaib

Assalamualaikum....

Bila tekak nak makan sambal memang ayam masak merah la menjadi pilihan utama fara. Kali ni fara try resepi dari Che'Nom Resepi asal. 1st time fara masak sambal bubuh daun kari. Tulah yg ajaibnya.. Ngee!

Image result for ayam masak merah

Jumlah Hidangan : 4

Bahan-Bahan:
1/2 ekor ayam
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 cm halia
2 cm lengkuas
1 ulas kecil kunyit
1 batang serai hiris nipis
10 sudu cili boh yg telah siap diblend
1 Kulit kayu manis
Satu tangkai daun kari

Cara Penyediaan:

Potong ayam kepada beberapa bahagian sederhana besar.
Gaulkan dengan garam dan kunyit. Goreng separuh masak.
Dalam kuali berasingan, panaskan 1 senduk minyak. Apabila minyak sudah panas, masukkan bahan tumis.
Kemudian masukkan pula bahan kisar halus dan masak hingga pecah minyak.
Masukkan ayam, santan (jika anda suka) dan kacau sedikit hingga kuah mendidih serta menjadi pekat.
Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula. Sedia untuk dihidang.

Bau dan daun kari bile buat sambal memang MELETOP!! Resepi asal Che'Nom 

Selamat mencuba 

Kisah Raya bertiga

Assalamualaikum...



Hai. Alhamdulillah syawal disambut dengan penuh besederhana. Tema raya tahun 2015 giliran fara pilih warna "maroon" dan tahun seterusnya kami akan bergilir-gilir pilih warna. Cari baju last minit di Jalan Taiping berhampiran dengan The Store Klang. Pada mulanya agak giveup nak beli baju raya sebab xsemua butik ada jual baju raya set family. Kebanyakannya jenis kain atau fesyen yang dijual tu fara tidak berminat. 


Masa jalan cari baju hati tawakal je kalau  tak jumpa baju set family terpaksa la cari cara manual pilih satu warna yang senang carikan sekali untuk Aimi. Baju budak pon 1 masalah jugak nak cari last minit banyak dah sold out. Fara lupa pulak nama kedai yang fara beli aritu . Memang rambang mata masa nak pilih semuanya cantik-cantik belaka. Next time inshaAllah beli kat situ je member kad pon dah apply boleh la dapat diskaun.


Abaikan rambut depan aimi yang senget benget tu. Sape potong? Aku la.. haha. Xgeti duduk diam masa potong sape suruh. Nasib la jadi senget rambutnya. Belum pernah lagi hantar potong kat kedai sebab takut baru nak potong aimi dah meragam lagi susah nak handle.





Raya Pertama  fara beraya di Dengkil. Bila ade kat rumah orang fara cuma pesan pada aimi "behave" jangan meragam. Syukur alhamdulillah aimi behave.Tahun lepas beraya memang mencabar. Aimi xboleh berenggang langsung dengan fara atau suami. Agak malulah juga bila orang pandang anak kite melekat dengan mak pak die 24jam, kena tegur sikit menangis, pandang xboleh, macam2 hal la. Its a Kid! Normal la bila ade budak perangai mcmni. Mana boleh bandingkan anak orang dengan anak kita kan. Lagipon masa kecik ni la peluang nak pelok anak puas-puas. Depa dah besau nanti bende ni lah yang kite rindu. Rindu nak pelok, sakat, cium anak. Kalau anak korang mudah mesra dengan sekeliling its a good! 





Aimi memang manja dengan suami. Bila kat tempat  ramai die akan lebih selesa bila berada dengan suami. Fara akan backup buat aimi rasa seronok bermain dalam keadaan tengah ramai. Cara fara buat aimi selesa,Fara akan duduk jauh cikit dengan suami so,bila aimi nak pergi kat fara die kena gerakkan badan. Lama kelamaan baru aimi ok nak gerak sendiri bermain. Jangan ada yang sergah melulu gerenti aimi menangis mood down terus. Cara paling cepat buat aimi selesa kt tempat orang bila dia nampak ade geng-geng sebaya bermain. Terus excited nak bermain sama. Tengah mood ok aimi nak la bermain. Tengah mood xok die lebih suka tengok kawan bermain dari jauh je.








Seronok die main belon kat rumah orang.  Kat rumah sendiri semua mainan x hairan langsung. Masa beli je excited lepastu dah bosan campak merata. Fara juga kena cari simpan elok-elok dalam bekas mainan. Besau cikit dah main harap kemas ye aimi.
















Baju biru tu sepupu aimi Noor Khalisyah dah 2 tahun lebih. Fara suke tgk muka khalisyah sweet sangat!!





Ni adik beradik sebelah suami ade 2 orang je xde dalam gambar.





Mohon maaf dipinta jika ada silap dan salah yang tidak disengajakan. Hubungan yang jauh kita rapatkan, yang dekat kita eratkan lagi. 






"Selamat Hari Raya dari Fara dan Family"