Perbezaan Momo Challenge VS Blue Whale

Perbezaan Antara Momo Challenge Dengan Blue Whale Challenge



Game Momo Challenge ini berbeza dengan The Blue Whale tapi mempunyai tujuan yang sama iaitu supaya remaja bunuh diri selepas terlibat.

Momo Challenge lebih agresif dari segi pihak Momo Challenge mengugut perkara violence dan call untuk mengugut sekiranya mangsa tidak mahu meneruskan game tersebut.

The Blue Whale lebih kepada peningkatan body tolerance towards pain and to finally commit suicide.

Momo Challenge lebih kepada mencabar orang untuk melakukan keganasan termasuklah membunuh diri.


Sebagai ibu bapa, awasi setiap pergerakan anak anda. Didik hati dan minda anak supaya tahu yang mana baik, yang mana buruk. Yang mana boleh diikut, yang mana tidak boleh diikut. Semoga dijauhkan dari perkara tidak diingini.




AMARAN! Awasi Anak Anda Dari Terlibat Dengan Momo Challenge


AMARAN pada IBU BAPA: Momo challenge galak kanak-kanak bunuh diri?



Momo Challenge ?

Momo Challenge ialah sebuah permainan 'psycho' yang target utama ialah golongan kanak-kanak. Sosial media yang menjadi target mereka ialah whatapps.

Biasanya akan ada satu mesej melalui whatapps daripada nombor yang tidak di kenali yang ber'DP'kan gambar seram di bawah. Mereka akan suruh kita save nombor itu.

Mereka akan ugut kita melakukan apa yang mereka suruh dan akhirnya akan memberi arahan untuk bunuh diri. Mereka akan hack segala bentuk maklumat dalam phone kita termasuk contact,gambar,video dan paling penting kamera kita. Mereka boleh rakam melalui kamera kita dan mereka memerhatikan kita setiap masa.

Adakah permainan ini bahaya? Ya, seorang kanak-kanak berumur 12 tahun meninggal di Argentina kerana permainan ini. Ada beberapa lagi kes direkodkan di negara-negara lain.

Perhatikan apa anak anda buat dengan telefon. Biasanya Mentaliti kanak-kanak cepat percaya apa orang cakap bahkan orang dewasa pun pernah kena dengan permainan seperti 'blue whale game'.

Bagaimana nak elakkan dan atasi masalah ini? 

1.Jangan save nombor itu. Tiada siapa setahu saya mampu hack seluruh maklumat dalam phone hanya dengan chat whatapps.

2.Anda kena block nombor itu secepat mungkin. Biasanya momo akan beritahu nombor itu tidak boleh di block tetapi sebenarnya boleh.

3.Jangan muat turun apa-apa jenis media atau tekan apa-apa link.Biasanya mereka akan hack melalui virus yang disertakan dalam media itu. Anda bukan saja download media tetapi virus sekali.

4.Elakkan simpan apa-apa gambar peribadi seperti gambar bogel,tidak menutup aurat, maklumat akaun bank dsb dalam phone.

5.Sila buat laporan polis secepat mungkin kerana momo bukan hanya satu nombor. Mungkin mereka mempunyai berpuluh, beratus, beribu atau berjuta nombor. Momo ialah satu 'network'.



Sila #share maklumat ini, anda mampu menyelamatkan nyawa.
#MomoChallenge

Perkhidmatan Penghantaran Bunga Di Seluruh Malaysia

Assalamualaikum..

Mencari perkhidmatan penghantaran bunga ke seluruh Malaysia pada harga murah dan servis berbaloi? Fara ingin memperkenalkan kepada anda Flower Chimp. 


Tawaran Harga Serendah RM89 Sahaja!

Daripada pilihan jambangan sempena hari lahir hingga ke kiriman bunga sebagai tanda ucapan tahniah, titipan istimewa sempena sambutan Hari Kekasih dan Hari Ibu, Flower Chimp akan memenuhi keperluan bunga-bungaan anda dari harga serendah RM89 sahaja. 


Penghantaran Bunga Boleh Dibuat Ke Seluruh Malaysia

Flower Chimp menawarkan perkhidmatan penghantaran ke seluruh negara yang meliputi lebih daripada 80 daerah di dalam Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak. Dengan rangkaian meluas seperti itu, tidak hairanlah perkhidmatan penghantaran bunga dalam talian tersebut menjadi pilihan utama pelanggan yang turut menikmati penjimatan menerusi penghantaran secara percuma ke atas semua tempahan tanpa had perbelanjaan minima. 


Boleh Memilih Tarikh Sendiri Untuk Penghantaran

Malah, pelanggan juga boleh menjadualkan penghantaran pada hari yang sama bagi semua tempahan yang dibuat sebelum pukul 1 tengah hari untuk mengejutkan insan tersayang mereka. Pilihan nombor 1 dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian di Malaysia, Indonesia dan Filipina dengan rekod pertumbuhan lima (5) kali ganda berbanding tahun lepas

Related image

Mengenai Flower Chimp

Flower Chimp telah ditubuhkan oleh dua usahawan dari Jerman, Maximilian Lotz dan Niklas Frassa yang telah lama bertapak di Asia Tenggara. Selepas menghabiskan masa di Belanda yang terkenal sebagai pusat perkembangan bunga-bungaan dunia, mereka mengambil keputusan untuk menceburi bidang perniagaan berkaitan bunga dan meletakkan penanda aras baharu dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian. 


Dengan mengutamakan kepuasan pelanggan, Flower Chimp telah memenuhi keperluan terhadap bunga berkualiti tinggi pada harga berpatutan yang turut disokong dengan perkhidmatan penghantaran percuma ke seluruh negara. Sejajar dengan peningkatan perniagaan tersebut, mereka terus meningkatkan perkhidmatan dan menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk menawarkan lebih banyak pilihan bunga-bungaan kepada pasaran yang semakin berkembang.


Buat masa ini, Flower Chimp beroperasi di Malaysia, Indonesia dan Filipina. Dalam masa terdekat, dua usahawan bercita-cita tinggi ini bakal melancarkan platform mereka di Singapura dan negara Asia Tenggara lain.



Hubungi :

Flower Chimp di Malaysia 

Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.com/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpMY/
Instagram: @flowerchimp


Flower Chimp di Indonesia

Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.co.id/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpID/
Instagram: @flowerchimp.id

Flower Chimp di Filipina

Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.com.ph/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpPH/
Instagram: @flowerchimp.ph

Untuk maklumat lanjut tentang Flower Chimp, layari www.flowerchimp.com



Japan Seamless Bra Selesa Dipakai Setiap Masa | Hwoofit

Perasan atau tidak apabila kita memakai T-Shirt seringkali ternampak bentuk 'nipple' atau 'renda' walaupun telah memakai bra? Haaa, inilah kesilapan kita memilih bra mengikut kesesuaian pakaian. Ya! nak pakai bra pun kena pandai pilih kalau tidak boleh menimbulkan 'wak sangka' pada yang memandang.


Pemilihan bra yang tepat sebenarnya penting agar tak nampak garisan bra bila memakai baju jenis T-Shirt. Fara sendiri baru tahu perkara ni setelah baca tips dari pakar. Sebelum mengetahui perkara ini, Fara hanya 'sekadar beli/amik je' apa yang murah dan berkualiti. Silap rupenya!

Jepun Seamless Bra Memberi Sokongan Dan Keselesaan Sempurna

Ok, dipendekkan cerita, Fara pun try la beli Seamless Bra dari Hwoofit untuk lihat perbezaannya. Yess! memang ada perbezaan. Bahagian hadapan Seamless Bra ni licin dan apabila memakai T-Shirt nampak lebih rapi dan rasa selamat.


Material bra ini pula diperbuat daripada bahan yang sangat lembut sehingga tidak ketara kelihatan bentuk payudara apabila memakai T-shirt. Warna Seamless Bra ini pula paling menarik perhatian Fara. Warna tona Hijau Lumut. Seamless Bra adalah alternatif push up bra tanpa dawai yang memberikan sokongan dan keselesaan yang sempurna pada masa yang sama.



Sesuai Dipakai Harian Dan Ketika Tidur

Japan Seamless Bra memberikan rasa ringan dan keselesaan paling best sesuai dipakai harian mahupun ketika tidur.  Satu-satunya keburukan memakai bra semasa tidur, terutamanya bra dengan sokongan dawai (underwire) adalah ia boleh menyekat peredaran darah anda. Jika dawai itu terlalu ketat, otot-otot dada akan tersempit, dan ini akan menjejaskan peredaran darah ke lengan dan tangan. Tanpa disedari, ketidakselesaan ini boleh menganggu anda tidur dengan nyenyak. Apabila seseorang tidak mendapat tidur secukupnya, kesihatan individu itu boleh terjejas.

5.png

Gambar diatas adalah bahagian dalam bra. Pemakaian bra jenis dawai adakalanya membuatkan rasa tidak selesa dan sakit kan? Japan Seamless Bra ni direka khas untuk memberikan keselesaan bagi peminat bra push up tanpa dawai. Paling istimewanya, bra ini menyokong penuh payudara nampak macam pakai 'push up'. Biasanya kena beli bra push up untuk terlihat montok tapi pakai bra ni pun sudah memadai. Kalau korang suka beli push up ber 'dawai' apa kata cuba jenis Japan Seamless ni pula?

Kelebihan Japan Seamless Bra :
  • Payudara lebih montok
  • Push Up Bra tanpa wayar
  • Boleh dipakai harian dan tidur
  • Selesa dan Ringan
  • Menyokong penuh payudara
Macam Mana Nak Beli Japan Seamless Bra ni?

kalau korang berminat nak beli, terus buat pembelian ke laman sesawang Hwoofit okay!

Facebook : Hwoofit







Bersalin Hospital Swasta VS Kemampuan


Ramai wanita memilih untuk bersalin di hospital swasta kerana ingin doktor wanita, kepercayaan bahawa rawatan adalah lebih bagus, ingin keselesaan dan privacy, ingin anak-beranak dapat tinggal sekali di hospital dan sebagainya. Akan tetapi, caj hospital swasta adalah tinggi. Adakah anda benar-benar mampu untuk  rawatan di hospital swasta?

Scenario 1:

Seorang wanita bergegas ke sebuah hospital swasta kerana telah tiba masanya untuk bersalin. Selepas beberapa jam, doktor menasihatinya bahawa kelahiran pembedahan perlu dilakukan kerana 'failure to progress'. Wanita dan suaminya akur, dan bayinya dilahirkan dengan selamat melalui caesarean section.

Beberapa hari kemudian, wanita tersebut dan bayinya disahkan sihat untuk pulang ke rumah. Suaminya diminta untuk membayar bil. Tetapi suaminya memaklumkan bahawa dia tidak mempunyai wang yang secukupnya. Menurutnya, dia telah pun memohon untuk pinjaman dan dijangka permohonannya akan diluluskan dalam masa seminggu. Dia mengemukakan bukti untuk permohonan tersebut. Isteri dan bayinya dibenarkan pulang, tetapi dokumen-dokumen kelahiran yang diperlukan untuk mendaftar kelahiran bayi dipegang oleh pihak hospital swasta sehingga bayaran bil dilangsaikan.

Beberapa bulan telah berlalu dan suami tersebut masih belum melangsaikan hutang, dan kelahiran bayinya masih belum berdaftar.

Scenario 2:

Sebuah hospital swasta menjadi pilihan ramai pasangan untuk melahirkan bayi mereka kerana caj yang murah berbanding dengan hospital swasta yang lain. Ramai yang memilih untuk bersalin di sini menabung wang yang secukupnya untuk membayar caj untuk kelahiran biasa.

Akan tetapi, malang tidak berbau. Tidak semua wanita yang merancang untuk bersalin biasa, akan berjaya bersalin biasa. Ada yang mengalami 'fetal distress' atau 'baby lemas' dan pembedahan caesarean terpaksa dilakukan untuk melahirkan bayi secepat mungkin untuk menyelamatkan nyawanya.

Dalam keadaan ini, ada beberapa pasangan yang meminta untuk di refer ke hospital kerajaan sebagai kecemasan kerana tidak mampu membayar caj caesarean.

Tetapi, untuk memindahkan pesakit ke hospital besar (walaupun hanya 1Km jauhnya) akan memakan masa sekurang-kurangnya sejam ke sejam setengah sehingga caesarean dapat dilakukan dengan selamat (Bayar bil medical centre, sediakan ambulans, pindahkan pesakit, perlu menghubungi hospital besar, masa perjalanan, masa untuk persediaan untuk melakukan pembedagan etc). Adakah bayi yang lemas akan masih hidup dalam masa sejam setengah itu?

Scenario 3:

Seorang wanita melahirkan bayinya dengan selamat di hospital swasta. Tetapi didapati bayinya mengalami masalah pernafasan. Oleh itu, bayi terpaksa dirawat di wad NICU (Neonatal ICU) dengan alat bantu pernafasan. Bayi itu dirawat di NICU selama 4 hari sebelum keadaannya pulih. Caj untuk rawatan di NICU ialah lebih kurang RM2000 untuk satu hari. Bil keseluruhan wanita tersebut hampir mencecah RM20000 sedangkan dia hanya menyediakan RM5000 untuk bersalin normal.

Nak buat apa sahaja, buatlah ikut kemampuan

Sebagaimana kita harus pandai menguruskan perbelanjaan menurut kemampuan kita apabila membeli baju, makanan, kereta atau rumah, seperti itu juga sepatutnya kita memilih klinik/hospital/medical centre.

Ikutlah kemampuan kita. Jika tidak mampu untuk ke hospital swasta, tidak perlu malu. Pergilah ke hospital kerajaan. Mungkin anda perlu tunggu lama sedikit dan mungkin wad kurang selesa berbanding dengan hospital swasta, tetapi rawatan adalah lebih kurang sama.

Untuk wanita yang hendak bersalin, bajet dan simpan wang cukup untuk kelahiran caesarean. 20-30% wanita terpaksa melahirkan anak melalui pembedahan caesarean. Oleh itu adalah tidak munasabah untuk beranggapan yang anda sememangnya akan berjaya bersalin normal.

Jika anda tidak mampu membayar caj caesarean, lebih wajar untuk anda bersalin di hospital kerajaan.

Simpanlah wang secukupnya untuk caesarean. Jika rezeki anda untuk bersalin normal, wang yang berlebihan boleh digunakan untuk membeli keperluan anak itu, atau menjadi wang simpanannya untuk masa depan. Bukankah lebih elok begitu?




Kelebihan Menggunakan Baby Electric Nail Trimmer | Lunavie


Assalamualaikum... dan haiiii

Kebersihan kuku bayi harus dijaga sejak awal kelahirannya. Memotong kuku bayi harus dilakukan secara teratur. Kuku bayi yang baru lahir memiliki tekstur yang lembut dan cepat panjang. Potonglah kuku bayi untuk mencegah agar kuku bayi tidak melukai kulit bayi. Gerakan tangan bayi yang tidak terkendali boleh mengakibatkan kuku bayi mencakar wajahnya sendiri tanpa sengaja.


Pemotong Kuku Khas Untuk Bayi

Gunakan pemotong kuku khas untuk si kecil. Ketika memotong atau mengunting kuku bayi, anda perlu berhati-hati. Jika terlalu pendek ia boleh terluka dan kalau masih terlalu panjang, kuku tersebut boleh menggores dan menimbulkan kesan-kesan calar merah di wajahnya sendiri. Anda perlu memotong kuku bayi dengan cara yang sederhana iaitu memotongnya dengan menggunakan ketip kuku atau gunting kuku khusus untuk bayi.

Lunavie Baby Electric Nail Trimmer Memudahkan Proses Pemotongan Kuku Bayi

Memotong kuku bayi memang harus ekstra hati-hati. Jika terlalu pendek memotong kukunya, boleh menyebabkan terluka. Jadi, bila kuku bayi mulai nampak panjang adalah waktu sesuai untuk memotongnya.


Baby Nail Trimmer seperti gambar rajah di atas adalah produk keluaran dari Lunavie. Sejurus menggunakan pengetip kuku jika anda perasan kuku bayi tetap berasa tajam bukan? inilah sebabnya Fara perlukan trimmer untuk mengasah kuku bayi supaya kuku bayi tidak tajam.

Kelebihan Baby Electric Nail Trimmer 

Pengalaman Fara menggunakan Baby Electric Nail Trimmer dari Lunavie ini boleh dikatakan sangat membantu sepanjang proses pemotongan kuku. Ia dilengkapi dengan tiga pad dan tiga alat pemfailan yang direka mengikut umur bayi.

Boleh pilih cushion pad yang sesuai untuk bayi:

Cushion pad biru: 0-3 bulan
Cushion pad Orange: 4-11 bulan
Cushion pad merah jambu: 12 + Bulan


Dan 3 cushion pad untuk dewasa.

Cushion pad putih: Kuku penggilap untuk ibu
Logam pengisaran: Mengisar kulit mati dan callus atas kuku ibu
Cylin pengisaran: Mengisar kulit tepi kuku ibu

Kebaikan Baby Electric Nail Trimmer seperti:

1. Keselamatan: Ia tidak akan menyebabkan sebarang cedera pada kulit bayi atau kuku yang lembut.

2. Rendah Decibel: Ia boleh memangkas dan menggilap kuku kaki atau kuku jari secara senyap.

3. 6 dalam 1 Reka bentuk: Ia datang dengan 6 kepala pengisaran yang berbeza.

4. LED Light: Ia dilengkapi dengan lampu LED depan.

5. 4 Tetapan Pantas: Terdapat 4 kelajuan (tinggi / rendah) dan corak berputar (mengikut arah jam / lawan jam).


Cara Pemasangan Dan Penggunaan Yang Mudah Dan Cepat

Bateri tidak termasuk dalam produk. Jadi, bateri anda perlu sediakan sendiri. Lampu pada trimmer pula adalah automatik. Ia akan terbuka sendiri sejurus Fara menekan switch. Nah, sedikit cara pemasangan dan penggunaan trimmer :

1. Jika kuku bayi panjang, potong sedikit
2. Sesuai dengan usia bayi, pilih grinding kepala yang sesuai
3. Hubungkan grinding kepala dengan trimmer
4. Perlahan memegang tangan bayi, pilih kecepatan yang sesuai dan trim



Proses trimmer lebih mudah jika bayi dalam keadaan tidur. Bila umur baby meningkat besar agak sukar melakukan pemotongan kerana takut mengakibatkan luka pada bahagian kuku. TAPI, tidak perlu risau kerana trimmer ini langsung tidak menyebabkan luka dan selamat digunakan.


Bunyi trimmer yang perlahan juga tidak mengganggu tidur bayi. Lampu yang sentiasa terbuka pada trimmer menjadikan proses pemotongan boleh dilakukan walaupun dalam keadaan kurang cahaya.

Atau anda boleh lihat contoh video dibawah cara penggunakan Baby Electric Nail Trimmer :


Baby Electric Nail Trimmer Selamat Dan Mudah Digunakan 

Siapa tak suka dengan produk yang memudahkan ini bukan? Selepas trim kuku bayi Fara dah tak risau jika bayi menggaru mukanya. Jika dahulu akan terjadi calar dan luka walaupun sudah pemotong pendek kuku tapi sekarang, bayi Fara sendiri selesa dan tidak luka bila menggosok muka.


Anda boleh membeli produk ini di :

Berminat untuk membeli trimmer ini? boleh direct beli di website Lunavie atau laman sesawang mereka di :