Kelebihan Hada Labo Whitening Water Gel


Hada Labo Whitening Water Gel atau lebih kenali sebagai moisturizer/pelembap didatangi dengan manfaat 3X pencerahan dan kuasa penghidratan yang tinggi agar kulit kelihatan cerah, berseri dan lembap sepanjang hari.


Diperkaya Dengan Ramuan Pencerahan Terbaik

Diperkaya dengan ramuan pencerahan intensif seperti Vitamin C, Vitamin B3 dan Carnosine, Hada Labo Whitening Water Gel menjanjikan anda kulit yang lebih bercahaya, cerah dan berseri melalui 3 tindakan pencerahan di bawah:


Anti-Kemerahan – Hada Labo Whitening Water Gel dipertingkatkan dengan Vitamin C untuk membantu mengimbangi tona kulit tidak sekata, agar kulit kelihatan lebih cerah & bercahaya. 

Anti-Bintik Gelap – Vitamin B3 yang terkandung di dalam Hada Labo Whitening Water Gel membantu meningkatkan pencerahan dan pada masa yang sama menyerlahkan kecerahan kulit. 

Anti-Kekusaman – Carnosine, ramuan anti-penuaan membantu membangkitkan kulit yang kelihatan kusam dan memperbaiki tona kulit kekuningan untuk penampilan kulit wajah yang lebih berseri.

Tekstur Gel Yang Sangat Ringan Dan Cepat Meresap

Hada Labo Whitening Water Gel juga dirumuskan dengan teknologi High Performance Penetrating and Deep Moisturizing (HPP&M), yang diperkaya dengan 4 jenis Asid Hyaluronic (HA) yang berlainan saiz agar ia dapat meresap ke dalam setiap lapisan kulit untuk mengunci kelembapan dan memberikan kelembapan yang berpanjangan. Di samping itu dengan kombinasi teknologi Aqua Oil Volume Matrix ia membentuk perisai perlindungan lembapan pada permukaan kulit untuk memastikan kulit kekal terhidrat pada setiap masa.


Hada Labo Whitening Water Gel didatangi dengan tekstur gel yang amat ringan seperti air untuk membolehkan kulit terasa segar sepanjang hari. Ia adalah pH seimbang, bebas daripada pewangi dan minyak mineral. Untuk kuasa pencerahan yang lebih berkesan, gunakannya bersaman Hada Labo Whitening Essence.


Berharga RM69.90 untuk Hada Labo Whitening Water Gel dan RM74.00 untuk Hada Labo Whitening Essence kedua-dua produk ini boleh didapati di farmasi seluruh negara



TERBARU! Dutch Lady +Protein Menampilkan Susu Rendah Lemak Kalsium Tinggi Berkhasiat

Susu Dutch Lady +Protein BAHARU yang penuh dengan nutrisi lagi lazat dapat memberikan keluarga anda permulaan pagi yang lebih kuat dengan protein berkualiti tinggi dan kandungan kalsium yang tinggi!


Susu Rendah Lemak Kalsium Tinggi Berkhasiat!

Protein merupakan asas pembentukan badan manusia, bagi menghasilkan rambut, kulit, mata, otot dan organ kita2. Nutrien tersebut bertindak seperti kru pembaikan dan pembinaan untuk tisu badan kita, membantu membina otot yang kuat yang kita perlukan untuk setiap aktiviti rutin dalam kehidupan seharian kita. Oleh itu, pengambilan protein yang mencukupi dalam setiap hidangan adalah penting untuk memastikan badan kita berfungsi dengan optimum untuk prestasi terbaik sama ada ketika berada di sekolah atau di tempat kerja.


Minum Susu Setiap Pagi Untuk Kekal Kuat Dan Bertenaga!

Minum Dutch Lady +Protein pada waktu pagi merupakan cara yang mudah untuk membekalkan tenaga dan nutrisi untuk sepanjang hari. Yang paling penting, ia kaya dengan protein berkualiti tinggi, berkalsium tinggi, dan penuh dengan nutrien penting, untuk membantu membina otot dan tulang yang kuat



Dapatkan Susu Dutch Lady +Protein Hari Ini!


Jom tingkatkan pengambilan protein dan kalsium keluarga anda semasa sarapan untuk otot dan tulang yang kuat dengan susu Dutch Lady +protein mulai hari ini untuk permulaan hari yang lebih kuat! Dutch Lady +Protein UHT 1L dan susu dipasteur 1L kini boleh didapati di pasar raya besar, pasar raya, pasar mini dan kedai runcit terpilih di seluruh negara.


Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Dutch Lady Malaysia di 

Senarai Miceller Water Drugstore Terbaik dan Popular

Pembersih wajah atau dipanggil MICELLER WATER kini menjadi pilihan ramai yang digunakan untuk membersihkan wajah secara menyeluruh. MICELLER WATER memang terbaik untuk membersihkan kotoran, sisa minyak, dan make-up di wajah yang sukar ditanggalkan.  Pelbagai jenis MICELLER WATER ada dipasaran mana satu yang sesuai dan apa kelebihan setiap MICELLER WATER tersebut? kalau nak tahu teruskan pembacaan

Nah Senarai Miceller Water Drugstore Terbaik Dan Popular

1. Kelebihan Simple Micellar Cleansing Water



Simple ialah jenama yang mesra kulit tanpa penggunaan bahan was-was. Simple Micellar Cleansing Water menghidrat kulit sambil membersihkan semua kotoran dan kusam dari wajah anda. Dibuat dengan air yang dibersihkan tiga kali, ia mengandungi campuran bahan semula jadi yang terbaik untuk kulit.

2. Kelebihan Garnier SkinActive Micellar Cleansing Water

Related image

Micellar water kedua iaitu Garnier SkinActive Micellar Cleansing Water yang mampu membersihkan wajah secara maksimal adalah Garnier Micellar Water. Produk ini pun hadir dalam dua pilihan iaitu Pink untuk kulit normal / sensitif serta Blue untuk kulit berminyak / berjerawat. Formula molekul micellar pada Garnier Micellar Water membantu mengangkat makeup, kotoran, dan debu secara mudah.

3. Kelebihan Nivea MicellAIR Skin Breathe

Related image

NIVEA MicellAIR Skin Breathe baik untuk membersihkan kulit wajah dan menghilangkan make-up. produk ini adalah Pembersih Wajah Bebas Alkohol. NIVEA MicellAIR diformulasikan dengan teknologi partikel Micelles Complex yang bekerja seperti magnet untuk menanggalkan makeup, kotoran, dan sebum secara efektif tanpa kesan sampingan. Produk ini bebas alkohol mahupun paraben, pembersih wajah ini terasa lembut dan menyegarkan pada wajah, tanpa membuat kulit terasa kering, dan sesuai digunakan hari-hari

4. Kelebihan MAYBELLINE Micellar Water

Image result for MAYBELLINE Micellar Water

MAYBELLINE Micellar Water yang dibuat dari air ini tidak mengandung wangian, minyak, dan alkohol, jadi sesuai untuk semua jenis kulit termasuk yang sensitif sekalipun. Micellar water ini juga telah di uji oleh ophthalmologist yang menyatakan produk ini boleh dipakai pada bahagian mata

5. Kelebihan Garnier Micellar Oil Infused Cleansing Water

Image result for Garnier Micellar Oil Infused Cleansing Water


TERBARU! Cukup satu usapan lembut, Garnier Micellar Oil Infused Cleansing Water mampu bersihkan wajah anda secara menyeluruh. Garnier Micellar Oil Infused Cleansing Water Diperkaya dengan Micelles & Argan Oils yang mampu menanggalkan make-up paling terbaik antara miceller water di pasaran! Melarutkan make-up, kotoran, & tanpa rasa berminyak.

Micellar Oil-Infused Cleansing Water ini dapat membersihkan dan menghapus kotoran, debu, dan make-up yang waterproof sekalipun dalam 1 kali usap dengan lembut dan tidak perlu dibilas. Dapat mengurangi minyak berlebih tanpa membuat kulit kering. Sesuai untuk semua jenis kulit.

Cara Penggunaan:

(1) Goncang botol beberapa saat sebelum digunakan
(2) Tuangkan Micellar Water ke kapas
(3) Bersihkan wajah secara perlahan-lahan.





Kelebihan Whitening Pearl Cream Sendayu Tinggi


Whitening Pearl Cream ni memang sangat popular bagi pengguna Sendayu Tinggi dan setiap kali restock mesti cepat je sold out.


6 Kelebihan Whitening Pearl Cream Sendayu Tinggi :

  1. Krim muka dari mutiara untuk kegunaan harian dengan tekstur lembut dan mudah diratakan
  2. Formulasi dari ekstrak mutiara membantu mencerah dan memutihkan secara semula jadi jika digunakan konsisten
  3. Mengandungi SPF 15 untuk melindungi wajah selama 4 jam dari sinaran UV
  4. Membantu memudarkan parut jerawat dan jeragat
  5. Aplikasi pertama menampakkan wajah cerah natural dan berseri walaupun tidak mengenakan bedak asas
  6. Bebas paraben

InshaAllah Fara akan review produk ni. Asal nak beli asik sold out! So stay tuned! 😘



Resepi Sup Ikan Merah Sedap dan Simple

Assalamualaikum...


Dah masak ke belum? Menu hari ini cukup simple dan berkhasiat iaitu Sup Ikan Merah. Baru tumis bahan-bahan anak-anak dah puji hmmmm sedapnya bau.. Terus berbunga hati nak masak. Rasa semangat lain macam bila kena puji. hehe

Ikan merah ni memang sedap kalau buat sup. Rasa ikan dia lebih UMMmm dan fresh. Yang penting anak-anak suka.


Bahan bahan:


2 ekor Ikan Merah
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1/2 inci halia - hiris kasar
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 biji ubi kentang - jika suka
1 batang karot - hiris nipis
1 sudu lada hitam - tumbuk kasar
1-2 sudu kecil MAGGI Cukup Rasa
Garam - jika perlu
Daun sup / daun bawang
Bawang goreng

bahan-bahan yg diperlukan

Cara cara:

Panaskan minyak dan tumis halia, bawang merah, bawang putih yang dihiris bersama kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau.

Masukkan air secukupnya. Masukkan ubi kentang dan karot dan masak sehingga hampir lembut.

Kemudian masukkan ikan, garam, lada hitam dan serbuk MAGGI Cukup Rasa.

Setelah kentang empuk, taburkan daun bawang dan tutup api. Sebelum dihidangkan, tabur bawang goreng.




selamat mencuba!

Jenis-Jenis Vitamin Yang Bersesuaian untuk Masalah Kanak-kanak



1) Vitamin C 🤒😷

Jika anak-anak anda kerap demam atau selsema, vitamin C boleh membantu meningkatkan daya tahan tubuh anak-anak anda.

2) Multivitamins 💪💪

Jika anak-anak anda kurus Dan seperti Kekurangan zat makanan serta jenis yang memilih makanan, Multivitamins boleh membantu membekalkan zat Dan nutrient yang diperlukan oleh badan anak-anak. Kebiasaannya, Multivitamins dicampur skali dengan Lysine bagi meningkatkan selera makan anak-anak sekali.

3) Lysine 🥪🍿🥗

Jika anak-anak anda tiada selera makan, vitamin yang mengandungi Lysine boleh membantu menambah selera makan anak-anak. Anak-anak yang kerap sakit dan tiada selera makan anda boleh memilih Vitamin C + Lysine. Bagi anak-anak yang kekurangan zat atau jenis yang memilih makanan anda boleh memilih Multivitamins + Lysine.

4) DHA 🧠🧠🧠

Bagi anak-anak yang sukar untuk memberi tumpuan, DHA boleh membantu dalam perkembangan otak anak-anak untuk membantu anak-anak lebih fokus.