Kenali Apa itu Hantavirus & Simptom-Simptom nya

Apa itu Hanta Virus ?

Hantaviruses adalah keluarga virus yang tersebar terutamanya oleh tikus dan boleh menyebabkan sindrom penyakit bervariasi pada orang di seluruh dunia. Jangkitan dengan mana-mana hantavirus boleh menghasilkan penyakit hantavirus pada orang. Hantaviruses di Amerika dikenali sebagai hantaviruses "Dunia Baru" dan boleh menyebabkan sindrom pulmonari hantavirus (HPS). Hantavirus lain, yang dikenali sebagai "Old World" hantaviruses, didapati kebanyakannya di Eropah dan Asia dan boleh menyebabkan demam berdarah dengan sindrom buah pinggang (HFRS).


Setiap hantavirus serotype mempunyai spesies tuan rumah spesifik tikus dan disebarkan kepada orang melalui virus aerosol yang ditumpahkan dalam air kencing, najis, dan air liur, dan kurang kerap dengan gigitan dari tuan rumah yang dijangkiti. Hantavirus yang paling penting di Amerika Syarikat yang boleh menyebabkan HPS adalah virus Sin Nombre, disebarkan oleh tikus rusa. (sumber)

"China’s Global Times tweeted that the man from Yunnan Province died while on his way back to Shandong Province for work on a bus on Monday. The 32 other people on the bus were also tested for the virus."

Simptom-simptom HantaVirus

Gejala awal HPS termasuk keletihan, demam, dan sakit otot, bersama-sama dengan sakit kepala, pening, menggigil dan masalah perut. Sekiranya tidak dirawat, ia boleh membawa kepada batuk dan sesak nafas dan boleh membawa maut, dengan kadar kematian sebanyak 38 peratus, menurut CDC.

Walaupun gejala awal HFRS juga tetap sama, ia boleh menyebabkan tekanan darah rendah, kejutan akut, kebocoran vaskular, dan kegagalan buah pinggang akut.

HPS tidak boleh disampaikan dari orang ke orang, sementara penghantaran HFRS antara orang sangat jarang berlaku. Mengikut CDC, kawalan populasi tikus adalah strategi utama untuk mencegah jangkitan hantavirus.

Resepi Puding Karamel Tanpa Telur Confirm Sedap

PUDING KARAMEL TANPA TELUR


Bahan-bahan:

* 3 sudu besar gula pasir (untuk dijadikan gula hangus)
* 1 peket agar-agar serbuk (10g)
* 4 cawan air
* 1 cawan gula pasir (buh 3/4 cawan pun ok)
* 1/2 cawan susu pekat manis
* 1 tin susu cair
* 3 sudu besar tepung kastard
* 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:

1. Taburkan gula pasir di dalam loyang. Masak hingga keperangan. Kemudian goyangkan loyang supaya gula hangus tadi sekata di sekeliling loyang. KETEPIKAN.

2. Kemudian, dalam bekas lain, masukkan susu cair, tepung kastad dan esen vanila. Kacau hingga tidak berketul.

3. masukkan pula agar-agar serbuk, air, susu pekat manis dan gula ke dalam campuran no. 2 tadi. Pastu masak ler atas dapur.

4. Kacau sehingga bahan-bahan masak dan mendidih, kemudian tuangkan ke dalam loyang gula hangus.

5. Bila dah sejuk sikit, masukkan ke dalam peti ais. Lebih kurang 2 - 3 jam....

6. Bila dah sejuk...letak dalam bekas secara terbalik...taraaaaa....gula hangus dah duk atass...cun jer.

SeLAMAT MencuBA...

Resepi Roti canai homemade Sedap

Roti canai homemade. Buat sendiri je lepas tu boleh makan bila2


Bahan-bahan

1/2 kg tepung gandum (saya guna cap ros)
1biji telur
2 sudu majerin
1sudu kecil garam(larutkan dalam air)
1/2 cawan air sejuk peti ais
2 sudu susu pekat


Cara penyediaan

*tepung+majerin+susu jadikan serbuk roti
*masukan air garam+telur
*masukan air sikit2 sampai doh tak melekat kat tgn
*bulat2 kan rendam dgn minyak(2 jam@lebih)
*canaikan jd mcm dlm gambar
*sedia utk di goreng


RESEPI DALGONA COFFEE

Dah viral pulak Air Dalgona Coffee / Latte
jenuh laku nescafe kt pasaraya lps ni🤤
Kredit gambar pd owner.


DALGONA COFFEE

RESEPI DALGONA COFFEE
Resepi asli dan viral dari korea 🥰
Dalgona (Korean Traditional candy)

Bahan bahan :-

Serbuk kopi/Nescafe
Susu segar
Gula
Air panas
Ais (pilihan)

Cara: (A)

Ambil bekas dan campurkan 3 sudu kecil serbuk kopi, 4 sudu kecil gula , 4 sudu kecil air panas dan pukul dengan whisk utensil/mixer sehingga pekat dan likat.

Cara : (B)

Ambil gelas have have haha . Buh ais kalau taknak ais buh terus susu segar. Kemudian tuang (A) atas susu tu. Dah siap! Selamat mencuba makcik,pakcik semua 😍

Tips kurang manis : Pakai gelas besor biar susu lebih hehe nanti rasa sebati.

Resepi sukatan diubah sedikit dari original untuk rasa yang lebih sedap! Saya kenal resipi ni dari korean, bukan dari artis terima kasih 😊

Copy Paste dr resepi :
Pn. Shariffah Sarrah

Beli dan Menang RM20,000 Dengan Perisa Misteri Kerepek Pringles

Semua orang suka kejutan yang menyeronokkan, terutama dengan makanan ringan. Terbayang akan snek semestinya Pringles menjadi kegemaran di pesta dan keramaian. Dikenali di seluruh dunia kerana bentuk kerepek yang unik dan disusun bertingkat-tingkat, kewujudan Pringles adalah untuk membawa keseronokan kepada semua orang. 


Sama ada anda mengidamkan snek dengan perisa hebat, atau sesuatu yang agak masam dan pedas, setiap kerepek Pringles yang berperisa sungguh rangup, dan tidak berminyak pada jari atau di mulut.


Buat pertama kalinya di Malaysia, Pringles menawarkan peminat snek dengan Perisa Misteri yang baharu! Hanya boleh didapati untuk masa yang terhad mulai 1 Mac, Perisa Misteri Pringles didatangkan dalam tin putih, maka anda boleh meneka sebelum menyuapnya ke dalam mulut!

Dicipta khas untuk mencabar cita rasa peminat Pringles di Malaysia, Perisa Misteri boleh didapati di kedai runcit utama serta laman e-dagang di seluruh negara mulai 1 Mac hingga 30 April 2020.  Untuk menjadikannya lebih menarik, seorang (1) pemenang bertuah akan membawa pulang hadiah tunai bernilai RM20,000 jika mereka dapat meneka Perisa Misteri dengan betul!

Sungguh mudah untuk menyertai peraduan "Meneka Perisa Misteri"!

•          BELI mana-mana 2 tin kerepek Pringles (jangan lupa untuk menyimpan bukti pembelian anda!)
• Log masuk ke laman web Pringles Malaysia di www.pringles.comTEKA Perisa Misteri & maklumkan kepada kami misteri kegemaran anda tidak lebih daripada 25 perkataan.
• Sertai peraduan untuk MEMENANGI hadiah wang tunai RM20,000!


Untuk maklumat lanjut tentang peraduan Perisa Misteri Kerepek Pringles, sila layari https://www.pringles.com/my/mystery-flavour/home.html atau ikuti Pringles Malaysia di Facebook: @Pringles Malaysia.


Resepi Rendang Ayam Sedap dan Mudah Buat

Rendang Ayam Mudah dan Sedap 


Bahan-bahan:

1 ekor ayam
1 kilo santan - guna 1 santan kotak
2 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit - dihiris halus
Minyak untuk menumis
Garam 
Gula/gula merah 
Asam keping

Bahan kisar:

20 tangkai cili kering - guna 4 sudu besar cili kisar
2 labu bawang besar
6-8 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
4 batang serai
3 inci halia
3 inci lengkuas
2 biji buah keras

Cara-cara:

Tumis bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan ayam dan biarkan sehingga ayam agak kecut dan kering airnya, baru masukkan santan. Terus masak dengan api kecil sehingga pekat dan pecah minyak.

Masukkan kerisik, dan garam. Akhir sekali, masukkan daun kunyit dan bolehlah ditutup api.