Panduan Solat TERAWIH di Rumah


Solat tarawih boleh dilakukan di masjid secara berjemaah namun boleh juga dilakukan dengan bersendirian di rumah. Solat tarawih dilakukan di rumah mungkin disebabkan beberapa keadaan tidak membolehkan kita solat berjemaah sama iaitu, masjid jauh, tiada kenderaan, kekangan kerja dan sebagainya.

PANDUAN SOLAT SUNAT TERAWIH SENDIRIAN DI RUMAH



Baca niat,dan teruskan solat seperti biasa. Ulang sehingga rakaaat yang anda inginkan contohnya 8,16,20. Surah selepas Al-Fatihah, adalah bergantung kepada surah apa yang anda nak baca. Selesai solat setiap 4 rakaat, baca doa ini:

Selepas baca doa, sambung rakaat yang anda ingkinkan contohnya 8,16,20. Selesai solat tarawih, baca doa selepas terawih berikut;

SOLAT WITIR


Selepas menunaikan solat tarawih,jangan lupa juga solat witir. Berikut disertakan sekali cara solat witir selepas solat tarawih.

2 rakaat dahulu, diikuti 1 rakaat.


Selesai 3 rakaat witir,baca doa berikut:


Selamat menyambut bulan Ramadan. Semoga kita semua diberikan kekuatan dan kesihatan untuk menunaikan ibadah terawih 

Kelebihan-Kelebihan Malam Nisfu Syaban

Pengenalan: Maksud Nisfu Syaban

Nisfu adalah bermaksud separuh.(Nisf)
Oleh itu nisfu syaaban bermaksud separuh daripada Bulan Syaban, iaitu pada malam ke-15.
Malam Nisfu Syaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar.
Malam Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Mengapakah malam nisfu syaban begitu istimewa?

Banyak kelebihan malam nisfu syaban, antaranya malam ini adalah terbukanya pintu langit dan malam dimakbulkan doa.
Malam Nisfu Syaaban juga dipanggil:

  • Lailatul Mubarakah (malam keberkatan),
  • Lailatul Baraah (malam pelepasan),
  • Lailatul Qismah wal-taqdir (malam pembahagian dan penentuan)
  • Lailatul Takfir (malam mengkifaratkan dosa).
  • Lailatul Ijabah (malam diperkenankan doa),
  • Lailatul Syafaah (malam syafaat)
  • Lailatul Idil Malaikah (malam raya malaikat).
  • Lailatul Hayat (malam hidup), iaitu malam yang tidak dimatikan apabila seseorang menghidupkan malamnya.

Kelebihan-Kelebihan Malam Nisfu Syaban

Berikut adalah beberapa hadis yang menceritakan kelebihan malam nisfu syaban yang dipetik dari laman Mufti Wilayah Persekutuan.
1.Daripada Abu Musa al-Asy’ari RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Sesungguhnya Allah SWT melihat pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”.
 2.
Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan sebanyak bilangan bulu kambing pengawal”.
[Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 670] Al-‘Aini mengatakan hukum hadith ini adalah munqathi’. [Lihat: ‘Umdah al-Qari, 11:116]

3.Daripada Abdullah bin Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
“Allah SWT melihat pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan hamba-Nya kecuali dua (golongan) iaitu orang yang bermusuhan dan orang yang membunuh diri”.

 [Riwayat Ahmad, no. Hadith 6353] Ibn Hajar mengatakan sanadnya layyin (salah satu daripada ciri hadith dhaif). [Lihat: al-Zawajir  ‘an Iqtiraf al-Kabair, 2:43] Manakala Ahmad Syakir mengatakan sanadnya adalah sahih [Lihat: Musnad Ahmad, 10:127]

4.Daripada Mu’az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Allah SWT melihat makhluk-Nya pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”.
[Sahih Ibn Hibban, no. Hadith 5665]

5.Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Apabial tiba malam nisfu Sya’ban, Allah SWT mengampunkan hamba-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”. 
 [Majma’ al-Zawaid, 8:68] Imam al-Sakhawi menyatakan bahawa perawi-perawinya tidak ada dipertikaikan. [Lihat: al-Ajwibah al-Mardhiyyah, 1:325]



Amalan Pada Malam Nisfu Syaban

Islam tidak meletakkan sesuatu amalan khusus yang mungkin boleh dinisbahkan kepada Nabi SAW sebagai sunnah untuk diamalkan pada malam nisfu Syaban.
Tetapi dalam masa yang sama, kita hendaklah mengambil peluang dengan kelebihan yang ada pada malam tersebut dengan beramal sebanyak-banyaknya.
Berikut adalah amalan-amalan yang menjadi tradisi masyarakat Islam di Nusantara:

1.Solat Sunat Nisfu Syaban

Solat sunat Nisfu Syaaban adalah termasuk dalam solat sunat mutlak, yang dilakukan pada waktu malam 15 Syaaban.
Ia boleh didirikan selepas mengerjakan Solat Maghrib, Isyak atau bersama solat-solat sunat qiamullail.
Sesungguhnya Malam Nisfu Syaaban ini adalah kesempatan untuk menyuci dan memperbaiki diri dengan meminta ampun dan mohon diubah segala yang tercatat dikitab Azali kearah positif bagi menginsafi dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Cara Mengerjakan Solat Sunat Nisfu Syaaban:
1. Lafaz niat:
niat solat sunat nisfu syaban
Usolli sunnata lailati nisfi sya’bana rak’ataini lillahi taala
Maksud:
Sahaja aku solat sunat malam nisfu Syaban dua rakaat kerana Allah Taala
2.  Rakaat pertama baca surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun.
3.  Rakaat ke dua, selepas al-Fatihah baca surah al-Ikhlas.
4.  Teruskan solat sehingga selesai. Selepas memberi salam, bacalah surah Yasin 3 kali.

2.Membaca Surah Yasin Sebanyak 3 Kali

Selepas selesai melakukan solat sunat, bacalah surah Yasin tiga kali.
Sekiranya tidak sempat melakukannya selepas solat Maghrib, lakukannya selepas solat Isyak dengan niat supaya:
  1. Allah memanjangkan umur serta dapat beribadat
  2. Menambah rezeki
  3. Ditetapkan dan meningkatkan iman.

3.Doa Nisfu Syaban

Selepas selesai membaca Yasin, bacalah doa nisfu syaban.
Antara doa malam nisfu syaban yang boleh dibaca adalah seperti berikut:


 Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam. Selawat dan salam ke atas Muhammad dan sekalian keluarganya serta sahabat baginda.
Ya Allah pemilik (semuanya) baik anugerah dan yang tidak dianugerahi, wahai yang memiliki kebesaran dan kemulian, wahai yang memiliki kurnia dan kenikmatan, tiada Tuhan kecuali Engkau.
Engkaulah tempat berlindung,tempat memohon pertolongan dan pengaman bagi orang yang ketakutan.
Ya Allah, jika Engkau telah menulis di dalam Ummul Kitab nasib kami sebagai orang yang sengsara, atau yang diharamkan mendapatkan kenikmatan, atau yang ditolak, atau yang disempitkan rezekinya, maka demi kemuliaan-Mu ya Allah, hapuskanlah kesengsaraan kami, keterhalangan kami dari nikmat, ketertolakan dan kesempitan rezeki kami.
Dan tetapkanlah di dalam Ummul Kitab yang ada di sisi-Mu, kami sebagai orang yang bahagia, mendapat rezeki, mendapat taufik untuk melakukan kebaikan.
Sesungguhnya Engkau telah berfirman dengan firmanMu yang hak di dalam kitab-Mu yang diturunkan kepada Nabi utusanMu, “Allah (berkuasa untuk) menghapus dan menetap yang dikehendakiNya dan di sisiNya Ummul Kitab.”
Ya Allah, dengan tajalli-Mu yang Maha Agung pada malam nisfu syaban yang mulia ini, yang di dalamnya dipisahkan dan dikukuhkan seluruh persoalan penting, kami mohon agar dihindarkan dari malapetaka yang kami ketahui ataupun yang tidak kami ketahui dan Engkau Maha Mengetahui, sesungguhnya Engkau Maha Pemurah dan Maha Mulia.
Semoga salam dan sejahtera dilimpahkan kepada Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.
Segala puji bagiMu ya Allah, Tuhan pemelihara Alam.

Keistimewaan Melakukan Amalan Pada Nisfu Syaban

Berikut adalah beberapa pendapat ulama’ berkaitan malam nisfu Sya’ban:
Telah berkata Imam al-Syafie RA:
Doa mustajab adalah pada 5 malam, iaitu malam jumaat, malam al-Adha, malam al-Fitri, malam awal bulan Rejab, dan malam nisfu Sya’ban”.
— Lihat: al-Um, 1:264
Ibnu Rajab RA mengatakan:
Berkaitan malam nisfu Sya’ban, pada zaman dahulu para tabi’in daripada penduduk al-Syam, seperti Khalid bin Ma’dan, Makhul, Luqman bin Amir, dan beberapa para tabi’in yang lain memuliakannya (malam tersebut) dan mereka bersungguh-sungguh beribadah pada malam itu”.
— Lihat: Lathaif al-Ma’arif, 247
Oleh itu, hidupkan malam Nisfu sya’ban dengan beribadah seperti solat sunat tasbih, baca al-Quran, berzikir, selawat, dan berdoa dengan niat:
  1. Panjang umur sihat wal’afiat dalam taat dan ibadah kepada Allah.
  2. Selamat dari pada musibah, bala, penyakit, wabak penyakit.
  3. Minta rezeki yang halal dan kaya hati dari sekalian makhluk dan mati dalam keadaan husnul khatimah baik kesudahan.
  4. Dan sekurang-kurangnya pada malam Nisfu Sya’ban beribadah dengan mengerjakan Solat Isyak berjamaah dan Solat Subuh berjamaah.

Resepi Ayam Goreng Mamak Yang Bikin Ketagih

Resepi Ayam Goreng Mamak Yang Bikin Ketagih 🤤🤤😋


Bahan-bahan:
1 ekor ayam
6 sudu makan tepung jagung
6 sudu makan tepung beras
3 tangkai daun kari

Bahan untuk dikisar:
6 ulas bawang putih
2 inci halia
5 tangkai cili kering
2 sudu makan rempah kari
1 biji telur
Garam secukup rasa
1 sudu makan serbuk lada sulah


Cara:
1. Perap ayam dgn bhn kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap.
2. Panaskan minyak & goreng ayam hingga masak.

Kredit: Pakar diari hati

RESIPI POPIA VIRAL CARBONARA CHEESE

[ RESIPI POPIA VIRAL CARBONARA CHEESE ]
On tak on!!!


Bahan dia :

Sausage
Isi ayam
Lobak merah
Lada banggala
Bawang holand
Mozzarella cheese

Cara-cara:

Tumis bahan sampai naik bau
Lepastu masuk sos carbonara home made
Atau carbonara prego
Lepastu seasoning Kan dgn garam , gula ,pasti sedap ,black Peper ,origano

Rasa sikit ngam -Siap

Sejukkan dulu sampai dia agak pekat sikit baru boleh bungkus

Teknik bungkus 1


**sos agak2 ya letak

Letak cheese mozarela sikit baru umph

Tampal dgn tepung

* buat double wrap dgn kulit popia tau .kalau wrap sekali je boleh bocor sos nnti .
Goreng api perlahan supaya masak sekata ok 😝

Kredit: Rabi

Cara Mohon Bantuan Prihatin National (BPN)

Bermula 1 April 2020 semua rakyat Malaysia sudah boleh memohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPN)


- Bagi yg ada BSH tapi xda LHDN duit akan d masukkan ke dlm acc pasangan masing²...

- Bagi yg xpernah ada BSH tapi ada file dgn LHDN akan d masukkan ke dlm acc dlm data LHDN...

- Bagi yg ada BSH dan LHDN duit akan d masukkan ke acc d mana yg kerajaan rasa sesuai...

- Bagi yg xpernah ada BSH dan LHDN akan d beri bebentuk voucher tunai dan boleh claim d BSN berdekatan..

Jelas ok?

Saya bkn kerja kerajaan LHDN tapi saya nak kongsikan apa yg saya fahamlah...

UNTUK LEBIH JELAS....

BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN)

1. Tak perlu daftar

- Penerima BSH
- Pembayar cukai

2. Perlu daftar

- Bukan penerima BSH
- Bukan pembayar cukai

*Semakan status boleh dibuat bermula 1 April 2020*

- http://www.hasil.gov.my
- https://bsh.hasil.gov.my
- https://www.treasury.gov.my

*Permohonan baharu boleh dibuat bermula 1 April 2020*

- http://www.hasil.gov.my
- https://bsh.hasil.gov.my
- https://www.treasury.gov.my


Cara Memohon 1GB Internet Percuma (Bantuan Kerjaan Selama tempoh PKP 2020) |

Assalamualaikum sedar tak sedar kita sudah masuk bulan april dan fasa kedua tempoh perintah kawalan pergerakan yang telah dilanjutkan oleh PM tempoh hari, maka dengan itu pm juga umumkan bantuan 1gb internet percuma selama tempoh PKP bermula 1 April 2020, 8 pagi hingga 6 petang setiap hari


Cara Memohon 1GB Internet Percuma (Bantuan Kerjaan Selama tempoh PKP 2020) adalah seperti berikut :


1. CELCOM- automatik terus masuk

2. DIGI- tebus data ini melalui aplikasi MyDigi

3. MAXIS- tebus melalui aplikasi sama ada MyMaxis app, MyMaxis Biz app, Hotlink Flex app atau Hotlink RED app, atau UMB dan pilih 1GB Daily pass option

4. UMOBILE- Prepaid - Dail *118*6# kemudian pilih Special Offer

Postpaid - Dail *118*7# kemudian pilih Special Offer

5. TUNETALK - sms STAYHOME ke 2222

6. ONEXOX- tebus/redeem" melalui aplikasi ONEXOX Black atau
USSD *150#.


Terima kasih PM