4 FAKTA Yang Perlu Anda Tahu Tentang Kebenaran DETOX PAD

Semua mesti pernah dengar tentang DETOX PAD. Ia merupakan pad yang diletakkan pada tapak kaki untuk membuang toxin dalam badan. Produk ini terkenal sewaktu masa dahulu dan mungkin akan berterusan penggunaannya jika kita tidak sedarkan masyarakat.


Cara penggunaan pad tersebut adalah mudah iaitu melekatkan pad itu di kaki ketika tidur pada waktu malam. Dikatakan ketika mana pad itu melekat di kaki, ia akan menyerap segala toxin daripada badan. Logam berat seperti mercury dan juga plumbum juga dikatakan dapat diserap oleh pad ini daripada badan.

Hebat bukan!!

Dikatakan Detox pad boleh mengeluarkan logam berat daripada badan

Disini saya ingin memberi beberapa penerangan berkenaan DETOX PAD:

1) Bagaimana detox pad boleh jadi hitam dan basah apabila dipakai semalam?

Ingin saya beritahu, bahan yang selalu diletakkan di dalam detox pad adalah ‘bamboo vinegar‘ dan ‘wood vinegar‘ yang tinggi dengan kompaun phenol.

Ketika mana penghasilan arang daripada kayu dan buloh, proses itu juga menghasilkan bahan lain yang dipanggil sebagai ‘bamboo and wood vinegar’.

Di dalam bahan ini ia mengandungi kompaun phenol yang banyak hasil daripada penguraian kompoun lignin. Lignin pula merupakan salah satu komponen dalam dinding sel tumbuhan. Perlu diketahui bahawa kompaun phenol merupakan kompaun yang suka menyerap air(Hygroscopic). Jika kita letak kompoun phenol yg kering di dalam udara biasa untuk beberapa ketika, maka kompoun itu akan jadi melekit kerana ia menyerap air drpd udara. Sama seperti gula. Jika kita letak ia diluar bekas, gula itu akan jadi melekit disebabkan ia menyerap air daripada udara sekeliling.

Sifat bahan yang suka menarik air ini dipanggil sebagai hygroscopic.

Selain daripada itu, dalam pad itu juga ada diletakkan daun teh ataupun bahan-bahan yang akan mengeluarkan warna hitam apabila basah. Gabungan bahan ini, akan menyebabkan detox pad senang untuk menyedut kelembapan dalam udara dan membuatkan ia bertukar kpd warna gelap.

IA BUKAN DISEBABKAN TOKSIN YANG DISERAP DARIPADA BADAN

2) Eksperimen dalam dan luar negara

Banyak pembuktian dan eksperimen yang telah dilakukan di dalam dan luar negara menunjukkan detox pad masih akan berubah kepada warna kehitaman apabila diletakkan pada air. Walaupun air yang digunakan itu merupakan air suling. Salah satu caranya adalah meletakkan pad tersebut dibawah wap air yang sedang panas. Wap tersebut akan menukarkan warna pad itu kehitaman.

Jadi persoalannya disini, adakah air itu sendiri merupakan toksin??

Disini kami ingin menegaskan lagi sekali bahawa, perkara itu terjadi disebabkan adanya bahan yang menyerap air di dalam produk tersebut berserta bahan-bahan lain yang mempunyai warna yang gelap. Apabila detox pad menyerap air, bahan tersebut akan menjadi melekit serta berair yang menyebabkan bahan gelap tadi mengeluarkan warnanya.

3) Tiada kajian secara klinikal yang menunjukkan Detox Pad membantu menyihatkan badan

Review berkenaan detox pad telah pun dibuat oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA dan menunjukkan tiada bukti yang detox pad boleh membantu di dalam kesihatan badan manusia.

Boleh rujuk link ini untuk rujukan kepada perkara tersebut:

www.moh.gov.my/index.php/database_stores/attach_download/348/176

Banyak kebaikkan yang berlegar di dalam internet merupakan testimoni yang berat sebelah sahaja. Tiada lagi kajian yang benar-benar ampuh untuk menunjukkan kelebihan detox pad

4) Penjualan Detox Foot Pad telah pun dipulaukan di Amerika

Pada November 2010, ‘Federal Trade Commision'(FTC) telah pun membawa kes ini ke Mahkamah dan Hakim memutuskan untuk memulaukan semua produk Detox Foot Pad brand Kinoki yang dihasilkan oleh syarikat Xacta 3000. Mengikut bukti yang ada, Detox pad tersebut tidak dapat dibuktikan mampu merawat penyakit, mengeluarkan toksin mahupun memperbaiki kesihatan manusia.

Menurut FTC ketika memberi keterangan, pihak defendan telah memberi maklumat palsu dimana mereka mengatakan produk mereka mampu mengeluarkan toksin berserta logam berat daripada badan. Malah dikatakan produk mereka mampu memberi kesihatan kepada si pemakainya. Disebabkan itu, Hakim menyuruh syarikat Xacta membayar sebanyak 14.5 juta dollar di atas penipuan yang dijalankan ke atas produk mereka

Boleh Rujuk link ini

https://www.ftc.gov/news-events/press-releases/2010/11/ftcs-request-judge-imposes-ban-marketers-detox-foot-pads

***Federal Trade Commision merupakan salah satu pertubuhan yang berfungsi untuk

melindungi hak pengguna daripada penipuan

Kesimpulan

1) Detox pad tidak terbukti baik untuk kesihatan

2) Mereka hanya menggunakan sifat bahan phenol sahaja di dalam ‘bamboo vinegar’ yang sangat suka menarik air

3) Hitam pada detox pad tersebut bukan toksin. Ia hanya kelembapan yang diserap oleh kompoun phenol

Harap perkongsian ini bermanfaat

Rujukan:

1) Medical Management guidelines for phenol, ATSDR

https://www.atsdr.cdc.gov/mmg/mmg.asp?id=144&tid=27

2) Gas Chromatography–Mass Spectrometry Analysis and Chemical Composition of the Bamboo-Carbonized Liquid. Dinesh Bilehal et al

Rak Pokok Bunga Murah Di Selangor

Tanaman indoor yang segar sentiasa mencipta suasana istimewa di dalam rumah. Interior rumah dapat terlihat semakin hijau dan menyegarkan jika kita dapat menambahkan tanaman-tanaman hias di dalamnya. Bila pokok indoor telah banyak akan ada pula masalah lain iaitu 'ruang' meletakkan pokok indoor menjadi terhad. Oleh itu, Rak bunga adalah salah satu perabot yang boleh digunakan untuk meletakkan pot-pot bunga tersebut.


Beli Rak Pokok Murah Di Selangor

Saban hari semakin ramai peminat pokok indoor bertambah. Masing-masing akan berkongsikan hasil tanaman mereka di sosial media seperti facebook, instagram dan sebagainya. Ada juga yang bertanyakan masalah serta mencari penyelesaian mengenai tanaman mereka yang layu, dimakan serangga perosak dan lain-lain. Selain menambah koleksi indoor plants, ada juga beberapa peminat pokok mencari rak pokok bunga murah.


Ingin Fara maklumkan di sini bahawa Fara dan suami telah membuka tempahan rak bunga yang diberi nama RAK BUNGA PALMA murah di Selangor. Ini adalah contoh rak pokok bunga yang kami buat. Rak ini boleh memuatkan sebanyak 6 jenis pokok. Berat yang mampu di tanggung pada setiap para adalah maximum 5 kg. Rak ini dibuat sepenuhnya oleh Fara dan Suami.

Rak Bunga Palma Ready Stock di Selangor :


Buat masa sekarang pelanggan perlu menempah dahulu rak bunga ini. Anggaran masa siap rak adalah dalam tempoh 3 ke 4 hari. Jika dapat siap awal, kami akan memberitahu pelanggan melalui aplikasi Whatsapp. InshaAllah kami akan buat yang ready stock jika semakin banyak permintaan. 

Kami Hantar Rak Bunga Ke Lokasi Terpilih

Mengenai penghantaran pula, pelanggan boleh pilih sama ada nak self pickup atau kami hantar terus ke lokasi anda. Setiap caj delivery kami caj RM10-RM40 bergantung pada jarak penghantaran. Lokasi penghantaran rak bunga seperti di Puncak Alam, Meru, Setia Alam, Klang, Shah Alam, Bukit Kapar, Bukit Raja, dan sekitar Lembah Klang. Untuk lokasi yang tidak dinyatakan boleh buat rundingan dengan kami ya. InshaAllah kami boleh berunding tentang lokasi penghantaran. 

Harga Rak Bunga Palma


Kenapa kami jual murah? Sebab kami tahu pencinta pokok indoor telah banyak berhabis duit beli pelbagai jenis pokok dan juga pasu bunga. Jadi harga yang kami tawarkan kepada pelanggan untuk rak bunga ini hanyalah RM120 Sahaja

Kualiti Rak Pokok Bunga Adalah Yang Terbaik Kami Tawarkan


Rak pokok bunga ini sesuai diletakkan di dalam rumah. Kalau letak di luar rumah kami cadangkan letak di kawasan redup seperti di bawah bumbung porch kereta. Elakkan terkena hujan panas untuk mengekalkan kualiti rak ini.

Jenis-Jenis Rak Bunga Yang Ada :




Testimoni Pelanggan Kami :





Jom Beli Rak Bunga Sekarang!

Sila whatsapp Fara untuk sebarang pertanyaan atau tempahan ya. Klik je link whatsapp di bawah :
Berminat untuk membeli Rak Bunga secara BORONG? Whatsapp kami :

Whatsapp : Nak order RAK BUNGA
Nak Beli BORONG : Nak Beli BORONG



Gadis ini Kongsi 3 Langkah Mudah Hilangkan Blackhead/Whitehead

Assalamualaikum. maaf lambat update, sis baru balik kerja. Setiap step ada dekat gambar okey just ada tiga ni sahaja step, hidung korang licin, segala kotoran dekat muka habis diangkut sis dah cuba dah sebulan, alhamdulilah puas hati, atas rajin dan malas sahaja



3 Bahan yang diperlukan adalah :

1. Clay mask FREEMAN(takde takpe) WATSONS
2. Oil Cleansing BIORE(any jenama blh)(Penting) WATSONS
3. Bye Bye Blackhead SOMEBYME(Penting) OFFICIAL STORE.

1. Pakai CLAY MASK


Apply clay mask dkt muka 10 minit, pakai 1-2 kali seminggu. Fungsi clay mask ni utk angkat lebihan minyak dkt muka yg menyebabkan terjadinya blackhead n whitehead. So lps 10 minit dah blh basuh.

2. Lakukan Teknik Gritting


Then korg make sure tgn n muka korg bebas air n peluh untuk apply oil cleansing. Texture oil cleansing ni mmg berminyak, tapi dont worry takkan buatkan skin korg smkin berminyak.

Gritting ni u kne buat maksimum 15 minit dkt muka, gosok perlahan smpai u rasa biji2 halus keluar, (white n blackhead) Biasa i akan buat 1-2 kali seminggu. Kesan dia segala kotoran yg tersisa dlm skin hbis dia keluar. After that lap dgn tisu, then basuh muka dgn pencuci muka.

3. Pakai Cleanser Bye Bye Blackhead


sape je kan tak knl Somebyme yg famous ni, bkn sbrg femes, tapi sumpah menjadi. After apply oil cleansing and u gosok perlahan dkt muka, then lap dgn tisu utk tgk kotoran yg keluar dari skin u, and bru basuh muka guna pencuci muka korg. And then lap muka dgn tisu, (Jgn bgi muka basah utk apply somebymi ni) kene kering. then u apply byebye blackhead ni dkt whole face. Gosok perlahan, 2-3 minit then basuh. Pastikan beli yg authentic.

KREDIT : FB CN Fatin Syamimi

Sinopsis Filem Roh

Filem Roh | Minat menonton filem seram? Apa tunggu lagi, Filem Roh dah tayang hari ini. Lakonan Farah Ahmad, Mhia Farhana, Harith Haziq, Namron, Junainah, Putri Qaseh dan ramai lagi.


Sinopsis Filem Roh : 

Berlatar belakangkan zaman peperangan, di mana tinggal sebuah keluarga daif di pinggir hutan. Mereka kemudiannya didatangi seorang kanak-kanak perempuan misteri. 

Kejadian-kejadian aneh mula menghantui mereka selepas kanak-kanak itu meramalkan sesuatu yang ngeri. 

Siapakah sebenarnya kanak-kanak tersebut? Bagaimana kisah hidup pasangan itu di akhir filem. Berminat jangan lupa  menonton Filem Roh di pawagam berhampiran.

Sinopsis Drama Pengantin Satu Malam Gandingan Nazim Othman & Amelia Henderson - Slot Akasia

Drama Pengantin Satu Malam Gandingan Nazim Othman & Amelia Henderson - Slot Akasia ini akan ditayang di slot akasia tv3. Mulai siar 17 Ogos 2020 bagi menggantikan Drama 7 Hari Mencintaiku 2  yang tamat esok. Jangan lupa menonton 7 Hari Mencintaiku 2 Episod Akhir esok. Drama Pengantin Satu Malam lakonan Nazim Othman, Amelia Henderson, Fizo Omar dan Afifah Nasir. 


Judul Drama : Pengantin Satu Malam
Jumlah Episod : 28 Episod
Preview Drama Pengantin Satu Malam »»https://www.iq.com/play/c94ziug1no?&sh_pltf=4


Sinopsis Novel Pengantin Satu Malam - Karya Sophilea
 
ZAHRED HADRI yang membenci wanita dan ZULAIKHA NASREEN yang terdesak…
 
Zahred ketawa sinis.
“Tolak? Berapa? Seribu sebulan? Kemudian sehingga seratus bulan. Seratus bulan baru selesai? Berapa lama tu? Lapan tahun tiga bulan. Apa awak yakin selama itu awak akan terus bekerja di sini?” Sinis suara Zahred bertanya.
Zulaikha yang masih berdiri sedikit menggeletar. Dia harus kuat. Dia kena cuba dapatkan. Ini saja jalan yang dia ada.
“Saya janji tuan, atau tuan boleh potong lima puluh peratus daripada gaji saya setiap bulan. Saya akan cuba langsaikan secepat mungkin.” Dia masih mengharapkan agar Zahred setuju. Ini sahaja jalan yang dia ada dan dia sudah kesuntukan masa.
Zahred diam seketika.
Wajah Zulaikha ditenung lama. Zulaikha serba salah.
“Maaf tuan, tapi saya benar-benar mahu buat pinjaman dari syarikat. Kalau tuan nak saya cagarkan rumah saya pada syarikat pun boleh.” Zulaikha masih berharap agar dalam hati Zahred ada sedikit belas kasihan padanya.
“Saya tak nak rumah awak.”
“Saya tak ada apa-apa lagi nak dicagarkan sebagai ganti pinjaman saya. Tanah di kampung bukan sepenuhnya nama ayah saya. Saya merayu tuan. Izinkan saya buat pinjaman dari syarikat.”
Dia benar-benar mengharap ihsan Zahred.
“A night with me… Dan seratus ribu akan jadi milik awak.”
 
SATU malam yang merubah segalanya…
Antara nyawa si emak dan maruah diri…

Kempen #AyamBersamaMu Menyokong Orang Asli dengan Makanan Berkhasiat

Ayam Brand & JAKOA Bantu Komuniti di Kampung orang Asli Changkat Bintang, Selangor

Shah Alam, 04 Ogos 2020 – Komuniti Orang Asli turut terjejas mata pencarian akibat kurangnya peluang ekonomi ekoran wabak COVID-19. 

Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) sedang bekerjasama dengan Ayam Brand™ bagi membawa kempen kebajikan komuniti viral #AyamBersamaMu ke komuniti Orang Asli di Selangor.


Pantri komuniti #AyamBersamaMu kini berdiri dengan sendiri di 13 lokasi di seluruh negara dengan kerjasama komuniti yang menyumbangkan dan mengambil keperluan harian seperti makanan, bagi membantu mereka yang memerlukan, dan disokong oleh sumbangan produk dari Ayam Brand, Mission Foods dan Alce Nero, antara yang terlibat.

Versi kempen kebajikan komuniti tersebut yang diubahsuai kini sedang dilancarkan di Kampung Orang Asli Changkat Bintang dengan bekalan produk Ayam Brand dan Alce Nero untuk sebulan bagi kegunaan 39 keluarga Orang Asli.

Ketua Pengarah JAKOA, Prof Dr Juli Edo berkata kempen #AyamBersamaMu diperlukan sebagai sokongan dalam bentuk nyata dan psikologi bagi komuniti Orang Asli menerusi sumbangan makanan keperluan dalam tempoh sukar ini.


“Pakej rangsangan yang disediakan untuk Orang Asli telah membantu banyak komuniti tetapi mereka masih menghadapi cabaran ekonomi, khususnya dalam menyara hidup keluarga. Kempen #AyamBersamaMu ini merupakan bantuan yang positif dan tepat pada masanya bagi komuniti Orang Asli, dan menjadi peringatan buat mereka bahawa mereka tidak keseorangan. Ada organisasi dan individu yang prihatin akan nasib mereka. Ucapan terima kasih kami buat Ayam Brand dan Alce Nero di atas kemurahan hati syarikat-syarikat ini menyumbangkan produk makanan sihat berkualiti premium,” kata Prof Dr Juli Edo.

Oleh kerana komuniti-komuniti ini tinggal jauh di pedalaman, JAKOA akan mengendalikan sokongan logistik dan menyelaraskan tugas dengan Tok Batin dan orang tua-tua di kampung dalam mengedarkan sekotak 27 produk kepada ketua-ketua keluarga dalam setiap komuniti, dan pada masa yang sama mengamalkan penjarakan sosial. 


“Komuniti-komuniti ini amat terjejas di segi ekonomi, dan sumbangan barangan makanan yang tahan lama merupakan penghubung nyawa yang penting. Kami berharap lebih banyak organisasi akan menyertai kempen #AyamBersamaMu atau memulakan usaha kebajikan sendiri,” tambah beliau.

Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbang lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal dan menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 21,800 orang dari 524 organisasi dan NGO amal sejak 13 tahun lalu.

Kempen kebajikan komuniti #AyamBersamaMu turut memberi sokongan kepada petugas barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh, golongan gelandangan, golongan OKU, anak yatim, ibu tunggal dan orang tua sejak wabak Covid-19 melanda Malaysia. Dianggarkan 20,000 produk Ayam Brand telah diedarkan setakat ini. 

“Kami telah menyantuni pelbagai komuniti, terutama mereka yang memerlukan menerusi kempen kebajikan komuniti ini, dan and berpuas hati bekerja dengan JAKOA bagi membantu komuniti Orang Asli. Produk-produk kami sarat dengan zat makanan dan rendah kandungan gula dan garam, menjadikannya sesuai untuk pemakanan Orang Asli. Kami mengubah suai konsep pantri komuniti kerana kekurangan penderma disebabkan lokasi yang terpencil. Kami mengalu-alukan jenama lain untuk turut serta dalam membantu komuniti ini. Kesimpulan daripada kempen #AyamBersamaMu ini adalah kita mampu bantu-membantu sebagai satu komuniti,” kata Pengurus Pemasaran Ayam Brand Malaysia, Cik Teoh Wei Ling.

Kempen #AyamBersamaMu ini umpama pucuk dicita ulam mendatang bagi penduduk Kampung Orang Asli Changkat Bintang di Selangor.

“Waktu ini merupakan tempoh sukar bagi kami kerana aktiviti ekonomi di kawasan kami telah berkurangan dan peluang tidak banyak. Sumbangan oleh Ayam Brand dan JAKOA ini meringankan kesusahan kami dalam menyara keluarga. Kami amat menghargai rasa timbang rasa dan kuantiti produk berkualiti yang disumbangkan. Ini mampu memastikan kesemua 39 keluarga di sini cukup makan untuk sekurang-kurangnya sebulan. Kami belum pernah mencuba tuna, saba atau pasta jadi ini juga merupakan pengalaman baru buat kami!” terang Tok Batin Hassan bin Kaku. 


Seorang penduduk kampung, menganggap sumbangan yang diberi ini sebagai durian runtuh yang amat dialu-alukan oleh komuniti Orang Asli Changkat Bintang.

“Kami semua kenal jenama Ayam Brand, tetapi ia kami anggap mewah dan hanya untuk majlis istimewa. Dan kini kami ada cukup untuk sebulan. Malah kami tidak perlukan alat pembuka tin untuk menikmati tuna, saba, kacang panggang dan santan ini. Kami berasa seolah-olah seluruh rakyat Malaysia bersama kami di dalam kempen #AyamBersamaMu ini,” kata penduduk kampung.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kempen kebajikan komuniti #AyamBersamaMu, layari https://www.ayambrand.com.my