BEECOMB Memperkenalkan Expo Jam 3D Virtual Pertama di Malaysia!

Penilaian seseorang individu dinilai daripada penampilan dan kekemasan. Penggunaan jam tangan boleh membantu anda dalam penampilan. Dengan menggunakan jam tangan, anda akan nampak lebih kemas, lebih elegen dan bergaya. Seseorang yang menggunakan jam tangan secara tidak langsung menunjukkan mereka mempunyai kehidupan yang agak sibuk dan padat. Anda juga kelihatan seperti individu yang sangat menjaga masa dan masa itu sangat berharga.

G-Shock HK - Javys on Twitter: "Here are the “Beach colors” to uplift your  feeling for the spring! -BGA-190BE-2A/4A, BGA-180BE-2B, BGA-110BE-4A  #PastelColor #beachcolors… https://t.co/zQIvDJhWwC"

Dalam era kehidupan moden ini, jam tangan menjadi aksesori penting dalam kehidupan seharian. Jam tangan adalah peranti yang paling penting untuk melihat masa. Ketika sibuk dengan aktiviti pejabat ataupun ketika riadah / bersukan, jam tangan adalah penunjuk masa yang paling dekat dengan kita.

Beli Jam Tangan Secara Online Lebih Menjimatkan

Bila sebut je pasal online shopping sapa je tak tahu kan? Boleh dikatakan sekarang ni pembelian secara online sudah menjadi pilihan utama semua orang. Terkini, nak beli jam tangan secara online pun dah ada! Punyalah mudah dan senang klik klik jam tangan pilihan yang hendak di beli kemudian barang tersebut akan terus dihantar ke rumah. Hebat kan?

Baby-G BGA-180, BGA-190, BA-110, BGD-5000 and BGD-560 Beach Colors

Kalau nak tahu selain menjimatkan masa dan tenaga, membeli jam tangan secara online juga secara tidak langsung dapat menjimatkan kos perbelanjaan kerana nilai yang dibeli secara online adalah lebih murah dari pasaran dan tiada lagi masalah bersesak-sesak di pusat membeli-belah

Bercerita tentang perkhidmatan pembelian dan penghantaran jam tangan pula, ada banyak platform yang boleh dipilih. Rata-rata menawarkan konsep online shopping yang sama. Tetapi ada satu platform terbaru ni kita boleh melihat jam tangan pilihan secara virtual ibarat pergi ke kedai jam sendiri.

BEECOMB Memperkenalkan Expo Jam 3D Virtual Pertama di Malaysia!

Platform membeli jam tangan secara online yang Fara maksudkan diatas adalah dari Beecomb. Pada 29 hingga 31 Ogos 2020, BEECOMB telah Memperkenalkan Expo Jam 3D Virtual Pertama di Malaysia! Expo Jam 3D virtual dari Beecomb ini akan membolehkan pengunjung mencari tawaran dan produk terbaik dari pelbagai jenis jenama jam tangan. Beecomb boleh diakses melalui aplikasi mudah alih seperti telefon bimbit, ia membolehkan pameran & pelawat melakukan transaksi penjualan, berbual, berinteraksi, dan membeli.

Image may contain: ‎text that says "‎BEECOMB PRESENTS- BEECOMB 3D VIRTUAL WATCH EXPO 29-31 AUGUST 10AM- 12AM CHTUNG MAZZUCATO SEIKO CITIZEN CASIO EVOX RAYMOND WEIL CIGADesign GENEVE ROTARY A1 מ traser® NSQUARE 13 watches TITONI EMPORIOVARMANI ORIOVA WISS G-SHOCK MICHA KORS ট TITAN BABY-G GVO ALBA FOSSIL‎"‎

Memang sangat unik! Sekarang anda boleh melihat pelbagai jenis & jenama jam tangan secara 3D virtual di Beecomb.

Orang ramai dijemput memuat turun aplikasi Beecomb untuk mengalami pembelian jam tangan mudah dan cepat.

Dapatkan Jam Tangan EVO Serendah RM1 di Booth SUPER GEMPAK!!

Berita baik buat peminat jam tangan EVO! Di Booth SUPER GEMPAK, setiap pembelian jam tangan berharga RM199 anda boleh membeli jam tangan EVO seterusnya serendah RM1 SAHAJA! (purchase with purchase) 






Inilah masa yang sesuai untuk dapatkan jam idaman EVO anda pada harga yang sangat murah! Selain itu, anda juga boleh dapatkan jam tangan EVO serendah RM52.90 dan RM83.10 sementara stok masih ada. Promosi Super Gempak ini hanya di jalankan di BEECOMB 3D Virtual Watch Expo Sahaja.

Jom Lihat Senarai Jenama Jam Tangan Yang Ada di Beecomb 3D Virtual Watch Expo

High End
CIGA Design
RAYMOND WEIL
SEIKO
CITIZEN
MAZZUCATO

Designer
ROTARY
TITONI
MICHEAL KORS
FOSSIL
EMPORIO ARMANI

MID RANGE
TITAN
EVOX
ZOID
NSQUARE
ACHTUNG
ALBA
ROTARY
CASIO
G-SHOCK
BABY-G

AFFORDABLE 
EVO

SUPER GEMPAK
EVO RM 52.90
EVO RM 83.10
EVO RM 199 + RM 1 (Buy 1, 2nd Watch RM1 )

Membeli-Belah Dengan Selamat di Beecomb

Dulu kalau kita bersesak-sesak dengan orang ramai semata-mata ingin membeli jam tangan idaman di pameran tiada masalah tetapi kini Musim pendemic Covid-19 sangat tak sesuai untuk bersesak dengan orang ramai.


Kenapa perlu bersesak-sesak sedangkan kini di Beecomb anda tidak perlu risau tentang penjarakan sosial kerana anda hanya mengunjungi pameran alam maya melalui aplikasi Beecomb dan ianya 100% selamat! Anda bebas membeli apa jua jenis jam tangan di Beecomb tanpa perlu pergi ke tempat pameran asalkan ada telefon bimbit di tangan. Sambil baring beli jam tangan pun boleh.

Beecomb Adalah Seperti Permainan, Anda boleh Mengawal Dan Melihat Expo Jam 3D Virtual Dengan Mudah!

Ini yang paling best mengenai Beecomb! Pernah main game tak? Cara Beecomb berfungsi sama seperti kita bermain game. Kita hanya perlu mengawal pergerakkan avatar & melihat pameran seperti bermain game. Anda boleh mengawal watak-watak dalam permainan semasa mengunjungi pameran di lokasi.



Lihat expo, harga dan details setiap produk dengan hanya klik pada gerai yang ada disitu kemudian segala details seperti harga dan unit akan dipamerkan. Dah payment tunggu pula barang sampai terus ke depan pintu rumah. Sangat mudah!

Dapatkan kod kupon RM5! hanya 900 yang terawal akan menikmati diskaun hebat ini!

sempena hari Kebangsaan, pameran makanan maya 3D akan melancarkan promosi hari Kebangsaan iaitu anda boleh membeli makanan gourment dengan harga kurang dari RM1


Selain itu, bagi anda yang telah memuat turun aplikasi Beecomb anda boleh mendapatkan kod kupon RM5! hanya 900 yang terawal akan menikmati diskaun hebat ini.

Bukan itu sahaja, ada cabutan bertuah bernilai RM300 menanti setiap orang yang memuat turun aplikasi Beecomb.

Jangan Lupa Saksikan Beecomb 3D Virtual Watch Expo

Image may contain: ‎text that says "‎BEECOMB PRESENTS- BEECOMB 3D VIRTUAL WATCH EXPO 29-31 AUGUST 10AM- 12AM CHTUNG MAZZUCATO SEIKO CITIZEN CASIO EVOX RAYMOND WEIL CIGADesign GENEVE ROTARY A1 מ traser® NSQUARE 13 watches TITONI EMPORIOVARMANI ORIOVA WISS G-SHOCK MICHA KORS ট TITAN BABY-G GVO ALBA FOSSIL‎"‎

Jangan lupa memuat turun aplikasi Beecomb untuk menyertai Beecomb 3D Virtual Watch Expo Pertama di Malaysia dari 29 hingga 31 Ogos 2020 ok!

Tarikh : 27-31 Ogos 2020
Masa : 10 pagi - 10 Malam
Muat turun aplikasi BEECOMB di : Google Play |  App Store | App Gallery


Bersantai di Kuala Selangor Cabin Camp

Sesekali mesti teringin nak pergi tempat-tempat yang boleh memberi ketenangan pada jiwa seperti pergi pantai, hiking, camping dan sebagainya kan? Walaupun sekarang ni musim pendemic Covid-19, ianya tidak menghalang rakyat Malaysia untuk melakukan aktiviti riadah tersebut kerana dalam Malaysia masih banyak destinasi menarik yang boleh dikunjungi.


Kali ini Fara nak share salah satu lokasi menarik di Selangor yang boleh anda kunjungi iaitu di Kuala Selangor Cabin Camp.

Persekitaran di sini memang betul-betul kampung, sebaik sahaja anda menjejakkan kaki ke sini, anda dapat mendengar bunyi ayam di sekitar kawasan, dengan bunyi kokokannya dan pemandangan menghijau semulajadi, cukup indah.

Yang lebih unik, di sini ada chalet comel bertemakan Hobbit. So tak payah nak pergi jauh-jauh, dapat ambil gambar menarik untuk buat kenang-kenangan.


Bagi yang nak datang ramai-ramai tu jangan risau sebab kawasannya luas dan dilengkapi juga dengan tapak perkhemahan untuk aktiviti keluarga. Kemudahan tandas pun banyak dan waktu malam boleh buat campfire.

Untuk yang nak bermalam, ada beberapa jenis penginapan yang boleh dipilih seperti Cabin Stay, Type A Stay dan Tubestay dan HobbitStay yang siap dengan plug point sekali.




Tentunya satu pengalaman yang berbeza!

Dah puas berpeluh pada waktu siang, tiba sahaja waktu malam apa kata kalau ber‘campfire’ atau berbbq bersama keluarga sambil melihat bintang. Anda tak akan bosan walau sesaat pun di Canopy Tribes.

HANYA RM 10.00 SAHAJA ANDA AKAN DAPAT 10 AKTIVITI MENARIK SECARA PERCUMA DI KUALA SELANGOR CABIN CAMP (KSCC)

HARGA TIKET MASUK (Bermula 01/08/2020) :

Hari Minggu & Cuti Umum 

Dewasa RM 10.00. 
Kanak-kanak umur 3 - 12 tahun RM 5.00 sahaja.

Hari biasa 

Dewasa RM 8.00. 
Kanak-kanak umur 3 - 12 tahun RM 4.00
Kanak-kanak umur bawah 3 tahun PERCUMA !

Waktu Operasi KSCC :

Buka jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang sahaja.

10 Aktiviti Percuma Yang Boleh Anda Lakukan Di KSCC

1. PERCUMA Main slide Yoyocart (3 kali slide, lebih bayar RM 1.00 utk 1 kali slide seterusnya)
2. PERCUMA Archery / Memanah (utk 2 anak panah shj. lebih bayar RM 1.00 utk 1 anak panah seterusnya)
3. PERCUMA Memancing (hanya bayar ikan RM 3.00 seekor kalau nak ambik ikan. Ikan Keli. Haruan, Puyu, Patin)
4. PERCUMA Berbasikal keliling kawasan kem.
5. PERCUMA Mencabar diri melalui obstacle / Rentas halangan
6. PERCUMA Mandi di Mini Swimming Pool (untuk kanak-kanak bawah 12 tahun sahaja.)
7. PERCUMA masuk ke kawasan Pet Feeding (makanan ada dijual di kaunter hadapan. RM 2.00 sebungkus untuk Arnab dan Rusa)
8. PERCUMA Ambil gambar dihadapan tempat-tempat menarik di KSCC (spt Hobbitstay, Cabin Type A, Tubestay, Busstay dan banyak lagi)
9. PERCUMA bermain futsal di mini padang bola KSCC.
10. PERCUMA masuk dan menikmati keindahan bunga di Taman Flora KSCC (pasu dan bunga ada dijual)

Harga Penginapan Di Kuala Selangor Cabin Camp

Homestay Weekend RM 220.00 *Weekdays RM 200.00*
Arabian Canopy Weekend RM 150.00 *Weekdays RM 120.00*
Busstay Weekend RM 100.00 *Weekdays RM 90.00*
Cabinstay Toilet Weekend RM 90.00 *Weekdays RM 80.00*
Cabinstay Biasa Weekend RM 80.00 *Weekdays RM 70.00*
Cabinstay 'A' Type Weekend RM 70.00 *Weekdays RM 60.00*
Giant Tunnel Tent Weekend RM 60.00 *Weekdays RM 50.00*
Tubestay Weekend RM 70.00 *Weekdays RM 60.00*
Hobbit Stay Weekend RM 50.00 *Weekdays RM 40.00*
Villastay Weekend RM 100.00 *Weekdays RM 90.00*
Twin Cabin Atas Weekend RM 90.00 *Weekdays RM 80.00*
Twin Cabin Bawah Weekend RM 80.00 *Weekdays RM 70.00*
Bilik Pentas Weekend RM 50.00 *Weekdays RM 40.00*

JIKA NAK AMBIL PAKEJ FAMILY DAY/ KURSUS / BENGKEL DI KSCC (UNTUK 2H1M) 1 X Dinner, 1 X Breakfast dan 1 X Lunch

ADULT : RM 50.00 perpax (12 thn keatas)
CHILD : RM 40.00 perpax (5 - 12 thn)
BABY : FREE (5 thn kebawah)
Minima harga keseluruhan RM 1,500 Shj*_

Jom lihat Gambar Sekitar KSCC :









UNTUK KETERANGAN LANJUT & TEMPAHAN BOLEH TERUS DATANG KE KSCC 

Tel. Pejabat : 

En Muaz : 0194814845 
Cik Eka & Cik Diha : 0125474845 

(waktu pejabat/ kami buka 7 hari seminggu) / email kami : safctrainingconsultant@gmail.com.

Sila layari juga : www.ksccjeram.com
Kuala Selangor Cabin Camp - KSCC

SEMUA PENGUNJUNG DIKEHENDAKI MEMAKAI MASK DAN SENTIASA MEMATUHI S.O.P YANG TELAH DITETAPKAN OLEH PIHAK KKM


Lokasi KSCC :

Kuala Selangor Cabin Camp - KSCC (boleh waze alamat)
Lot 4021 Jln Rizab Zazuli,
Kampung Bukit Hijau,
45800 Jeram, Selangor.

Check in 2pm, check out 12pm (Boleh cuba minta early check in)

Sumber: Kuala Selangor Cabin Camp

Wow!! The Amanjena Resort Melaka ini ala-ala berada di Santorini

The Amanjena Resort kini menjadi tumpuan pelancong Malaysia gara-gara iras dengan Santorini. Sebut sahaja Santorini, semua tahu yang Santorini adalah pulau vulkanik yang berada di antara Pulau Ios dan Anafi, Yunani. Bayangkan saja Anda berada di tengah-tengah bangunan putih yang berada di tebing. Ditambah lagi sambil menikmati matahari tenggelam nan indah bersama orang tersayang. Memang romantik! Jadi tidak hairan jika Santorini kerap menjadi destinasi utama para pasangan atau pengantin baru.


Mengapa perlu pergi yang jauh sedangkan kini anda boleh menikmati keindahan ala-ala Santorini di Melaka.

The Amanjena Resort terkenal dengan keindahan pemandangannya berupa lautan biru yang sangat memanjakan mata. Resort di pulau ini juga sangat menarik kerana rata-rata bangunan di pulau ini berwarna putih biru dan berwana-warni. Memang cantik nak BER OOTD di sini apatah lagi nak berbulan madu atau bergembira bersama keluarga tersayang.

Kawasan yang luas, cantik, dan sesuai untuk pasangan baru kahwin dan juga keluarga. The Amanjena Resort Melaka kini menjadi pilihan pelancong luar dan dalam negeri.

Jom lihat gambar di sekitar The Amanjena Resort :

















Pastinya ramai menyangka tempat ini sebagai destinasi percutian mewah dan memerlukan kos yang tinggi. Bagaimanapun dengan hanya bajet sederhana anda boleh ke sini.


Harga Penginapan di The Amanjena Resort adalah Nett untuk 2hari 1malam


✅ Seaview deluxe king
🎀 RM 420 per night
1 katil king
For 2 pax

✅ Double Deluxe
🎀 RM 390 per night
2 single bed
For 2 pax

🎀 RM 420 per night
1 queen 1 single
For 3 pax

✅ Seaview triple deluxe
🎀 RM 440 per night
1 queen 1 single bed
For 3 pax

✅ Triple deluxe
🎀 RM 490 per night
1 queen 1 super single
3 pax

✅ Pool view executive
🎀 RM 590 per night
1 queen 1 super single
3 pax

✅ Pool view junior suite

✅ RM 690 per night
1 queen 1 single
3 pax

✅ Pool view family room
🎀 RM 690 per night
1 queen 3 single
5 pax

✅ Pool view deluxe room

🎀 RM 490 per night
1 queen 2 single
3 pax
Lokasi The Amanjena Resort

The Amanjena Resort
Lot 3357, Jalan Pengkalan Balak
Pengkalan Balak,
78300 Masjid Tanah
Melaka

Booking segera!! www.wasap.my/60176213055


4 FAKTA Yang Perlu Anda Tahu Tentang Kebenaran DETOX PAD

Semua mesti pernah dengar tentang DETOX PAD. Ia merupakan pad yang diletakkan pada tapak kaki untuk membuang toxin dalam badan. Produk ini terkenal sewaktu masa dahulu dan mungkin akan berterusan penggunaannya jika kita tidak sedarkan masyarakat.


Cara penggunaan pad tersebut adalah mudah iaitu melekatkan pad itu di kaki ketika tidur pada waktu malam. Dikatakan ketika mana pad itu melekat di kaki, ia akan menyerap segala toxin daripada badan. Logam berat seperti mercury dan juga plumbum juga dikatakan dapat diserap oleh pad ini daripada badan.

Hebat bukan!!

Dikatakan Detox pad boleh mengeluarkan logam berat daripada badan

Disini saya ingin memberi beberapa penerangan berkenaan DETOX PAD:

1) Bagaimana detox pad boleh jadi hitam dan basah apabila dipakai semalam?

Ingin saya beritahu, bahan yang selalu diletakkan di dalam detox pad adalah ‘bamboo vinegar‘ dan ‘wood vinegar‘ yang tinggi dengan kompaun phenol.

Ketika mana penghasilan arang daripada kayu dan buloh, proses itu juga menghasilkan bahan lain yang dipanggil sebagai ‘bamboo and wood vinegar’.

Di dalam bahan ini ia mengandungi kompaun phenol yang banyak hasil daripada penguraian kompoun lignin. Lignin pula merupakan salah satu komponen dalam dinding sel tumbuhan. Perlu diketahui bahawa kompaun phenol merupakan kompaun yang suka menyerap air(Hygroscopic). Jika kita letak kompoun phenol yg kering di dalam udara biasa untuk beberapa ketika, maka kompoun itu akan jadi melekit kerana ia menyerap air drpd udara. Sama seperti gula. Jika kita letak ia diluar bekas, gula itu akan jadi melekit disebabkan ia menyerap air daripada udara sekeliling.

Sifat bahan yang suka menarik air ini dipanggil sebagai hygroscopic.

Selain daripada itu, dalam pad itu juga ada diletakkan daun teh ataupun bahan-bahan yang akan mengeluarkan warna hitam apabila basah. Gabungan bahan ini, akan menyebabkan detox pad senang untuk menyedut kelembapan dalam udara dan membuatkan ia bertukar kpd warna gelap.

IA BUKAN DISEBABKAN TOKSIN YANG DISERAP DARIPADA BADAN

2) Eksperimen dalam dan luar negara

Banyak pembuktian dan eksperimen yang telah dilakukan di dalam dan luar negara menunjukkan detox pad masih akan berubah kepada warna kehitaman apabila diletakkan pada air. Walaupun air yang digunakan itu merupakan air suling. Salah satu caranya adalah meletakkan pad tersebut dibawah wap air yang sedang panas. Wap tersebut akan menukarkan warna pad itu kehitaman.

Jadi persoalannya disini, adakah air itu sendiri merupakan toksin??

Disini kami ingin menegaskan lagi sekali bahawa, perkara itu terjadi disebabkan adanya bahan yang menyerap air di dalam produk tersebut berserta bahan-bahan lain yang mempunyai warna yang gelap. Apabila detox pad menyerap air, bahan tersebut akan menjadi melekit serta berair yang menyebabkan bahan gelap tadi mengeluarkan warnanya.

3) Tiada kajian secara klinikal yang menunjukkan Detox Pad membantu menyihatkan badan

Review berkenaan detox pad telah pun dibuat oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA dan menunjukkan tiada bukti yang detox pad boleh membantu di dalam kesihatan badan manusia.

Boleh rujuk link ini untuk rujukan kepada perkara tersebut:

www.moh.gov.my/index.php/database_stores/attach_download/348/176

Banyak kebaikkan yang berlegar di dalam internet merupakan testimoni yang berat sebelah sahaja. Tiada lagi kajian yang benar-benar ampuh untuk menunjukkan kelebihan detox pad

4) Penjualan Detox Foot Pad telah pun dipulaukan di Amerika

Pada November 2010, ‘Federal Trade Commision'(FTC) telah pun membawa kes ini ke Mahkamah dan Hakim memutuskan untuk memulaukan semua produk Detox Foot Pad brand Kinoki yang dihasilkan oleh syarikat Xacta 3000. Mengikut bukti yang ada, Detox pad tersebut tidak dapat dibuktikan mampu merawat penyakit, mengeluarkan toksin mahupun memperbaiki kesihatan manusia.

Menurut FTC ketika memberi keterangan, pihak defendan telah memberi maklumat palsu dimana mereka mengatakan produk mereka mampu mengeluarkan toksin berserta logam berat daripada badan. Malah dikatakan produk mereka mampu memberi kesihatan kepada si pemakainya. Disebabkan itu, Hakim menyuruh syarikat Xacta membayar sebanyak 14.5 juta dollar di atas penipuan yang dijalankan ke atas produk mereka

Boleh Rujuk link ini

https://www.ftc.gov/news-events/press-releases/2010/11/ftcs-request-judge-imposes-ban-marketers-detox-foot-pads

***Federal Trade Commision merupakan salah satu pertubuhan yang berfungsi untuk

melindungi hak pengguna daripada penipuan

Kesimpulan

1) Detox pad tidak terbukti baik untuk kesihatan

2) Mereka hanya menggunakan sifat bahan phenol sahaja di dalam ‘bamboo vinegar’ yang sangat suka menarik air

3) Hitam pada detox pad tersebut bukan toksin. Ia hanya kelembapan yang diserap oleh kompoun phenol

Harap perkongsian ini bermanfaat

Rujukan:

1) Medical Management guidelines for phenol, ATSDR

https://www.atsdr.cdc.gov/mmg/mmg.asp?id=144&tid=27

2) Gas Chromatography–Mass Spectrometry Analysis and Chemical Composition of the Bamboo-Carbonized Liquid. Dinesh Bilehal et al

Rak Pokok Bunga Murah Di Selangor

Tanaman indoor yang segar sentiasa mencipta suasana istimewa di dalam rumah. Interior rumah dapat terlihat semakin hijau dan menyegarkan jika kita dapat menambahkan tanaman-tanaman hias di dalamnya. Bila pokok indoor telah banyak akan ada pula masalah lain iaitu 'ruang' meletakkan pokok indoor menjadi terhad. Oleh itu, Rak bunga adalah salah satu perabot yang boleh digunakan untuk meletakkan pot-pot bunga tersebut.


Beli Rak Pokok Murah Di Selangor

Saban hari semakin ramai peminat pokok indoor bertambah. Masing-masing akan berkongsikan hasil tanaman mereka di sosial media seperti facebook, instagram dan sebagainya. Ada juga yang bertanyakan masalah serta mencari penyelesaian mengenai tanaman mereka yang layu, dimakan serangga perosak dan lain-lain. Selain menambah koleksi indoor plants, ada juga beberapa peminat pokok mencari rak pokok bunga murah.


Ingin Fara maklumkan di sini bahawa Fara dan suami telah membuka tempahan rak bunga yang diberi nama RAK BUNGA PALMA murah di Selangor. Ini adalah contoh rak pokok bunga yang kami buat. Rak ini boleh memuatkan sebanyak 6 jenis pokok. Berat yang mampu di tanggung pada setiap para adalah maximum 5 kg. Rak ini dibuat sepenuhnya oleh Fara dan Suami.

Rak Bunga Palma Ready Stock di Selangor :


Buat masa sekarang pelanggan perlu menempah dahulu rak bunga ini. Anggaran masa siap rak adalah dalam tempoh 3 ke 4 hari. Jika dapat siap awal, kami akan memberitahu pelanggan melalui aplikasi Whatsapp. InshaAllah kami akan buat yang ready stock jika semakin banyak permintaan. 

Kami Hantar Rak Bunga Ke Lokasi Terpilih

Mengenai penghantaran pula, pelanggan boleh pilih sama ada nak self pickup atau kami hantar terus ke lokasi anda. Setiap caj delivery kami caj RM10-RM40 bergantung pada jarak penghantaran. Lokasi penghantaran rak bunga seperti di Puncak Alam, Meru, Setia Alam, Klang, Shah Alam, Bukit Kapar, Bukit Raja, dan sekitar Lembah Klang. Untuk lokasi yang tidak dinyatakan boleh buat rundingan dengan kami ya. InshaAllah kami boleh berunding tentang lokasi penghantaran. 

Harga Rak Bunga Palma


Kenapa kami jual murah? Sebab kami tahu pencinta pokok indoor telah banyak berhabis duit beli pelbagai jenis pokok dan juga pasu bunga. Jadi harga yang kami tawarkan kepada pelanggan untuk rak bunga ini hanyalah RM120 Sahaja

Kualiti Rak Pokok Bunga Adalah Yang Terbaik Kami Tawarkan


Rak pokok bunga ini sesuai diletakkan di dalam rumah. Kalau letak di luar rumah kami cadangkan letak di kawasan redup seperti di bawah bumbung porch kereta. Elakkan terkena hujan panas untuk mengekalkan kualiti rak ini.

Jenis-Jenis Rak Bunga Yang Ada :




Testimoni Pelanggan Kami :





Jom Beli Rak Bunga Sekarang!

Sila whatsapp Fara untuk sebarang pertanyaan atau tempahan ya. Klik je link whatsapp di bawah :
Berminat untuk membeli Rak Bunga secara BORONG? Whatsapp kami :

Whatsapp : Nak order RAK BUNGA
Nak Beli BORONG : Nak Beli BORONG



Gadis ini Kongsi 3 Langkah Mudah Hilangkan Blackhead/Whitehead

Assalamualaikum. maaf lambat update, sis baru balik kerja. Setiap step ada dekat gambar okey just ada tiga ni sahaja step, hidung korang licin, segala kotoran dekat muka habis diangkut sis dah cuba dah sebulan, alhamdulilah puas hati, atas rajin dan malas sahaja



3 Bahan yang diperlukan adalah :

1. Clay mask FREEMAN(takde takpe) WATSONS
2. Oil Cleansing BIORE(any jenama blh)(Penting) WATSONS
3. Bye Bye Blackhead SOMEBYME(Penting) OFFICIAL STORE.

1. Pakai CLAY MASK


Apply clay mask dkt muka 10 minit, pakai 1-2 kali seminggu. Fungsi clay mask ni utk angkat lebihan minyak dkt muka yg menyebabkan terjadinya blackhead n whitehead. So lps 10 minit dah blh basuh.

2. Lakukan Teknik Gritting


Then korg make sure tgn n muka korg bebas air n peluh untuk apply oil cleansing. Texture oil cleansing ni mmg berminyak, tapi dont worry takkan buatkan skin korg smkin berminyak.

Gritting ni u kne buat maksimum 15 minit dkt muka, gosok perlahan smpai u rasa biji2 halus keluar, (white n blackhead) Biasa i akan buat 1-2 kali seminggu. Kesan dia segala kotoran yg tersisa dlm skin hbis dia keluar. After that lap dgn tisu, then basuh muka dgn pencuci muka.

3. Pakai Cleanser Bye Bye Blackhead


sape je kan tak knl Somebyme yg famous ni, bkn sbrg femes, tapi sumpah menjadi. After apply oil cleansing and u gosok perlahan dkt muka, then lap dgn tisu utk tgk kotoran yg keluar dari skin u, and bru basuh muka guna pencuci muka korg. And then lap muka dgn tisu, (Jgn bgi muka basah utk apply somebymi ni) kene kering. then u apply byebye blackhead ni dkt whole face. Gosok perlahan, 2-3 minit then basuh. Pastikan beli yg authentic.

KREDIT : FB CN Fatin Syamimi