Harga Penginapan di The Amanjena Resort

The Amanjena Resort kini menjadi tumpuan pelancong Malaysia gara-gara iras dengan Santorini. Sebut sahaja Santorini, semua tahu yang Santorini adalah pulau vulkanik yang berada di antara Pulau Ios dan Anafi, Yunani. Bayangkan saja Anda berada di tengah-tengah bangunan putih yang berada di tebing. Ditambah lagi sambil menikmati matahari tenggelam nan indah bersama orang tersayang. Memang romantik! Jadi tidak hairan jika Santorini kerap menjadi destinasi utama para pasangan atau pengantin baru.


Mengapa perlu pergi yang jauh sedangkan kini anda boleh menikmati keindahan ala-ala Santorini di Melaka.

The Amanjena Resort terkenal dengan keindahan pemandangannya berupa lautan biru yang sangat memanjakan mata. Resort di pulau ini juga sangat menarik kerana rata-rata bangunan di pulau ini berwarna putih biru dan berwana-warni. Memang cantik nak BER OOTD di sini apatah lagi nak berbulan madu atau bergembira bersama keluarga tersayang.

Kawasan yang luas, cantik, dan sesuai untuk pasangan baru kahwin dan juga keluarga. The Amanjena Resort Melaka kini menjadi pilihan pelancong luar dan dalam negeri.

Jom lihat gambar di sekitar The Amanjena Resort :

















Pastinya ramai menyangka tempat ini sebagai destinasi percutian mewah dan memerlukan kos yang tinggi. Bagaimanapun dengan hanya bajet sederhana anda boleh ke sini.


Harga Penginapan di The Amanjena Resort adalah Nett untuk 2hari 1malam


✅ Seaview deluxe king
🎀 RM 420 per night
1 katil king
For 2 pax

✅ Double Deluxe
🎀 RM 390 per night
2 single bed
For 2 pax

🎀 RM 420 per night
1 queen 1 single
For 3 pax

✅ Seaview triple deluxe
🎀 RM 440 per night
1 queen 1 single bed
For 3 pax

✅ Triple deluxe
🎀 RM 490 per night
1 queen 1 super single
3 pax

✅ Pool view executive
🎀 RM 590 per night
1 queen 1 super single
3 pax

✅ Pool view junior suite

✅ RM 690 per night
1 queen 1 single
3 pax

✅ Pool view family room
🎀 RM 690 per night
1 queen 3 single
5 pax

✅ Pool view deluxe room

🎀 RM 490 per night
1 queen 2 single
3 pax
Lokasi The Amanjena Resort

The Amanjena Resort
Lot 3357, Jalan Pengkalan Balak
Pengkalan Balak,
78300 Masjid Tanah
Melaka

Booking segera!! www.wasap.my/60176213055

KAITAN PERHIASAN WANITA BENTUK DAUN CLOVER & KRISTIAN



SOALAN :

Mintak maaf ustaz. Berkenaan jawapan ustaz dalam video soal jawab agama secara live baru-baru ini beberapa orang netizen yang tidak puas hati bila ustaz mengaitkan bunga clover dengan agama kristian dan trinity. Mereka kata salib atau ajaran kristian tak ada kaitan dengan daun clover.

Ada yang kata ustaz memanda-mandai mengeluarkan hukum dan ada yang mengatakan mungkin ustaz tidak tahu tentang bunga clover itu dan ada juga yang kata ustaz kena pergi belajar lagi hukum agama baru boleh bercakap tentang hukum.

Minta penjelasan dari ustaz.

JAWAPAN :

Memang benar saya ada menyebut di dalam kuliyah yang dibuat secara live berkenaan perhiasan bentuk bunga clover.

Bunga clover yang disebut orang itu sebenarnya daun bukannya bunga yang banyak tumbuh di Hemisphere Utara dan nama saintifiknya adalah Trifolium.

Daun clover yang popular dengan panggilan Shamrock di mana ejaan asalnya dalam sebutan irish ialah Seamaróg memang ada kaitan dengan agama kristian dan trinity dan insyaAllah saya sertakan sedikit penerangan dan kaitan dengan kepercayaan Kristian dan konsep trinity sekadar yang saya ketahui tentang daun  clover yang bentuknya sekarang ini popular dibuat perhiasan kaum perempuan.

DAUN CLOVER & KONSEP TRINITY

Tersebut pada Wikipedia :

Shamrock the traditional Irish symbol, which according to legend was coined by Saint Patrick for the Holy Trinity is commonly associated with clover.

Artinya : “Shamrock simbol tradisional Ireland yang menurut legenda diciptakan oleh Saint Patrick untuk Holy Trinity biasanya dikaitkan dengan daun clover.”

Sila rujuk :

https://en.wikipedia.org/wiki/Clover

DAUN CLOVER SEBAGAI SALAH SATU SIMBUL AJARAN GEREJA

Pada buku yang bernama SYMBOLS OF THE CHURCH karangan Carl Van Treeck DI BAWAH TAJUK THE MOST HOLY TRINITY pada muka surat 11 menyebut penganut kristian sekte ajaran St Patrick menjadikan daun clover sebagai asas menerangkan kepercayaan trinity dalam agama Kristian.

Sila rujuk :

https://archive.org/details/in.ernet.dli.2015.89266/page/n29/mode/2up

DAUN CLOVER & SALIB CELTIC

Salib terdapat beratus-ratus jenis rupa dimana salah satunya dikenali sebagai salib Celtic. Salib Celtic dikenali pada hujungnya mengunakan bentuk daun clover.

Leslie McLane menulis dalam Cultural Symbols In Jewelry di bawah tajuk Claddagh :

Jewelry featuring a Claddagh is sometimes used in conjunction with other Irish symbols, most notably the Celtic cross and three leaf clovers called shamrocks.

artinya : “

“Perhiasan yang menonjolkan Claddagh kadang-kadang digunakan bersama dengan simbol Ireland yang lain terutama salib Celtic dan tiga kelopak daun clover yang dipanggil shamrocks.”

Sila rujuk :

https://www.firemountaingems.com/resources/encyclobeadia/charts/f21m

SEJARAH PENGGUNAAN DAUN CLOVER DALAM AJARAN KRISTIAN & TRINITY

Tersebut pada Wikipedia di bawah tajuk Link To St Patrick :

Traditionally, shamrock is said to have been used by Saint Patrick to illustrate the Christian doctrine of the Holy Trinity when Christianising Ireland in the 5th century.

Artinya : “Secara tradisional shamrock dikatakan telah digunakan oleh Saint Patrick untuk menjelaskan doktrin kristian tentang Holy Trinity ketika mengkristiankan penduduk Ireland pada abad ke-5 masehi.”

Sila rujuk :

https://en.wikipedia.org/wiki/Shamrock

KONSEP TIGA TUHAN ADALAH SATU SEPERTI TIGA KELOPAK DAUN CLOVER

Greg Hughes menulis dalam ABC News :

The Trinity holds that God exists as three distinct but coexistent entities: the Father, the Son, and the Holy Spirit. Patrick explained that just as the shamrock was one plant comprised of three leaves, so too was there one God consisting of three dimensions.

Artinya : “Triniti berpegang bahawa Tuhan wujud sebagai tiga entiti yang berlainan tetapi wujudnya sama yaitu Bapa, Anak dan Ruh Kudus. St Patrick menerangkan bahawa sama seperti clover adalah satu tumbuhan yang ia terdiri dari tiga kelopak daun maka demikian juga ada satu Tuhan yang terdiri dari tiga dimensi.”

Sila rujuk :

https://abcnews.go.com/Lifestyle/leaf-clover-emoji-today/story?id=37726726

Dalam satu tulisan di bawah tajuk Clover Leaf and the Holy Trinity by St. Patrick :

In his preaching of the Holy Trinity, he uses the three-leaf clover: one clover, three lobes. Holy Trinity is a communion of three Persons: the Father, the Son, and the Holy Spirit. Yet, this Trinitarian Communion is but ONE GOD.

Artinya : “Dalam ceramah tentang Holy Trinity dimana St Patrick menggunakan sehelai daun clover berkelopak tiga. Holy Trinity adalah persatuan tiga individu yaitu Bapa, Anak dan Roh Kudus. Namun demikian komuniti tiga ini hanyalah satu tuhan.”

Sila rujuk :

http://arjanmarhrebetasworld.blogspot.com/2011/03/clover-leaf-on-simple-analogy-of-holy.html

DAUN CLOVER DAN KEPERCAYAAN PENGANUT KRISTIAN

Nicole Hallenbeck menulis pada blog Villeroy & Boch dibawah tajuk THE SIGNIFICANCE OF THE SHAMROCK :

According to Christian beliefs, Saint Patrick used the shamrock to explain the Holy Trinity to Irish Christian converts. He used each leaf to represent the Father, Son, and Holy Spirit.

Artinya : “Menurut kepercayaan Kristian Saint Patrick menggunakan shamrock (daun clover) untuk menerangkan Holy Trinity kepada penganut Kristian Ireland. Dia menggunakan setiap kelopak daun untuk mewakili Bapa, Anak, dan Roh Kudus.

Sila rujuk :

https://blog.villeroy-boch.com/2019/03/significance-of-the-shamrock/

KEYAKINAN TENTANG DAUN CLOVER TIGA KELOPAK & EMPAT KELOPAK

Menurut St Patrick kelopak daun clover yang tiga menerangkan trinity manaka yang mempunyai empat kelopak menandakan rahmat tuhan.

Telah menyebut oleh Nikki Tilley tulisannya yang bertajuk What Causes Four Leaf Clovers And How To Find A Four Leaf Clover :

But did you know that St. Patrick is said to have used the three-leaf clover to explain the Holy Trinity to the pagan Irish, and the fourth leaf is believed to represent God’s grace.

Artinya : “Tetapi tahukah anda bahawa St Patrick dikatakan telah menggunakan daun clover tiga kelopak untuk menerangkan Holy Trinity kepada orang pagan (tidak beragama) Ireland dan daun kelopak yang keempat dipercayai mewakili rahmat Tuhan.”

Dan Nikki Tilley menambah :

Additional information points to the four leaves of clover as representing faith, hope, love and luck. And in the Middle Ages, a clover with four leaves not only meant good luck but was believed to grant one the ability to see fairies.

Artinya : “Maklumat tambahan merujuk kepada empat kelopak daun clover yang mewakili iman, harapan, cinta dan nasib baik. Dan pada abad pertengahan daun clover dengan empat kelopak tidak hanya tanda nasib baik tetapi dipercayai menjadikan seseorang berkemampuan untuk melihat pari-pari.”

Sila rujuk :

https://www.gardeningknowhow.com/lawn-care/lawn-substitutes/white-clover/four-leaf-clovers.htm

Diharap penerangan serba ringkas dan ala kadar ini memuaskan hati pihak yang mengajukan soalan dan saya sertakan sedikit foto yang menunjukkan kaitan daun clover dengan ajaran kristian dan salib dan trinity.

wallahua’lam
ustaz azhar idrus











Resepi Ayam Goreng Berempah Paling Sedap

Ayam Goreng Berempah 😋


Bahan-bahan

1 ekor ayam (potong 16 - kalau nak kecil lagi kerat la kecil2)
3 inci Halia
3 labu bawang putih
8 batang serai
3 sb jintan manis
3 sb ketumbar
2 sb tepung jagung
Telur sebiji
Garam secukup rasa
Serbuk cili ikut pedas mana nak + sedikit serbuk kari ayam
Daun kari secukupnya
Gula melaka 1 keping atau boleh juga letak gula pasir

------
Blend semua bahan kecuali ayam dan daun kari hingga hancur.
Gaulkan bahan dengan ayam dan perap 3 jam. Kalau nak sedap perap semalaman.

Goreng hingga garing. Api jangan kuat sangat. Kalau tutup kuali masa memggoreng lebih elok supaya ayam cepat masak. Dah hampir garing tu masukkan daun kari.

Ok dah siap angkat dam toskan. Baki bahan perapnya saya goreng rangup dan tabur bersama2 ayam yang dihidangkan. Makan dengan nasi panas pun sedap

kredit: zulfazalovescooking

Jom Kenali 10 JENIS Pokok Indoor POPULAR Yang Sesuai Tanam Dalam Rumah

Hidup kat bandar ni biasanya terasing daripada pokok-pokok hijau. Bila jenguk keluar tingkap bukan boleh nampak bukit, tapi nampak jiran dekat blok sebelah sidai baju. Bila keluar rumah pulak, udara penuh dengan asap kereta. Stress jadinya.

This is how many plants you need per room according to science | Better  Homes and Gardens

Sebab itulah makin ramai yang beli pokok hiasan untuk letak dalam rumah. Bukan pokok plastik ye, tapi pokok yang betul-betul sedut karbon dioksida dan lepaskan oksigen!

Walaupun namanya tumbuhan hiasan, pokok-pokok ini bukanlah setakat nak buat rumah anda nampak cantik. Ia boleh beri banyak manfaat, termasuklah:

- Mengurangkan kemurungan
- Membantu peredaran udara dalam rumah
- Membantu memori dan kesihatan mental

10 JENIS Pokok Indoor  POPULAR Yang Sesuai Tanam Dalam Rumah

1. Ficus pumila


FICUS Pumila merupakan satu lagi spesies pokok liar dari jenis pokok Jejawi yang menarik untuk dipilih dan ditanam sebagai tanaman hiasan.

Masyarakat Melayu telah lama mengenali pokok jenis Jejawi di mana ia dikatakan berkait rapat dengan kepercayaan hantu.

Pokok Jejawi, Ara dan Beringin dari genus Ficus ini dikatakan berhantu kerana bentuk pokoknya yang agak besar dengan struktur akar-akarnya yang panjang berjuntai ke bawah di mana ia setentunya memberikan penampilan yang agak menakutkan.

Ia merupakan pokok daripada genus Ficus yang tergolong dalam keluarga tumbuhan Moraceae di mana ia dikatakan mempunyai lebih daripada 800 spesies terdiri daripada jenis pemanjat, pokok renek, pepohon (tree) dan sebagainya.

Spesies Ficus Pumila yang juga dikenali sebagai creeping fig ini sebenarnya merupakan sejenis pokok menjalar dan juga pemanjat.

2. ficus elastica


Penjagaan ficus adalah mudah, tetapi memerlukan pematuhan terhadap peraturan tertentu. Terdapat hanya enam daripada mereka:

1. Pencahayaan. Semua ficuses suka dia, tetapi mereka tidak boleh berdiri cahaya matahari langsung. Dari ini, tanda membakar muncul pada daun mereka. Pilihan terbaik adalah meletakkan periuk dengan bunga oleh tingkap yang ditutup dengan langsir cahaya. Tingkap itu sendiri juga harus ditutup, kerana ficuses tidak suka draf. Sekali di tempat yang ditiup, tumbuh-tumbuhan mula kehilangan dedaunan.

2. Suhu. Walaupun elastik getah - Selatan, mereka tidak tahan haba. Suhu optimum untuk mereka ialah +22. +25 o C pada musim panas dan +14. +16 o C pada musim sejuk. Pada nilai yang lebih rendah, tumbuh-tumbuhan mula menggunting daun.

3. Penyiraman. Ia memerlukan tetap, tetapi sederhana. Ia tidak perlu banjir tumbuhan, tetapi benjolan bumi harus basah (kecuali jika ficus disimpan pada suhu udara di bawah + 12 darjah). Air untuk pengairan mesti dipertahankan.

4. Kelembapan. Semua ficuses getah seperti menyembur dengan air suam hangat. Sekiranya bilik itu panas, ia perlu dilakukan setiap hari. Dalam penyemburan musim sejuk tidak dilakukan. Tetapi untuk mengelap daun daripada debu diperlukan sepanjang tahun.

3. Money Plants 



Money plant (Epipremnum aureum) terkenal sebagai tanaman rumahan yang ditanam di dalam rumah, terutama dalam air. Banyak orang mempercayai bahwa menanam money plant dapat mendatangkan rezeki, keberuntungan, kesihatan, dan kebahagiaan. Money plant dikenal juga dalam banyak nama seperti hunter’s robe, ivy arum, golden pothos, silver vine, Solomon Islands ivy, devil’s vine, devil’s ivy, dan taro vine.

Money plant (pothos) adalah tanaman memanjat yang selalu tumbuh sepanjang tahun. Tingginya boleh mencapai 20 meter. Tumbuhan ini boleh tumbuh dengan sangat mudah di tanah mahupun di air dalam botol, atau lain.

4. Philodendron selloum


Persekitaran Terbaik untuk Pabrik Hope Philodendron

Tidak terlalu gelap atau terang. Seperti kebanyakan tumbuhan lain di Malaysia Philodendron genus, Philodendron Hope menikmati iklim yang ringan yang tidak terlalu panas atau terlalu sejuk, dan tidak terlalu terang atau terlalu gelap-suka berada di tempat yang tepat.

Cahaya sederhana. Persekitaran dalaman yang ideal menyediakan cahaya semula jadi yang sederhana atau tersebar. Sumber cahaya dalam buatan tiruan yang boleh ditinggalkan untuk tempoh masa kerja yang ketara, tetapi cahaya semulajadi, sederhana adalah yang terbaik.

Jika dalam cahaya terang, gunakan baja. Philodendron Hope juga mampu bertolak ansur dengan keadaan cahaya yang tinggi di dalam rumah; Walau bagaimanapun, ia mungkin memerlukan aplikasi baja berkala untuk mengelakkan kekurangan nutrien dan klorosis, kerana banyak cahaya menyebabkan peningkatan pertumbuhan dan produktiviti.

Padankan air dengan jumlah cahaya. Sebaliknya, Philodendron Hope dalam cahaya rendah terdedah kepada reput pada akarnya dan di batang dan daun, dan mungkin tidak akan bertahan dengan cara estetik yang menyenangkan untuk sebarang tempoh masa yang penting. Ia juga sangat mudah untuk mengatasi tumbuhan di bawah cahaya, jadi lebih baik untuk mengelakkan meletakkan harapan Philodendron anda dalam pencahayaan tersebut.

Untuk hasil yang terbaik, letakkan pokok anda di kawasan dengan pencahayaan sederhana, suhu dalaman yang sederhana, dan aliran udara yang selesa. Elakkan daripada apa-apa jenis ekstrem.

5. Pokok Lidah Jin (Sansevieria)


Sansevieria atau lebih popular dengan nama, pokok lidah jin antara tumbuhan yang paling susah untuk mati meskipun ia perlu disiram secara berkala. Malah pokok ini sesuai hidup di tempat yang kering dan menerima sedikit cahaya matahari.

6. Pokok Zamioculcas Zamiifolia (ZZ)


Semudah namanya, tumbuhan ZZ atau nama saintifiknya Zamioculcas Zamiifolia amat senang untuk dijaga. Walaupun memerlukan pencahayaan yang sedikit, pokok ini mempunyai daya ketahanan yang tinggi kerana ia tidak bergantung pada siraman air berkala.

7. Pokok Saraf (Fittonia)


Fittonia sering digelar sebagai ‘tumbuhan saraf’ atau ‘tumbuhan mosaik’ kerana memiliki jenis corak pada vena daunnya yang berurat.

Lebih menarik, tumbuhan kecil ini bukan sahaja berwarna hijau, malah datang dari pelbagai warna iaitu putih keperangan, merah jambu dan kuning.

8. Pokok Lili Paris (Chlorophytum comosum)

Daun Lili Paris adalah antara tumbuhan dalam rumah yang paling mudah untuk membesar.

Selain dipanggil sebagai ‘spider plant’, tumbuhan ini mempunyai fungsi sebagai pembersih udara kerana ia menyingkirkan gas jenis ‘formaldehid’ dan ‘xilena’.

9. Pokok Monstera (Keju Swiss)


Terdapat banyak spesis tumbuhan Monstera ini, namun jenis berdaun dipanggil ‘keju Swiss’ ini antara spesis yang paling popular.

Dua jenis yang sering menjadi tarikan utama pencinta pokok ialah Monstera Adansonii dan Monstera Deliciosa. Ia digelar keju Swiss kerana lubang terbentuk pada daunnya sama seperti corak lubang pada keju buatan Switzerland.

Selain di kedai nurseri pokok, anda juga boleh dapatkan pokok penghias ini di kedai dalam talian dengan lebih mudah.

10. Chinese Evergreen

Beginner's Guide to the Chinese Evergreen — The Green Mad House

Pokok Chinese Evergreen boleh membesar walaupun dalam keadaan kurang cahaya, jadi anda boleh letakkan ia di mana-mana saja.

Chinese Evergreen sukakan kelembapan udara. Jadi kalau udara dalam rumah atau bilik anda terlalu kering, anda boleh semburkan daun dengan air sekali-sekala, ataupun pasang pelembap udara dalam bilik anda.

Kalau anda jaga pokok ni betul-betul, ia boleh tahan sehingga 10 tahun.




Sinopsis Drama Cik Cinderella Dan Encik Tengku

Puteri Nuraisha (Zahirah MacWilson) yang hidup dengan seorang ibu tiri dan kakak tiri. Ayahnya, Megat, sering melebihkan kakak tirinya iaitu Sha (Puteri Aishah). Puteri mempunyai seorang tunang bernama Ashraf (Shah Iskandar), dimana pertunangan mereka adalah disebabkan amanat arwah ibu Puteri yang mahu dia dan Ashraf disatukan. Ashraf bagi Puteri adalah seorang lelaki yang sering ingin menumpang kesenangan kerana dia sudah terbiasa dilimpahkan wang oleh keluarganya sendiri.
Perkenalan Puteri dengan Daniel (Shukri Yahaya), seorang peguam muda yang romantis, lucu dan baik hati di tempat kerja sedikit demi telah membuatkan Puteri jatuh cinta terhadap Daniel. Bagi Puteri, Daniel sangat menyenangkan tetapi dalam masa yang sama Puteri dihimpit rasa bersalah kerana dia terikat dengan amanat arwah ibunya itu.
Tanpa diketahui oleh Puteri, kakak tirinya, rupa-rupanya sudah lama menjalinkan hubungan cinta dengan Ashraf tanpa diketahui oleh sesiapa. Sehinggalah pada suatu hari, satu kejadian yang memalukan telah mengucar-kacirkan persiapan perkahwinan Puteri dan Ashraf yang telah dirancang rapi oleh ibu tirinya.




Nama aku PUTERI NURAISHA. Aku ada mak tiri dan seorang kakak tiri. Biasalah, mana ada mak tiri yang baik. Nama kakak tiri aku Sha. Jahat gila. Orang gila pun tak jahat macam dia. Dia tak sukakan aku, Jadi, ada sebab ke aku nak suka dia? Kirim salam!

Dalam hidup aku ada seorang lelaki yang paling aku tidak suka. Nama dia Ashraf. Tapi arwah ibu cukup suka dengan dia sehinggakan dia suruh aku kahwin dengan Ashraf.

Apa yang jadi masalahnya, aku jatuh cinta dengan seorang lelaki. Nama dia Daniel. Opsss, TENGKU DANIEL. Orangnya segak gila. Kata Jee kawan baik aku, kalau dia dapat kahwin dengan Daniel, setahun tak makan pun dia sanggup. Cerdik sungguh! 

Tapi kan, suatu hari tu Daniel beri aku sejambak bunga. Dia cakap dia kutip sebab ada lori bunga dari Cameron Highlands terbalik. Tak percayalah…


Dan dia hantar SMS… 

Babe (Dia panggil aku babe.) 

Ya sayang (Aku panggil dia sayang.)

Lunch sama (Dia ajak.) 

Okey (Aku nak.) 

Kat mana (Dia tanya.) 

Ayam Penyet Kelana Jaya ( Dalam kepala ingat tempat tu saja.) 

Okey cantikkk… (Dia setuju.)

Ya, semuanya cantik belaka. Indah belaka. Tapi selepas itu, semuanya menjadi amat sukar. Aku tidak mampu menolak amanat arwah ibu dan aku juga tidak boleh lupakan cinta aku terhadap Daniel.

Siapa yang bakal aku pilih antara Ashraf dan Daniel?

BEECOMB Memperkenalkan Expo Jam 3D Virtual Pertama di Malaysia!

Penilaian seseorang individu dinilai daripada penampilan dan kekemasan. Penggunaan jam tangan boleh membantu anda dalam penampilan. Dengan menggunakan jam tangan, anda akan nampak lebih kemas, lebih elegen dan bergaya. Seseorang yang menggunakan jam tangan secara tidak langsung menunjukkan mereka mempunyai kehidupan yang agak sibuk dan padat. Anda juga kelihatan seperti individu yang sangat menjaga masa dan masa itu sangat berharga.

G-Shock HK - Javys on Twitter: "Here are the “Beach colors” to uplift your  feeling for the spring! -BGA-190BE-2A/4A, BGA-180BE-2B, BGA-110BE-4A  #PastelColor #beachcolors… https://t.co/zQIvDJhWwC"

Dalam era kehidupan moden ini, jam tangan menjadi aksesori penting dalam kehidupan seharian. Jam tangan adalah peranti yang paling penting untuk melihat masa. Ketika sibuk dengan aktiviti pejabat ataupun ketika riadah / bersukan, jam tangan adalah penunjuk masa yang paling dekat dengan kita.

Beli Jam Tangan Secara Online Lebih Menjimatkan

Bila sebut je pasal online shopping sapa je tak tahu kan? Boleh dikatakan sekarang ni pembelian secara online sudah menjadi pilihan utama semua orang. Terkini, nak beli jam tangan secara online pun dah ada! Punyalah mudah dan senang klik klik jam tangan pilihan yang hendak di beli kemudian barang tersebut akan terus dihantar ke rumah. Hebat kan?

Baby-G BGA-180, BGA-190, BA-110, BGD-5000 and BGD-560 Beach Colors

Kalau nak tahu selain menjimatkan masa dan tenaga, membeli jam tangan secara online juga secara tidak langsung dapat menjimatkan kos perbelanjaan kerana nilai yang dibeli secara online adalah lebih murah dari pasaran dan tiada lagi masalah bersesak-sesak di pusat membeli-belah

Bercerita tentang perkhidmatan pembelian dan penghantaran jam tangan pula, ada banyak platform yang boleh dipilih. Rata-rata menawarkan konsep online shopping yang sama. Tetapi ada satu platform terbaru ni kita boleh melihat jam tangan pilihan secara virtual ibarat pergi ke kedai jam sendiri.

BEECOMB Memperkenalkan Expo Jam 3D Virtual Pertama di Malaysia!

Platform membeli jam tangan secara online yang Fara maksudkan diatas adalah dari Beecomb. Pada 29 hingga 31 Ogos 2020, BEECOMB telah Memperkenalkan Expo Jam 3D Virtual Pertama di Malaysia! Expo Jam 3D virtual dari Beecomb ini akan membolehkan pengunjung mencari tawaran dan produk terbaik dari pelbagai jenis jenama jam tangan. Beecomb boleh diakses melalui aplikasi mudah alih seperti telefon bimbit, ia membolehkan pameran & pelawat melakukan transaksi penjualan, berbual, berinteraksi, dan membeli.

Image may contain: ‎text that says "‎BEECOMB PRESENTS- BEECOMB 3D VIRTUAL WATCH EXPO 29-31 AUGUST 10AM- 12AM CHTUNG MAZZUCATO SEIKO CITIZEN CASIO EVOX RAYMOND WEIL CIGADesign GENEVE ROTARY A1 מ traser® NSQUARE 13 watches TITONI EMPORIOVARMANI ORIOVA WISS G-SHOCK MICHA KORS ট TITAN BABY-G GVO ALBA FOSSIL‎"‎

Memang sangat unik! Sekarang anda boleh melihat pelbagai jenis & jenama jam tangan secara 3D virtual di Beecomb.

Orang ramai dijemput memuat turun aplikasi Beecomb untuk mengalami pembelian jam tangan mudah dan cepat.

Dapatkan Jam Tangan EVO Serendah RM1 di Booth SUPER GEMPAK!!

Berita baik buat peminat jam tangan EVO! Di Booth SUPER GEMPAK, setiap pembelian jam tangan berharga RM199 anda boleh membeli jam tangan EVO seterusnya serendah RM1 SAHAJA! (purchase with purchase) 






Inilah masa yang sesuai untuk dapatkan jam idaman EVO anda pada harga yang sangat murah! Selain itu, anda juga boleh dapatkan jam tangan EVO serendah RM52.90 dan RM83.10 sementara stok masih ada. Promosi Super Gempak ini hanya di jalankan di BEECOMB 3D Virtual Watch Expo Sahaja.

Jom Lihat Senarai Jenama Jam Tangan Yang Ada di Beecomb 3D Virtual Watch Expo

High End
CIGA Design
RAYMOND WEIL
SEIKO
CITIZEN
MAZZUCATO

Designer
ROTARY
TITONI
MICHEAL KORS
FOSSIL
EMPORIO ARMANI

MID RANGE
TITAN
EVOX
ZOID
NSQUARE
ACHTUNG
ALBA
ROTARY
CASIO
G-SHOCK
BABY-G

AFFORDABLE 
EVO

SUPER GEMPAK
EVO RM 52.90
EVO RM 83.10
EVO RM 199 + RM 1 (Buy 1, 2nd Watch RM1 )

Membeli-Belah Dengan Selamat di Beecomb

Dulu kalau kita bersesak-sesak dengan orang ramai semata-mata ingin membeli jam tangan idaman di pameran tiada masalah tetapi kini Musim pendemic Covid-19 sangat tak sesuai untuk bersesak dengan orang ramai.


Kenapa perlu bersesak-sesak sedangkan kini di Beecomb anda tidak perlu risau tentang penjarakan sosial kerana anda hanya mengunjungi pameran alam maya melalui aplikasi Beecomb dan ianya 100% selamat! Anda bebas membeli apa jua jenis jam tangan di Beecomb tanpa perlu pergi ke tempat pameran asalkan ada telefon bimbit di tangan. Sambil baring beli jam tangan pun boleh.

Beecomb Adalah Seperti Permainan, Anda boleh Mengawal Dan Melihat Expo Jam 3D Virtual Dengan Mudah!

Ini yang paling best mengenai Beecomb! Pernah main game tak? Cara Beecomb berfungsi sama seperti kita bermain game. Kita hanya perlu mengawal pergerakkan avatar & melihat pameran seperti bermain game. Anda boleh mengawal watak-watak dalam permainan semasa mengunjungi pameran di lokasi.



Lihat expo, harga dan details setiap produk dengan hanya klik pada gerai yang ada disitu kemudian segala details seperti harga dan unit akan dipamerkan. Dah payment tunggu pula barang sampai terus ke depan pintu rumah. Sangat mudah!

Dapatkan kod kupon RM5! hanya 900 yang terawal akan menikmati diskaun hebat ini!

sempena hari Kebangsaan, pameran makanan maya 3D akan melancarkan promosi hari Kebangsaan iaitu anda boleh membeli makanan gourment dengan harga kurang dari RM1


Selain itu, bagi anda yang telah memuat turun aplikasi Beecomb anda boleh mendapatkan kod kupon RM5! hanya 900 yang terawal akan menikmati diskaun hebat ini.

Bukan itu sahaja, ada cabutan bertuah bernilai RM300 menanti setiap orang yang memuat turun aplikasi Beecomb.

Jangan Lupa Saksikan Beecomb 3D Virtual Watch Expo

Image may contain: ‎text that says "‎BEECOMB PRESENTS- BEECOMB 3D VIRTUAL WATCH EXPO 29-31 AUGUST 10AM- 12AM CHTUNG MAZZUCATO SEIKO CITIZEN CASIO EVOX RAYMOND WEIL CIGADesign GENEVE ROTARY A1 מ traser® NSQUARE 13 watches TITONI EMPORIOVARMANI ORIOVA WISS G-SHOCK MICHA KORS ট TITAN BABY-G GVO ALBA FOSSIL‎"‎

Jangan lupa memuat turun aplikasi Beecomb untuk menyertai Beecomb 3D Virtual Watch Expo Pertama di Malaysia dari 29 hingga 31 Ogos 2020 ok!

Tarikh : 27-31 Ogos 2020
Masa : 10 pagi - 10 Malam
Muat turun aplikasi BEECOMB di : Google Play |  App Store | App Gallery