Ramai orang terlepas pandang. Zaman ini ramai yang suka gunakan kapas lembab (wet nappy) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air. Apabila memandikan bayi, jangan terus masukkaan badan bayi ke dalam tab. Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang menggunakan air mengalir supaya bersih. Tujuannya supaya apabila memasukkan bayi dalam tab air tidak menjadi air najis, kesan kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air.
ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR...
Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.
Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.
1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.
2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.
3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.
4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.
5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.
6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.
7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.
8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.
Pelvic Girdle Pain (PGP) - nak jalan pun azab! Sakit pada bahagian ari ari boleh bawak ke bahagian belakang (bawah), tulang pinggul dan peha. Sendi Sacroiliac kat belakang sendi symphisis pubis kat depan - tu yang sakit depan dan belakang.
1 dalam 5 wanita hamil ada masalah ni. 3 sendi pada tulang pinggul bekerja bersama-sama dan lazimnya bergerak sedikit. Sakit bermula bila sendi ini bergerak tidak seragam menyebabkan tulang pinggul menjadi kurang stabil dan sakit. Bila baby makin besar dalam rahim, berat tambahan dari atas, serta cara ibu duduk atau berdiri akan menyebabkan bebanan tambahan pada tulang pinggul.
Perubahan hormon ketika hamil, menyebabkan sendi ini menjadi longgar dan tak stabil. Yelah, nak prepare tulang pinggul supaya menjadi lebih besar dan fleksibel supaya baby nak lalu (proses kelahiran)
Bila sakit tu datang ?
Jalan pada permukaan tak rata
Nak kangkang untuk keluar dan masuk kereta
Naik tangga, nak pakai seluar atau kain - berdiri sebelah kaki
Masa buat hubungan kelamin
Tips nak kurangkan sakit Pelvic Girdle Pain (PGP)
Kena aktif, dalam masa yg sama kena dapatkan rehat secukupnya
Sentiasa tukar posisi - jgn duduk lama-lama untuk lebih 30 minit. Sentiasa ubah posisi.
Nak pakai kain atau seluar - duduk dan pakai. Jangan berdiri
Kalau berdiri, kena seimbangkan berat pada kedua dua kaki
Nak masuk dan keluar kereta kena pastikan kaki rapat, jangan kangkang lebih sangat
Nak pusing-pusing kat katil pun kena pastikan kaki sentiasa rapat
Bila tidur letak bantal kecil pada bahagian belakang dan antara kedua belah kaki untuk sokongan tambahan
JANGAN
jangan Angkat benda-benda berat
Jangan Naik dan turun tangga terlampau kerap
Jangan kerap membongkok
Jangan duduk atas lantai, diri atau duduk sahaja dalam tempoh jangka masa panjang
Jangan Duduk bersilang kaki dan bertimpuh
Rawatan fisioterapi banyak membantu ibu kurangkan sakit. Ada senaman-senaman yg membantu yg akan diajar oleh ahli fisioterapi.
Yg penting Kesan awal, rujukan awal ke fisioterapi untuk pastikan sakit tak jadi makin teruk, supaya ibu boleh buat kerja harian mcm biasa.
Ibu ada masalah pelvic girdle pain PGP ni boleh je bersalin normal, kena inform Misi dan doktor yang merawat ketika itu, supaya mereka boleh bagi support extra pada kaki dan tolong ibu untuk tukar posisi dan bergerak di wad bersalin
PGP akan pulih selepas bersalin, 1 dalam 10 akan ada sakit yg berterusan. Dalam keadaan ini, kena pastikan ibu terus menerus mendapatkan rawatan fisioterapi dan ada alat bantuan untuk ibu terus bergerak.
Kalau pernah ada PGP, ada kemungkinan berulang lagi kehamilan berikutnya.
Make sure sihat dan fit sebelum mengandung lagi, untuk elakkan ianya berulang. Buat senaman kuatkan otot ( strengthening exercises ) dan senaman Kegel ( lantai pelvis/ kemutan )
Darah beku kat kaki (thrombosis) senang terbentuk pada ibu hamil. Dgn PGP ni ibu lazimnya tak bergerak atau kurang bergerak disebabkan sakit, lagi la senang dapat thrombosis. Ada stokin khas TED stokin diperlukan dan ada sesetengah kes memerlukan ubat injection untuk mencairkan darah. Tanya Doktor yang merawat nanti.
Jangan ditanya nape ibu mengandung ni berjalan macam penguin
Selepas melahirkan anak, mommy ada rasa sakit di hujung tulang belakang tak? Buat kerja banyak sikit, cepat lenguh. Diri lama sikit, dah rasa sengal-sengal dekat belakang. Kalau baring atas simen atau lantai, mudah rasa ngilu dan sakit. Ada ibu yang mengalami sakit belakang ni sampai mengganggu segala kerja harian mereka.
Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad melalui postingnya..
Salah satu punca kesakitan pada tulang ekor (coccyx) ialah proses melahirkan anak. Kesakitan pada tulang ekor ini dinamakan coccydynia. Ia kerap berlaku pada kelahiran normal melalui faraj.
Tulang ekor (coccyx) ialah sekumpulan tulang yang terakhir pada tulang belakang kita. Ia mempunyai 5 tulang yang berbeza. Adakalanya tulang-tulang ini bercantum menjadi 2 atau tiga segmen. Ia dicantumkan pada tulang belakang yang lebih besar oleh ligamen, yang membenarkan pergerakan antara tulang belakang dan tulang coccyx.
Ketika melahirkan bayi, bayi dikeluarkan melalui saluran peranakan (rahem dan faraj). Pergerakan bayi dari rahem ke luar melalui faraj memberikan tekanan fizikal pada tisu di sekeliling.
Tekanan ini boleh menyebabkan bengkakan dan koyakan pada tisu-tisu tersebut. Jika tekanan itu terlalu kuat, ia boleh menyebabkan tulang coccyx terseliuh (dislocate). Dalam kes yang jarang berlaku ia boleh menyebabkan tulang coccyx ini patah. Dalam kes-kes yang agak ekstrem, tulang yang patah boleh menusuk ke saluran dubur dan menyebabkan pendarahan.
Selalunya wanita yang sedang sakit ketika proses melahirkan tidak perasan tulang coccyxnya patah. Ini kerana kesakitan ketika melahirkan lebih kuat dari kesakitan akibat patah tulang coccyx. Setelah beberapa hari, barulah sakit di bahagian hujung tulang belakang dapat dirasakan. Walaubagaimanapun kadang-kala patah tulang coccyx dapat dikesan ketika lahir apabila terdengar bunyi seperti ranting yang patah.
Oleh itu wanita yang hamil anak yang bersaiz besar dinasihatkan menjalani pembedahan Caeserean kerana fizikal yang besar boleh menyebabkan tulang coccyx tercedera. Begitu juga jika bayi dilahirkan secara songsang. Proses kelahiran yang sukar akan memudahkan kecederaan ini.
Adakalanya wanita yang hamil itu sendiri mempunyai tulang coccyx yang tidak normal. Kelima-lima tulang itu mungkin bercantum menjadi satu dan melekat pada tulang belakang menyebabkan ia tidak boleh lagi bergerak bagi memberikan laluan ketika ketika bayi dilahirkan. Ia mudah patah atau terseliuh apabila wanita meneran bayi keluar.
.
Wanita yang pernah mengalami kecederaan tulang coccyx perlu memberitahu doktor yang menyambut kelahiran bayi bagi mengelakkan kerosakan tulang tulang coccyx lebih teruk. Kecederaan tulang coccyx biasa berlaku pada wanita yang agak obese dan terjatuh dari tangga dengan posisi duduk.
Hentakan pada tulang coccyx menyebabkan tulang itu cedera. Sekiranya wanita itu hamil dan melahirkan bayi bersaiz besar, ia akan menyebabkan kecederaan pada tulang coccyx ini bertambah teruk.
Kesakitan akibat kecederaan tulang ini semasa proses kelahiran selalunya ditanggung beberapa minggu terutama apabila ketika duduk atau berubah posisi dari bangun ke posisi berdiri.
Kesakitan ini membuatkan pesakit tidak dapat melakukan kerja rutin seharian dengan baik. Saya menasihatkan wanita yang mengalami kesakitan pada tulang coccyx akibat melahirkan anak harus berjumpa doktor untuk pemeriksaan.
Pemeriksaan fizikal dan xray akan dilakukan untk mengesahkan kerosakan pada tulang coccyx. Selalunya kecederaan sebegini akan pulih dalam masa beberapa minggu. Kebiasaannya 6 hingga 8 minggu.
Saya merasa simpati jika musibah ini berlaku pada wanita yang melahirkan. Tidak banyak yang boleh dilakukan kecuali doktor akan memberikan ubat penahan sakit sama ada berbentuk tablet atau suntikan. Pembedahan tidak membantu kecuali mengeluarkan tulang yang patah. Pembedahan bukanlah rawatan terbaik kerana banyak ligament dan otot yang melekat pada tulang coccyx ini. Ia boleh membawa komplikasi yang lebih teruk.
Tips Untuk Meredakan Kesakitan Sakit Tulang Ekor (COCCYDYNIA) Selepas Melahirkan Anak
1. Tuamkan ice pack dibahagian belakang untuk mengurangkan bengkak dan sakit.
2. Ketika tidur, seeloknya tidur baring mengiring. Elakkan tidur terlentang atau menangkup, ia akan memberi tekanan kepada punggung dan tulang coccyx.
3. Ketika duduk, lapikkkan bantal di bahagia belakang badan.
4. Anda juga boleh berendam dlm kolam air panas atau tab mandi. Ia bagus utk merehatkan otot-otot pelvis yg melekat apda tulang coccyx yg sakit.
5. Mommy juga perlu disiplin utk minum air yang cukup dan makanan makanan yg banyak serat utk mengelakkan sembelit.
6. Minta suami urutkan selalu. Urut dengan minyak panas atau minyak yg boleh melegakan sengal2 badan.
7. Jangan paksa diri kalau tak larat, jangan angkat barang2 berat dan dapatkan kualiti tidur yang baik dan cukup.
Moga bermanfaat!