Keindahan Taman Saujana Putrajaya (PART |)
Assalamualaikum...
Dah bertahun duduk di Shah alam baru tahu ade tempat yang secantik macam ni. Itu pun kawan photographer abang Azam Abdullah yang bagitahu fara. Selalu dengar putrajaya ni banyak tempat menarik tapi masa untuk berkunjung sangat terhad. Datang ke sini pon kalau ada urusan kerja sambil tu baru sempat terjah kawasan yang menarik.
Dipendekkan cerita, kawan photographer fara ade upload gambar mereka family datang celebrate disini. Dari situ fara dah tertarik dan terus bagitahu suami nak datang tengok dan merasa sendiri keadaan tempat Taman Saujana Hijau. Fuhh!! Hajat terus tercapai walaupon sekejap je dapat berjalan memang cukup puas hati. Kawasan yang penuh dengan tumbuhan hijau, pokok, bunga dan dekorasi taman yang sangat memukau. Tidak mustahillah ramai yang sudah kesini dan ada yang buat photoshoot wedding, family, maternity dan etc.
Cuaca panas bukan penghalang fara nak berseronok asalkan dapat menikmati keindahan alam semulajadi. Sooo excited masa sampai je sini terus nak jelajah semua tempat tapi dapat berjalan separuh sahaja. Masih banyak tempat yang fara belom jejak disebabkan beberapa faktor yang fara tak prepare sebelum datang kesini seperti air, bekalan susu aimi, dan kasut!
"Berjalan selagi terdaya, makanlah selagi berselera, capailah segala yang diinginkan selagi mampu! "Yup!! itu je yang fara suka amalkan dalam hidup. Lets enjoy the view guys!
InshaAllah nantikan sambungan keindahan Taman Saujana Hijau Putrajaya PART || ye.
Bagi mereka yang ingin berkunjung bolehlah lihat alamat dibawah :
Address: Jalan P11, Presint 11, Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia
Waze : Taman Saujana Putrajaya
Lihat PART ||
0 KOmen: