Keindahan Taman Saujana Putrajaya (PART ||)

10/04/2016 11:22:00 PG Fara Lumière 0 Comments

Assalamualaikum...

Here again sambungan PART | Keindahan Taman Saujana Putrajaya. Kalau haritu fara pergi tak prepare barang, kali ni fara dah pakai kasut, dan bawa kelengkapan barang aimi in case die nak susu selepas penat berjalan. Kenapa kena pakai kasut? hehe... Kat sini kawasan berbukit dan lebih sesuai jika mengenakan kasut sebab ade sesetengah kawasan disini kene naik bukit. Walaubagaimana pun, bergantung pada keselesaan korang nak pakai kasut or selipar asalkan jangan pakai heels sudah memang sakit kaki jawabnya. Fara lebih memilih kasut sebab senang nak mendaki bukit dan mengelakkan kaki daripada berpeluh.

Kelmarin fara pergi area Bustan Inggeris, kali ni fara berjalan arah Bustan Eropah pula. Kawasan disepanjang Bustan Eropah lebih mencabar dengan jalan yang sedikit curam. Berkesampatan juga untuk mendaki ke kawasan yang paling tinggi disitu.

Lets enjoys the views :









Aimi in actions!! Aimi lebih excited masa pergi kali ni. Macam-macam ragam dan style die posing.









Pandangan dari bawah ke atas bukit. Atas bukit tulah yang fara mendaki. Ada laluan yang kecil perlu diikut sepanjang mendaki ke sana. Serius dedau badan masa mendaki.






Start gambar dibawah ni merupakan sepanjang perjalanan untuk mendaki keatas bukit. Views sepanjang jalan sememangnya menyenangkan hati dan tak mustahillah ramai yang datang kesini untuk beriadah.





Pada awalnya macam tak percaya kene naik bukit guna laluan kayu ni sebagai panduan untuk keatas. Berani tak berani je masa naik. Yang penting masa nak naik tu kalau bawak anak-anak pastikan keselamatan mereka terjaga. Sentiasa kawal dan memerhatikan gerak geri anak-anak semasa mendaki kerana ade sesetengah laluan tu kayunya agak goyang dan berbesi timbul. Kalau tak perasan boleh tercucuk tapak kaki. So, always be alert all the time! 















Yehaaaaaa!!! We did it!!.. Setelah sekian lama tak berjalan sejauh ni walaupon penat rasa berbaloi sangat. Sampai sahaja diatas semua penat terus hilang. Gambar dibawah pula views sepanjangnya diatas bukit.
















Ni masa turun bukit. 



Turun bukit akan jumpa balik Bustan Inggeris macam PART | haritu.




Lets goooo home. Rasa nak lepak sini hari-hari. Boleh bersantai, tengok permandangan malah nak jogging pon tak de masalah. Memang tempat riadah yang paling best di putrajaya! 


Next destinasi keindahan putrajaya? Coming soon.... InshaAllah... 


You Might Also Like

0 KOmen: