Pelancaran Laman Web Touristguide.com.my

11/25/2016 07:37:00 PTG Fara Lumière 0 Comments



Assalamualaikum... hi!! 



Percutian yang murah dan mampu milik sememangnya menjadi idaman setiap orang. Bila ingin melancong faktor utama yang akan menjadi kerisauan adalah budget. Risau budget tidak mencukupi disaat sedang melancong, duit penginapan, makanan, lain-lain masalah akan mengganggu percutian anda.

Pada 24 November 2016 telah berlangsungnya perasmian laman web touristguide.com.my yang akan menjanjikan anda pelbagai pakej percutian yang sangat jimat, murah, dan menarik. Pakej yang ditawarkan oleh Touristguide adalah pakej lengkap dari awal hingga ke akhir percutian anda. Anda tidak perlu bersusah payah untuk menempah penginapan, flight, transportation, dan sebagainya kerana ianya telah termasuk dalam pakej yang telah disediankan oleh Touristguide . Erti kata lain, anda hanya perlu bercuti atau melancong dengan senang hati.


Apa Itu Tourist Guide?

TouristGuide.com.my adalah laman web percutian dalam talian yang dibangunkan pada tahun 2011 dengan pelaksanaan idea-idea baru, matlamat dan misi ke arah Industri Pelancongan.

Infinity Vacation Sdn Bhd telah menjadi nama korporat TouristGuide kerana telah berkhidmat untuk sektor pelancongan selama 6 tahun. 

Dengan mengekalkan Misinya untuk 'Membina Rangkaian Pelancongan Terbesar di Dunia', TouristGuide.com.my menjadi salah satu platform untuk perkhidmatan pelancongan yang lengkap disamping menawarkan hotel, diskaun pada pakej yang tertentu dan kemudahan yang lain kepada semua pelancong. 

Untuk menjadi ahli TouristGuide tidak dikenakan bayaran malah percuma. Rangkaian Pelancongan yang dianjurkan oleh TouristGuide adalah yang pertama didunia. Sama ada anda ingin melancong dengan rakan-rakan dan keluarga, ingin mencari kenalan baru semasa melancong atau melancong secara persendirian, segalanya boleh dengan adanya TouristGuide.

TouristGuide.com.my akan menjadikan perjalanan anda lebih murah, berpatutan dan juga percuma!

 Opening ceremony by Akim (Malaysia Singer), Mr. Azlan Hussain (President of Kuala Lumpur Tourism Association - KLTA), Mr Mohd Akbal Setia (Director of Tourism Malaysia Kuala Lumpur) and Mr Devan Kumar (Managing Director of TouristGuide.com.my)


KEISTIMEWAAN UTAMA TOURIST GUIDE


Kumpul mata dan nikmati percutian secara percuma

Tujuan utama Tourist Guide membina rangkaian seperti ini adalah untuk membantu pelancong menjimatkan masa dan jika bertuah anda boleh menikmati percutian secara PERCUMA.

Bahagian yang terbaik daripada rangkaian ini adalah ahli tidak perlu mencari satu lagi ahli untuk menyertai atau meyakinkan mereka untuk membeli pakej kerana ia bukanlah MLM. Keahlian untuk mendaftar di Tourist Guide adalah PERCUMA, tiada yuran keahlian. Pendaftaran hanya sekali sahaja seumur hidup. 


Antara VVIP yang hadir dalam majlis perasmian TouristGuide.com.my

Persembahan Tarian Tradisional dari Nyala Dance Theatre




Sepanjang tempoh lima tahun beroperasi Tourist Guide telah mewujudkan hubungan yang kukuh dengan syarikat penerbangan utama, hotel dan pengusaha pelancongan tempatan di seluruh Malaysia dan luar negara. Offfer pelbagai jenis tawaran pelancongan direka dengan baik pada harga yang tiada tandingan.

Touristguide.com.my menawarkan Tempahan Hotel, Tempahan Penerbangan, Pakej Pelancongan dan bahagian-bahagian lain yang berkaitan dengan pelancongan. Tourist Guide menyediakan lebih daripada pakej pelancongan sebagaimana yang dipaparkan pada tawaran hebat pada websitenya. Dengan berbekalkan matlamat untuk membina Rangkaian Terbesar di Dunia, setiap ahli yang berdaftar akan secara automatiknya menjadi ahli Tourist Guide dan anda boleh mengumpul mata ganjaran untuk menikmati percutian secara percuma.


Bersama Mascots Tourist Guide 



PROMOSI HEBAT DISCOUNT SERENDAH 40%

Jom sign up dan daftar sekarang untuk menikmati pakej yang sangat hebat dan jimat serendah 40% untuk percutian yang lebih bermakna. Pakej lengkap yang ditawarkan oleh Tourist Guide sangat berbaloi kerana segala kelengkapan seperti flight, hotel, transportation, dan banyak lagi telah termasuk dalam pakej yang ditawarkan. Antara promosi yang sedang berlansung adalah seperti gambar dibawah :








Nikmati percutian yang lebih bermakna selama 5 hari 4 malam bersama Tourist Guide sekarang!! 



Promotion Period: Now till 30th November 2016
Travel Period: 1st April 2017 – 31st March 2018 (except public holiday)


Untuk maklumat lanjut boleh layari :








You Might Also Like

0 KOmen: